Saturday, June 02, 2012

cuti sekolah yg 'menggumbire'kan...

hujung minggu datang lagi
anak-anak pulak dah cuti sekolah
masa cuti bangun awal pagi
bila sekolah nak bangun memang payah

hujung minggu datang lagi
anak-anak pulak cuti sekolah
belanja sekolah memang tak perlu bagi
cuma keluar belanja pi berkelah

hujung minggu datang lagi
anak-anak pulak dah cuti sekolah
pagi-pagi tangguh gosok gigi
minta duit tangan menadah

hujung minggu datang lagi
anak-anak pulak dah cuti sekolah
mak bapak dah sampai makan maggi
kenang duit yg keluar sampai kena lelah

Sunday, May 20, 2012

selagi tidak nyawa di hujung halkum...

assalamualaikum...

seringkah kita befikir camna keadaan kita di hujung nyawa? adakah kita semasa tu masih boleh berfikir? masih boleh melakukan pilihan? adakah kita masih waras? perkhh!!...banyak soalan tu.... saya tak mahu nak katakan apakah kemungkinan-kemungkinan yg boleh berlaku di saat hujung nyawa tu kerana saya sendiri pun tak tahu. cuma yg saya tahu kita boleh sekarang memikirkan untuk mengharapkan agar keadaan di kala itu adalah keadaan yg 'baik' untuk kita. jangan tunggu hingga ke saat nyawa dihujung halkum...

pikirkanlah sekarang banyak-banyak kali...suasana bila nyawa sudah dihujung halkum tetapi jgn pikir yg selagi tidak nyawa di hujung halkum kita masih mempunyai ruang dan peluang. nyawa di hujung halkum ni sebenarnya lebih kerap 'menziarahi' kita dari bilangan kita berfikir...selagi tidak nyawa di hujung halkum. malaikat maut menziarahi kita lebih 70 kali (mengikut setengah pendapat) dalam sehari.

manusia mengenepikan hukum Allah, menolak hadis Rasulullah...mempersendakan mereka yg memperjuangkan agama-Nya, tidak mensyukuri pemberian-Nya, melekakan diri dari beribadat kepada-Nya, meletakkan nilai kemanusiaan...ciptaan manusia dari mendahulukankan-Nya dan sebagainya adalah kerana manusia berfikir...selagi tidak nyawa di hujung halkum. mati dan pergi menemui-Nya adalah satu ilusi selagi tidak nyawa di hujung halkum. seeing is believing!. tak ada manusia yg mati hidup kembali yg dapat menceritakan 'keadaan sesudah mati itu'....tetapi itu semua adalah selagi tidak nyawa di hujung halkum!

tetapi bayangkan saat bila kita benar-benar sedang melalui detik bila nyawa di hujung halkum...dalam keadaan tidak beberapa saat lagi kita akan ke kubur adakah masih boleh kita berfikir...selagi tidak nyawa di hujung halkum. masih adakah kesempatan, ruang dan peluang di saat itu...masih boleh 'berfikir'??  jadi sesamalah kita berfikir....'bila' nyawa sudah di hujung halkum dari berfikir 'selagi tidak' nyawa di hujung halkum. tidakkah 'setiap yg bernyawa itu pasti akan mati'?....ceriaa...wallahualam

Sunday, April 22, 2012

memilih-lah dengan ilmu...

assalamualaikum....

tenang dan ceria hendaknya. saya...alhamdulillah cuma puteri kecil tu je ada tak sihat sikit. tenang memang tenang, ceria juga ceria...tetapi sedikit kekeliruan melanda diri pagi ni. keliru nak makan apa pagi ni...masih tak dapat nak buat keputusan. seringkah kita dalam situasi tak dapat nak buat keputusan camni...walaupun utk pekara kecil dan mudah? frankly...saya sering dilanda dilema sebegini. mungkin itulah satu 'menafaat'nya Allah jadikan kita sebagai manusia. bayangkan kalau lembu tak boleh buat keputusan nak makan rumput ke atau nak makan pucuk pisang...letih lembu tu.

