Friday, November 07, 2008

jangan membisu dengan isu

assalamualaikum…

pukul 2.05 pagi, itulah waktu saya melangkah masuk rumah malam tadi atau pagi tadi. urusannya? bertukar pendapat, pandangan dan saling comforting each other , atau mungkin cuba menjadi pendengar setia dan kemudian memberikan ‘komentar’ yang tak seberapanya terhadap isu yang diperkatakan. sambil-sambil tu saya pun menerima komen gak. cam mat saleh (bukan saleh yakob yek!) kata, to make the discussion works…we should allow ourselves to accept rather than giving all the times atau it takes two to tango laa..

isunya memang kelihatan personal tapi tak semestinya ia disimpan sebagai ‘personal belongings’. meluah dan mendapatkan maklumbalas adalah lebih baik untuk menangani isu-isu seperti ini. rakan tu kata…dia dah cuba ‘meluah’kan pada isterinya tapi kurang ‘ngemnya’. tak terasa ringan bebanannya. ni pun memang benar….sesuatu isu lebih-lebih yang berlaku dlm dunia kerja tak kiralah dlm format korporat atau kolar biru memang kurang ‘masuk’ untuk diperbincang kan bersama isteri atau suami…bolehh…tapi kurang ‘kena’. lebih ‘sedap’ kalau diperbincangkan bersama rakan samada rakan diluar tempat kerja atau yang bersama ditempat kerja. lumrahnya gitule…

hampir 4 jam lebih kami saling bertukar pendapat dan akhirnyaa….terasa gak bebanan tu semakin ringan. malahan saya pun turut sama rasa akan keringanannya. semakin kecil pula isu tu walaupun dipermulaan tadi rasa cam besar-gedabak isu tu. rasa cam senang nak tackle je lepas ni isu-isu camtu..ewaahh! sebenarnya memang camtu le…kita kalau sorang-sorang dok pikir dan pendam isu-isu camtu, kita akan rasa isu tu besar, bahaya dan akan memudaratkan. saya pun selalu gak rasa camtu…biasale. tapi bila dikenang betapa ‘kepayahan’ Rasulullah dan sahabat-sahabat nak mendatangkan Islam kepada kita dalam bentuk yang ‘cantik’ dan mudah faham maka terasala kita akan apala sangat isu kita tu kan? Rasullulah dan sahabat lagi hebat isu yang kena mereka tangani…seksaan, tribulasi, perang, dizalimi dan bermacam-macam lagi yang kena mereka tangani, tidakkah itu lebih sadis dan besar isunya daripada isu kita nih?…wallahualam.

Tuesday, November 04, 2008

Langkawi...so close yet so far away!

assalamualaikum…

the long school holidays are just around the corner…and we were thinking in spending few days of it at Langkawi. it’s gonna be fun. we (me and wife) have been getting this idea since last year and been doing the planning back for the last 2 months. it’s already more than 10 years since my last visit to Langkawi…and frankly I, myself is really looking forward on getting back there. getting there by bus, the boat and coming back to K.L by air….pergh!! this could be one phenomenal holiday trip…especially for a small medium income family like us. this would be part of the plan and the kids would certainly love it (especially the ‘kids’ inside me…hehh!!).

going there alone is easy, easy to find time and easy to plan but it’ll definitely a different case if it for the whole family. somehow, I believe for a family it worth the trouble. Langkawi is one of the good places for family’s vacation, if we were talking about having it in our back’s yard. it’s manageable when come for spending, its far but not that far. as I said, you can catch train, and then continue with the bus, the boat and then using the plane for your back-home journey. so, you’ll be able to experience most mode of travel, in a very cost effective way.

nevertheless, it has all changed after a thorough discussion (again…between me and wife). first, are the expenses and secondly is the climate. it’ll mean nothing if we spend so much on the transport and accommodation...but couldn’t do a thing when come to shopping. Langkawi is a duty-free place, it is in distance. you need a great deal of off-days in order to get there. so, by these virtues…you have to shop. to shop wisely of course! I’m not a ‘shop till u drop’ kind of person; neither my wife but we might press the ‘exceptional’ button when come to this. we might go just for the necessity. as for the climate, I suppose you all know that the rainy season has just started.

oh well, with the limited resources we just need to go back to the planning board. apparently, we might go to somewhere nearer as long as the kids would still be having ‘the fun’ and we, the adults would still be having the opportunity to do some little shopping….wallahualam.