maka dilema dalam nak buat keputusan itu adalah satu kebaikan. 'kepelbagaian' itu sebenarnya adalah nikmat dari-Nya...kalau kita 'pandai' maka kepelbagaian itu insyaAllah akan mendatang kebaikkan untuk kita, dan kalau kita kurang sikit arif maka ia akan 'menghanyut' dan seterusnya menjahanamkan kita...maka pandai-pandailah memilih.

bagi setengah golongan mereka sangat pandai memilih, sangat reti membuat keputusan. kenapa? sebab ilmu mereka tinggi....menjadikan mereka mudah dalam membuat keputusan. jadi kenalah kita turut jadi berilmu....supaya senang dalam membuat keputusan. bayangkan mereka yang hanya mahir dengan mazhab Shafie dengan mereka yang mahir dalam ke empat-empat mazhab beribadat....agak-agak mana yg lebih mudah beribadat? seperti yang Saidina Ali katakan pada sahabat yg bertanya...hendakkan dunia mesti dgn ilmu, hendakkan akhirat juga mesti dgn ilmu dan hendakkan kedua-duanya juga mesti dgn ilmu. jadinya, ilmu-lah yg akan membantu kita dalam membuat keputusan, dalam menetapkan pilihan. seperti saya yg memang takde ilmu dlm nak buat keputusan antara nak makan nasi lemak ke atau roti canai pagi ni...akhirnya saya memilih 'waffle' sbg santapan...jangan mareee......wallahualam.

Thursday, April 12, 2012

mengagahi kemampuan?

assalamualaikum...

semakin cuba nak kerap sikit buat posting baru....semakin tak terdaya plak rasanya. mungkin disebabkan PRU13 yg semakin dekat. tapi apa ada kena mengena PRU13 dgn update blog?entah...

atau memang kebelakangan ini, kerajinan dah dikuasai dgn kemalasan. atau sebab kalau dipikirkan rasanya update blog ni takdelah sgt nak beri hasil. tapi dulu pun dah tau yg berblog ni memang takde sangat nak beri hasil cuma disebabkan minat mencana 'benda-benda' serabut dalam otak melalui menulis maka terwujudlah blog marhaen ni. jadi bukan sebab takde hasillah kalau camtu kan?

ginilah, bila rasa 'benda-benda' serabut dalam otak banyak akan digagahkan juga untuk menumpahkannya ke laman blog ni. kalau takde maka takdelah isu baru atau kalau ada banyak pun benda-benda serabut tu tapi 'kegagahan' takde maka samalah tu - takdelah juga isu baru nak di postingkan. apalah sangat nak dipaksakan diri kan? ala-kadar...ikut kemampuan dahle....wallahualam.

Thursday, March 29, 2012

diaorang juga perlu diuji...

biarkan...kalau diorang ingat diaorang akan tinggalkan
nak tengok apa 'nilai' kita pada diaorang tu
sanggup ke...teringatkan ke...sayang ke pada kita
kita sanggup korban segalanya untuk diaorang
macamana pula diaorang?

perkara kecil bolehla...ingat kat kita
macam-macam minta...semua kita penuhi
tapi kita tengok perkara yang 'besar' sikit camni
ada tak diaorang ingat kat kita
kadang-kadang diaorang pun perlu diuji

kita bukan nak tengok nilai pengorbanan
tapi kita tengok pada 'niat' dan 'keikhlasan'
tapi kalau diaorang tak tinggalkan langsung
setidaknya boleh kita nasihatkan lagi
masih boleh kita bentuk diaorang tu masa kecik camni

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........


janganlah diaorang bedal sampai habis karipap ni
langsung tak tinggalkan kat kita...
anak-anak pun kena ingatkan mak-bapak gak
lebih-lebih kalau makanan tu sedap..