Thursday, October 30, 2008

sedih di pagi hari...ceria di tengahari

assalamualaikum....

dah susah sangat nak dapat rakan subahat...anak bini pun jadi. gitule...kalau buat bebenda yg amar makruf takpe le jugak...ini mengedar dan menjual ganja. rasanya ramai yg baca metro hari ni....4 beranak di tahan sebab mengedar dan menjual ganja. si bapa dan emak berumur 40an, anak lelaki umur 18 dan anak perempuan umur 14 tahun. complete set le tuh! kalau si bapa memaksa bolehla kita timbangrasa gak tapi camna kalau si emak dan anak-anak remajanya tu memang bersukarelawan ikut 'meniaga' sekali? tak ke haru...

bukanlah saya nak 'being sarcasm', tapi sedihla bila baca citer-citer camni. dahlah sedih bila baca remaja lelaki 15 tahun meninggal sebab di'bunuh' oleh peragut...baca pulak citer pasal 4 beranak ni...jadi dua kali sedih pagi ni. semua kalau kita amati atau renungkan sejenak terjadi disebabkan nakkan 'dunia'. sebab nak duit...nak duit cara cepat, banyak dan haram. nak mewah hidup le katakan! yang 4 beranak sebab nak mewah....yang siperagut pun sebab nak cari duit cara senang...halal-haram tolak tepi brotherrr...

siperagut bermula dengan 'niat kotor' di hati dan kemudian dia jadi 'pembunuh' di akhir cerita. yang 4 beranak...pun bermula dengan niat kotor dan akhirnya jadi 'pembunuh' gak kepada anak bangsa mereka sendiri. jadi...camna tak sedih bro. tapi yeela...sedih-sedih gak cuma tak boleh panjang-panjangkan sangat nanti jadi carried away. bagi kita yang membaca atau yg mendengar citer-citer sebegini maka pastinya ada hikmah kenapa kita 'terpilih' untuk membaca atau mendengarnya. satu - untuk jadi iktibar, satu - untuk kita sedekah fatihah pada remaja 15 tahun yang nak tangkap peragut tu, satu - pastikan kita menjalankan 'amanah' menjaga keluarga kita...dan bermacam-macam hikmah lagi yg pasti ada disebalik peristiwa tu. moh le kita pakat-pakat renungkan bersama....wallahualam.

Thursday, October 23, 2008

mengunjurkan kaki ke Kuantan...

assalamualaikum….

dah 2 hari di Kuantan, dah 2 malam le juga berkem di Grand Continental dan dah 2 sianghari pulak di Kuliyyah Perubatan, UIAM. maka dah 2 hari saya cuba nak cari apa perbezaan besar dan ketara yang berlaku pada Kuantan semenjak kami sekeluarga (abah dan emak) berpindah keluar darinya. rasanya macam takde beza je. mungkin kewujudan Tanjung Lumpur sedikit-sebanyak memperlihatkan ‘perbezaannya’. nak kata dengan takde beza tu maka ianya satu ‘kebaikkan’ rasanya tak mungkin kot. nak kata dengan takde beza tu maka ianya satu ‘keburukkan’ pun tak boleh gak. bandarnya memang berkembang...dengan kewujudan hypermarket seperti Mydin, Kamdar,Carrefour...maka dah tentulah kita boleh kata yang ianya memang berkembang.

struktur bangunan, keadaan jalan, kehidupan malamnya dan perancangan perbandarannya boleh kata takde beza dengan 10 tahun dulu semasa kami tinggal di sini dulu di Medan Tok Sira. cuma cara pemikiran ‘remaja’ atau golongan mudanya mungkin ada berubah dengan mengikut rentak-rentak hidup di bandar-bandar besar lain seperti K.L . semangat merewang cam takde hala, fesyen lusuh yg kadangkala malas kita nak tengok, rempit, gaya percakapan yang hilang tertib memang semuanya jelas kelihatan kat mereka. yg berubah kepada yg hebat takle pulak kelihatan...mungkin sebab kami pun hanya berkesempatan meronda dan melakukan tinjauan hanya di malam hari dan di kala inilah kumpulan remaja yg kurang hebat tu boleh dilihat dan diperhatikan (dan tidak kumpulan remaja yg hebat).

berubah atau tak berubah, semuanya terletak pada garapan fikiran masing-masing atau pada perspektif peribadi. pada saya pun, perubahan ‘fizikal’ bukanlah penting sangat...yang penting perubahan ‘dalaman’. perubahan yang sepatutnya dari biasa kepada baik dan yang baik kepada hebat (berubah dari baik kepada mengarut pun boleh berlaku gak!). perubahan ‘dalaman’ akan mempengaruhi perubahan-perubahan luaran, fizikal pada diri seseorang itu dan pada keadaan sekeliling seseorang itu. nabi pun ada cakap ada seketul daging dalam tubuh seseorang insan yg mana bila ianya baik maka insan itu juga baik...’hati’ lah daging itu dan kan ke hati tu benda yg di dalam. gitule....wallahualam.

Monday, October 20, 2008

perihal rumah terbuka

assalamualaikum...

salam akhir Syawal. dan tak lama lagi Syawal pulak akan tinggalkan kita setelah terlebih dulu Ramadhan melakukan perkara yg sama pada kita. rumah terbuka hampir setiap hujung minggu kita tandangi...ada sampai 7-8 rumah terbuka dalam sehari. sampai menyangkak-nyangkak si perut 'meraung' tapi disebabkan si mulut kata 'sedap' maka aktiviti 'riadah membawa mudarat' tu tetap diteruskan hinggalah ke titisan rumah terbuka yg terakhir (untuk hari tu). saya dan keluarga pun camtu juga...cuma kami kalau sehari takdela pergi sampai 6 biji rumah. cari 2-3 yg dekat-dekat je dahle...yg lain serahkanlah pada orang lain.

entahle...saya kalau pergi ke rumah sedara-sedara lebih gemar tidak di masa diadakan rumah terbuka sebab boleh bersembang, bertanya-khabar lama sikit. yeela...dah lama tak jumpa, ada yg setahun sekali je jumpa. makanan tu...memang kita suka kalau ada, tapi kalau ala-kadar pun dah kira ok. yg pentingnya dapat berukhuwah dan memanjangkan silaturrahim terutama dengan saudara-mara sendiri. kalau masa diadakan rumah terbuka...masanya sangat terhad dan ditambah dengan tuan rumah yg 'kesibukkan' maka tak dapatlah nak berbicara lama.

lainlah halnya dengan member-member yg selalu jumpa...yg ni tentunya mission mengunjungi rumah terbuka yg mereka adakan memang nak merasa juadah. setakat nak bersembang lama tu...dah selalu sangat jadi kali ni kalau jumpa sembang tak payah 'rabung' sangat...yg utamanya makan. lagipun bila rumah terbuka selalunya pun tuan rumah memang nak kita makan banyak-banyak...cepat-cepat...dan kemudian balik cepat-cepat sebab orang lain nak datang dan orang lain tu pun perlukan juga layanan dari tuan rumah. kira ambil shift le. waimanya dari aktiviti rumah terbuka ni...hendaklah kita 'bersederhana', samada kita sebagai penganjur atau kita sebagai tetamu, jadi semuanya insyaAllah berjalan serba cantiikkk...gituu!!