Friday, March 09, 2012

kita manusia kelakar

السلم عليكم ورحمة الله

perasan tak ramai manusia tergolong dlm kategori manusia-manusia kelakar. kita risau mati tapi kita bawa motor sambil tiarap. kita 'exercise' berjoging berpuluh kilometer tapi lepas joging kita bedal 3 bungkus nasi lemak. kita nangis teresak-esak meratapi orang yg disayangi 'pergi' tapi masa hidupnya kita tak endahkan pun. kita nak bangun awal pagi esok tapi malamnya kita tido lewat. kita suka sangat nak marah orang tapi bila org marah kita, kita kata tak patut pulak. kita duduk di negara yg luas tanah rata tapi bila beli rumah suka yg di tepi dan lereng bukit (pastu takut pulak bukit tu runtuh!).

kita ubahsuai pintu pagar depan rumah kita sampai beribu ringgit kita belanjakan tapi akhirnya pintu pagar tu asyik dibiar terbuka. kita beli makanan-makanan mahal utk haiwan-haiwan peliharaan tapi makanan-makanan untuk manusia-manusia yg susah dpt makanan terlupa kita nak hulurkan. kita berus gigi-gigi 'sport-rim' keta kita tapi gigi sendiri terlupa kita nak berus. kita tudung lauk-pauk makanan atas meja makan kita tapi kita kuar rumah tak nak pulak kita bertudung.

dan banyak lagi benda-benda kelakar yg kita manusia ni dah atau sedang lakukan. dan bila benda kelakar ini kita lakukan maka kita pun turutlah jadi kelakar juga. sebenarnya walaupun kelakar tapi ianya tak pelik. sikit habuk pun tak pelik sebab? sebab kita dihidangkan didepan kita dengan 'kuasa pilihan'. kuasa pilihan itulah yg jadikan manusia (seperti saya sendiri) jadi kelakar. dan kita juga bebas untuk buat pilihan samada nak berhenti jadi kelakar atau terus jadi kelakar hinggalah ke hembusan nafas kita yg terakhir....wallahualam.

Monday, March 05, 2012

al-fatihah buat bapa mertuaku

assalamualaikum...

hj nasiff bin rahmat, bapa mertuaku telah pulang ke rahmatullah bersamaan 11 rabiul akhir 1433H, 4 mac 2012. setelah kesekian lama aku dan isteri bersama adik-beradiknya setia cuba memberikan perkhidmatan yg terbaik menjaganya namun dia akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya. komplikasi antara berbagai penyakit seperti kegagalan kedua-dua buah pinggang utk berfungsi, jantung, kencing manis yg kronik, paru-paru dan darah tinggi menyusutkan keadaan kesihatan allahyarham hingga ke saat terakhirnya.

semoga roh allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan tenang di tempatkan bersama roh para solihin, para muqarrabbin. amin.

al-fatihah.

Tuesday, February 21, 2012

arrhh!! dia datang dah...

mengenang kasih pada yg sudi
mengenang kekasih lama di saat 'moody'
makin dikenang makin berdenyut nadi
makin dikenang makin buat apapun tak menjadi

imbau perasaan sehingga jadi perasan
tak perasan di tangan ada pulasan
melihat realiti yg sebenarnya imbasan
otak dan pandangan jadi tak kerasan

kunyah roti canai lama-lama
sambil mendengar lagu 'jgn tunggu lama-lama'
terkenang nostalgia kisah lama-lama
seperti menatap gambar lama-lama

arhh!! biar itu semua pergi berlalu
takut kenang sekejap-sekejap jadi selalu
takut senyum seorang-seorang termalu-malu
takut kena bebel dgn 'kekasih baru' bertalu-talu




nahmy,
29 rabiul-awwal 1433H

Wednesday, February 15, 2012

jangan ketepikan hak mutlak itu!

assalamualaikum.....

dah buat checking di mana anda mengundi? saya sendiri belum lagi. insyaAllah dlm masa terdekat ni kot. siapa pun yg kita nak pilih atau nak undi itu tak jadi hal...yg penting mengundi. ambillah bahagian dlm pembentukkan kerajaan...kerana itu adalah hak kita sbg rakyat. kerajaan itulah yg kelak akan menentukkan corak kehidupan 'dunia' kita....samada kerajaan yg menang itu adalah yg kita pilih atau bukan yg kita pilih.

jgn sesekali kita menidakkan hak kita yg 'mutlak' itu dgn kita rasa mengundi itu bukanlah 'penting' sgt pun. jangan brooo...rugi kita. ada orang dok kata rugi je undi sbb yg kita undi tu kalah...tapi tahu ke kita yg kita nak undi tu akan kalah?? tak tahu bukan?? jadi undi je la. kita tak boleh duduk atas pagar sepanjang masa...choose your side, be bold and be brave about it. like what Einstein said,"it's not the successes make a man, its the values". dan 'value' apakah yg kita ada kalau nak mengundi pun tak nak?

tak kisah tentang kekalahan tapi perinsip dan nilai perlu kita junjung. winning isn't always a victory, losing isn't always a defeat. and die trying is much-much more better than die standing! dah lama kita merdeka, dan hak mengundi itu adalah sesuatu yg diperjuangkan dalam kemerdekaan itu sendiri....bermakna jika tidak mengundi maka kita belumlah secara hakikinya 'merdeka' lagi. selamat mengundi......wallahualam.

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidurasul 1433

السلم عليكم ورحمة الله

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.(Al-ahzab :56)

Barangsiap yg berselawat kpdku sekali, nescaya Allah akan berselawat kpdnya 10 kali.
(Sahih. Dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Nasai, Tirmizi, Ahmad, Darimi dan Bukhari.)


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


Salam Maulidurrasul 1433, semoga kita terus berselawat dan mengamalkan sunnahnya...dan semoga syafaatnya menanti kita disana kelak, insyaAllah.

Tuesday, January 31, 2012

mengigau : satu kajian bukan ilmiah

assalamualaikum...

rasanya semua org pernah mengigau. cuma levelnya berbeza dan terminologi-nya juga dibeza-bezakan. ada yg panggil mimpi ngeri dan ada yg panggil 'nightmare' dan sebagainya. saya juga pernah mengigau dan yg terbaru igauan itu berkisar tentang saya yg dikejar awek-awek jelita separuh bogel. berpeluh beb...berpeluh! mereka berkejaran cuba menangkap saya...adegan ini berlaku kerana saya yg hanyut dilautan tetiba terdampar di sebuah pulau yg dihuni hanya oleh wanita berumur 17-27 tahun. semua penduduk di pulau ni adalah wanita dan rata-rata memang mereka jelita dan berpakaian separuh bogel. yg herannya saya tentang mengigau saya ni kenapa separuh bogel...kenapa tak bogel terus...adusss...pelik betul-lah?!

ok cukuplah tentang mengigau saya tuh...nanti ramai plak yg kata saya 'perasan'. apakah yg dikatakan mengigau ni? mengikut kamus dewan orang-ramai masyarakat papua keluaran 1933 terbitan pustaka sampoengo jilid ke 163, mengigau adalah satu aktiviti luar-kawalan yg berlaku semasa seseorang itu sedang tidur lena. ia tidak akan terjadi kpd mereka yg tidur ayam, tidur tak tentu waktu, yg buat-buat tidur atau yg tak tidur langsung (macamlah kita tak tahu benda ni kan??). mengigau akan terhasil bila pola kecelaruan otak menguasai seseorang semasa dia hendak tidur.

walaupun perkataannya mengigau...namun mengigau juga ada yg baik. contohnya mengigau yg jenis menyebut-nyebut nombor. mereka yg sukakan judi tikam nombor sgt suka kepada orang yg tidur mengigau menyebut-nyebut nombor ni. jadi kepada golongan manusia camni je lah mengigau menyebut nombor ini dikatakan 'baik'. dan tidak pernah direkodkan dlm sejarah org yg mengigau memberi duit pada mereka yg ada disekitarnya. maknanya mereka yg mengigau pun kenal duit. okay bro, setakat tu je dulu yg dpt dicoretkan mengenai mengigau...semoga terelaklah kita dari igauan buruk, wallahualam.

Wednesday, January 18, 2012

hari ini kan kumulakan hidup baru....