Saturday, October 04, 2008

berhari raya dijalanraya

assalamualaikum...

sudah masuk hari keempat Syawal, ada yg dah mula bekerja dan mereka yg masih bercuti juga akan kembali bekerja bila habis cuti. kotaraya K.L akan kembali sibuk walaupun untuk tahun ni saya dapati semasa 1 Syawal pun dah sedia sibuknya....tak macam yg lepas-lepas kalau 1 Syawal tu kita boleh main bola atas jalanraya. mungkin sebab dah ramai yg 'bermastautin' di kota atau mungkin sebab harga petrol yg tinggi...entahle.

tapi yg sentiasa tak sunyi semasa Hari Raya atau semasa di hari-hari perayaan yg lain ialah kadar kemalangan. bab yg ni memang selalunya 'meriah'. pelik tapi benar. walaupun macam-macam kempen yg keluar tv, radio, suratkhabar, papan iklan dan macam-macam operasi yg kerajaan buat melalui Polis, JPJ, PLUS dan sebagainya namun kadar berlakunya masih tetap tinggi. masih ditahap 'menggusarkan'. malahan semasa di musim-musim perayaan camni...ianya adalah penyebab kematian nombor satu rakyat Malaysia berbanding dengan penyakit jantung, kanser, kencing manis atau penyakit-penyakit yg lain.

bila dibuat kajian pula, penyebab untuk kadar kemalangan jalanraya yg tinggi adalah lebih peratusannya kepada 'kecuaian' manusia bukan kepada disebabkan 'malfunction' kenderaan.
habis camno??. apala yg diburukan sangat bila nak balik kampung tu? tak payahlah nak laju-laju sebab terburu-buru + laju-laju inilah yg menyebabkan ramai yg 'tebujur'. kita bukan di sirkit F1 Sepang yg 'kemenangan' di kira pada siapa yg sampai dulu...maka mereka pun memang semuanya berlaju-laju. tapi kita sekarang di jalanraya yg mana kemenangan dikira pada siapa yg sampai dengan selamat...itu aje. pastikanlah keadaan fizikal badan dan juga kereta dalam keadaan yg terbaik dan bersabar serta berhati-hatilah semasa memandu agar semuanya sampai dalam keadaan selamat dan gembira...wallahualam.

Tuesday, September 23, 2008

menanti malam Qadar....

assalamualaikum...

tengah bagus dok dengar tazkirah tetiba tersentak kejap....sebabnya? bilamana ustaz yg beri tazkirah tu cakap malam 21 yg lepas adalah malam Qadar atau lailatul Qadar. dia kata ini adalah kiraan mengikut imam Al-Ghazali. perrgh...terimbau le saya akan malam 21 tu. kat mana saya berada dan apa le 'amalan' extra yg dilakukan. rupanya saya di rumah orang tua, lepas terawih balik 'bersembang' dengan emak, abah dan adik beradik pastu tangkap tengok EPL jap dan tidur. bangun sahur dan kemudian subuh di surau...gitu le. selalunya gitule...bila adik-beradik ada sekali, riuh dan kecoh sikit sampai nak lakukan yg 'extra' tu sedikit sukar - namun saya tahu ini bukannya alasan. alahaaiii....

camna pun ustaz tu pun cakap yg ini bukan 'definite'...sebab tu la Allah tak beritahu bila secara tepatnya malam Qadar tu. kalau tak kita semua pakat bangun dan 'berjaga' untuk beramal pada malam tu je le. malam-malam yg lain....berdengkur le agaknya!!. jadik....kita kena terusla beribadah terutama di sepuluh yg terakhir ni. menggandakan amalan tak kira bila agaknya malam Qadar tu, moga-moga permohonan kita untuk dibebaskan dari api neraka tercapai.