"hari ini kan kumulakan hidup baru, sang suria akan jadi temanku oohh sungguhku gembira"..."hari ini kan kumulakan hidup baru, sang suria akan jadi temanku oohh sungguhku gembira". ulang-ulang aku nyanyikan rangkap lagu ni. aku sendiri memang dah lupa lagu siapa dan pada era tahun berapa dia popular. tak silap aku lagu Alleycats...tahun memang aku tak tahu. in fact the whole lyrics pun memang aku tak tahu. cuma baris rangkap yg ni je yg aku tahu. tapi takpe tak ingat keseluruhan lagu pun takpe...sebab dia tak akan selamatkan aku kat kubur kelak - itu pasti!!



cuma aku syok dok nyanyi-nyayi kecil rangkap tu sebab, unconsciously dia menjadikan aku ceria dan mungkin bersemangat. hari-hari adalah hari baru, hari-hari kita perlu gembira. bab tang sang suria tu...itu ia hanyala klise. dia adalah ciptaan Allah dan cahayanya menebar keseluruh bumi ciptaan Allah memberikan 'keceriaan'. jgn puja sang suria tu dahlah nanti tergolong dlm puak-puak majusi plak...heh...heh..

nyanyi-nyanyi gak...tapi itu hanyalah selingan je. yg penting pada Dialah kita mohon agar segala dipermudahkan. hidup adalah amanah, kehidupan adalah satu anugerah...tapi dlm kita hidup menjalani kehidupan tu takle pula kita nak kena serious memanjang kan?? dlm senyum pun kita boleh melepasi segala cabaran dan kesakitan...kan? he..he..entah lah syeikh, itu aku yg kata...dan apa yg aku kata tak semestinya betul...wallahualam.

Wednesday, January 11, 2012

meneruskan perjuangan...perlahan-lahan

ku hela nafas panjang-panjang. ku pejam mata. ku cuba menolak segala bayangan fikiran yg menerjah ke ruang jemalaku. aku tak mahu berfikir tentang apa-apa pun sekarang ni. Januari hampir ke pertengahan. kecoh dan kalut aku bersama isteri masih belum ada tanda-tanda akan surut. takpe...itu semua hanya menjadikan kami 'kuat'...insyaAllah. hal anak-anak hampir 90 peratus selesai begitu juga peruntukkan kewangan yg disediakan terdahulu.

sekarang kami kembali ke zon orang tua kami. aku pergi ke emakku...dia dan aku pergi juga ke bapanya. semalam dan hari ni dapat aku dan abah menghantar emak berubat. esok aku dan isteri akan menghantar pula bapanya ke HKL untuk pemeriksaan susulan. minggu depan insyaAllah aku menghantar pula adik lelaki ku utk physiotherapi-nya di Tawakal. aku pejam mata sekali lagi....tarik nafas panjang-panjang, lepaskan...aaaahhhhh lega sikit. aku panggil puteri bongsuku - zahra. bila dia datang je cepat-cepat aku dukung dan peluk dia sambil pejam mata. aku diamkan diri beberapa saat sambil erat memeluk dia. di usia hampir 3 tahun tu dia mungkin tak faham. tapi takpe...janji stressku reda dan terhindar jauh...walaupun utk seketika.

aku larang diriku dari mengeluh, merungut dan aku tidak mahu berkata-kata apapun pada sesiapa pun hatta isteriku. ye...stress dan keletihan memang menginjak-ginjak ke benak dan susuk tubuhku. itu biasa...itu adalah sebahagian dari tanggungjawab. selagi kederat yg Allah pinjamkan kepadaku ini masih mengalir, aku pastinya akan meneruskan agenda ini. tidakkah Rasulullah pernah berkata 'manusia yang baik adalah manusia yang banyak memberi menafaat kepada manusia lain'....alhamdulillah...

Saturday, December 31, 2011

the 'age' is getting another year....

assalamualaikum...

nope...there won’t be any new resolution for me for 2012. I’ll skip it this time around. I’m not against it...and I don’t know why I skip it...but frankly it just that I don’t feel like having it right now. no specific reason. year in year out...I’m still okay (I believe so) with or without it. resolutions are great, if you know how to uphold it...otherwise you’re bluffing your own goodself. funny but there’s people whose like doing this over and over again to themselves and likelihood; I too belong to this group. so, nope...not this time.