itule yg sedikit risau...ye la manala tau kalau-kalau di malam Qadar tu kita tengah baguih dok buih kuit semperit....maka 'fadilat' buat kuih semperit selama 1000 bulanlah yg kita dapat. jadi sesamala kita pastikan yang sepuluh Ramadhan terakhir ni adalah sepuluh yg paling 'power' amalannya yg kita lakukan sebabnya kita mungkin juga takkan berjumpa lagi akan 10 terakhir Ramadhan yg akan datang. saya pun begitu juga. akan cuba 'berlebih-lebih' sikit melakukan amalan...paling tidak jika diizinkan Allah kena pada malam Qadar....maka banyakle sikit 'amalan' tu dimana 1000 bulan tu bersamaan 83 tahun 4 bulan....wallahualam

Tuesday, September 16, 2008

bila waktu berbuka pun tiba....

assalamualaikum...

berkesempatan juga saya dan isteri membawa anak-anak berjalan pada petang Sabtu lalu. anak-anak pulak terus mengambil 'kesempatan'...tapi takpe le. kalau tak dari kami sebagai ibu-bapa maka dari siapa le pulak yg diaorng nak ambil kesempatan, lagipun kita tahu...jadi semuanya under control larr.....cuma yg tak dapat control adalah budget masa.

tak sempat nak balik rumah...dan kerana itu kami pun berbukalah di luar. untuk mengelakkan dari kesesakkan atau tak dapat meja masa berbuka maka tempahan pun dibuatlah di sebuat kedai 'tom yam' di Rawang ni. menu? siakap 3 rasa sekor, kailan ikan masin satu dan tomyam campur satu. air- 2 teh-o ais dan 2 teh-o panas. cukuplah tu...itu pun dah kira mewah lagipun cepat le sikit bagi tukang masak nak memasaknya. utk confirm kami diminta mendahulukan rm10...hmm...maka rm10 tu pun dibayarle.

kemudian kami jalan-jalan cari kueh pula ke bazaar Ramadhan dan kemudian ke Mydin sekejap sebelum kembali semula ke restoran tom yam tu pada pukul 7 utk berbuka. segala-galanya dah siap dihidangkan di atas meja yg dah di'reserve' utk kami. bila waktu berbuka tiba maka kami dan keluarga dan pelanggan yg lain pun turut berbuka. alhamdulillah...semuanya selesai walaupun ada 'gangguan' kecil dari budak cina pengedar DVD lanun.

tibalah bab bayar. selepas dinyatakan nombor meja di kaunter bayaran maka saya pun ditunjukkanlah jumlah yg perlu dibayar. mak oii!!?...48 ringgit??. tersontot sekejap bijik mata dan tergamam gak seketika...dengan otak yg sekejap waras dan sekejap tak waras maka saya bayar juga jumlah tu. kemudian kami pun beredar. bila dah memandu seketika maka kewarasan tahap tinggi kembali masuk ke otak dan barulah 'tersedar' bahwa sepatutnya saya tanyakan secara detail kenapa harga makanan tu boleh jadi rm48 sedangkan itu semua lauk yg biasa kami makan dan selalunya harganya adalah sekitar rm26-27 sahaja.

adakah disebabkan kenaikkan harga makanan? atau disebabkan tempahan khusus? atau mungkin kami memang dah 'terkena'....entahle susah nak cakap. fikir-fikirkanlah...wallahualam.

Friday, September 12, 2008

abang Jef (Radzi Jamaluddin) dalam kenangan

assalamualaikum....

alhamdullilah abang jef dah selamat dikebumikan, saya sendiri bersama jiran yg lain berkesempatan 'menemankan' allahyarham ke kubur sebentar tadi. alhamdullilah juga kami di lorong 7 dan 6 ni mempunyai jiran-jiran yg sentiasa berprihatin dan sanggup menghulurkan bantuan. segala kerja dapatlah dipermudah dan berjalan dengan baik. kepada keluarga allahyarham, Kak Che Rohani dan anak-anak bersabarlah, tidak dapat dinafikan ini adalah dugaan yg paling getir untuk kakak sekeluarga tetapi percayalah allahyarham pastinya di tempatkan di tempat yg lebih baik di 'sana'. semoga rohnya bersama roh para solihin dan muqarrabin.

walau begitu mengejut, getir dan pahit...apa yg perlu kita ingat perancangan Allah mengatasi segala-galanya dan setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg menuruti selepas itu. bagi saya yg mengenali allahyarham selama hampir 6 tahun sebagai jiran, beliau memang sentiasa tidak lokek dengan senyuman. sentiasa ada dikala 'mesyuarat' kejiranan dan sentiasa bermurah-hati menghulurkan pertolongan semasa gotong-royong atau semasa adanya aktiviti kejiranan. jujurnya...saya sendiri terkejut dan 'terasa' juga akan pemergiannya. pastinya rakan jiran-jiran yg lain begitu juga.

marilah kita panjatkan doa sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah swt semoga roh beliau sentiasa dalam rahmatNya. dia mungkin sudah tiada tetapi kenangan dan ingatan semasa beliau hidup pastinya terus segar dan berkekalan. di hari Jumaat..penghulu segala hari, di bulan Ramadhan..penghulu segala bulan beliau pergi meyahut panggilanNya. pastinya rahmatNya bersekali bersama pemergiannya. kepada Kak Che Rohani dan anak-anak...bersabarlah dan takziah dari saya sekeluarga. Al-fatihah.

Saturday, September 06, 2008

marhaban yaa Ramadhan Al-mubarak

assalamualaikum...

semuanya berhimpit-himpit mendatang sebab tu la 'tertinggal' sekejap nak mengupdate blog ni. projek baru pulak nak mula sebelum menjelang Ramadhan, projek lama dah nak kena 'furnish' balik, projek yg sedang berjalan nak dipastikan terus berjalan...kalau tak miss sorru. hmmm...gitule. apapun....Alhamdulillah...syukur ke hadratNya atas limpahan kudrat, kesempatan dan pentunjuk maka semuanya berjaya gak diurus dan dikawalselia. Alhamdulillah.

namun yg paling menggembirakan bukanlah kesemuanya tuh berjalan dgn ngem...tetapi ialah peluang yg Allah beri untuk bertemu kembali dengan Ramadhan Al-mubarak 1429 ni. panjang umur....dapat aku turut menggandakan serba-sedikit amalan. dapat merasai kenikmatan berpuasa. dapat berjamaah bertarawikh. berjaga di dinihari. berbuka bersama keluarga dan bermacam-macam nikmat Ramadhan lagi yg dapat aku rasai. seronok rasanya bila berpuasa kan? yeela...berpuasa di bulan Rejab dan Sya'ban pun seronok gak tapi bila berpuasa di Ramadhan ni...seronoknya bertambah-tambah lagi. mungkin sebab puasa tu dilakukan berjemaah kot. bukan sendiri-sendiri seperti semasa di Rejab dan Sya'ban. bayangkanlah kalau berpuasa Ramadhan di Baitullah...perghh!!...lagi le!

klipok-klipok dah nak masuk 6 hari kita berpuasa kan? jadi sama-samalah kita cuba seboleh-bolehnya utk mendapatkan rahmat dariNya di sepuluh pertama Ramadhan ni, mendapatkan pula pengampunanNya di sepuluh yg kedua dan mendapatkan pelepasan dari azab api neraka di sepuluh yg ketiga Ramadhan ini. mungkin takde siapa yg dapat memastikan kita 'berjaya' mendapat ketiga-tiga perkara tadi...tapi sesamalah kita yakin kepadaNya. paling penting kita buat je...satu lakukankanlah keranaNya, dua..sebab dah memang wajib kena buat dan ketiganya kalau-kalau esok hendak dihisab amalan kita mungkin ianya dapat membantu....wallahualam.