IMHO, resolution is the thing you can think about it, then create it but I don’t believe it should be said out loud...try keep it within you and honor it. resolution is not something you construct and then launch it right in the end of the year. it should be an everyday’s affair. a collection of short-term resolutions will give you an idea of what your next course of action going to be. so let’s get used in accomplishing the short-term resolution first. it’ll ease you up in setting-up the long-term ones and to get it done.






2012 is merely a bunch of numbers, yes...it risen your age, it might create a whole lot of new scenarios to your life. whichever is, try putting these numbers subjectively. what I believe you might confront is...it need us in order for it to become subjective. us...the real-mankind! don’t let these numbers intimidate us. just simply walk in deliberate-but-firm pace mode with it...again humbly I think it’ll usher us to a beautiful bright serenity place...insyaAllah.

Happy new year 2012!

Wednesday, December 21, 2011

pengharapan yg tiada putusnya...

aku perhatikan titis hujan tu. aku cuba tenung setiap titis..namun sukar utk aku cari dan fokus hanya pada satu atau beberapa titisan. ia turun deras, banyak dan bertali-arus. aku bukan mengkaji, tidak ada sebab tertentu untuk aku cuba merenung titis hujan itu melainkan hanya sekadar cuba mencari rahmat-Nya. yg turun bersekali dengan setiap titis hujan itu...

adakah rahmat-Nya hanya turun bersekali dengan hujan yg semakin kerap turun kebelakangan ini?. rasanya tidak. rahmat-Nya sentiasa turun samada bersekali dengan hujan atau tidak. cuma hujan adalah manifestasi zahir....yg 'turun' dan kerana hujan itu adalah air yg mencorakkan kehidupan setiap penciptaan-Nya di mukabumi ini. bila ianya 'zahir' maka mudahlah untuk difahami. tapi tuntutan pemahaman tidak hanya pada hakikat 'zahir' semata...kerana rahmat-Nya yg turun tanpa 'pengzahiran' itu juga banyak. cukup banyak.

aku percaya sangat-sangat rahmat-Nya sentiasa diturunkan-Nya. cuma aku tidak dapat tentukan pada 'siapa' atau 'apa' rahmat-Nya itu turun. dasarnya, aku mungkin tidak akan jumpa jawapan untuk persoalan ini. aku sekadar hamba-Nya yg daif, abdul dan fakir. aku sendiri berasa bukan misiku utk menemukan akan jawapan itu kerana aku sendiri, amat-amat sekali berharap dan bermohon agar rahmat-Nya turun menemuiku...

Sunday, December 04, 2011

tido, tido, tido

sejuk...sejuk, aku tarik selimut. aku cukupkan badanku utk ditutupi selimut pendek tu. selimut-selimut panjang dah abis anak-anakku ambil. "takpe la...takkan selimut pun nak jadi hal,"persisku. kali ni aku kerikotkan badanku...hahh! cukup pun masuk dlm satu selimut. isteriku dah memang tido dgn puteri bongsuku tu. aku je dah mcm menumpang di rumah sendiri. kejap tido depan tv. kejap bila anak-anak tido depan tv (bila esoknya hari cuti) aku tido plak kat bilik anak...atas katil!. kejap aku tido atas sofa, kejap kat depan komputer...cuma belum tido dlm bilik air lagi...tak tahu plak esok-esok lusa.

aku pun tak tahu bila puteri bongsuku boleh berpisah tido dari emaknya...dah 2 tahun lebih dah tu. tapi aku klu bab tido mmg relaks je. malas nak jdkan sbg benda-benda penting. lagi satu semenjak mak aku dan bapak mertuaku sakit...tido mmg dah tak terlayan lagi dah. always in standby mode. janji dapat lelap dah.

tapikan di musim-musim hujan ni terasa cam syok plak tido tu walaupun tak lama. sisetan pun aku kira syok berlonggok kat badan aku masa aku tido ni...sbb tu la susah sgt nak bangun tahajud tgh malam. susah! namun bila dipikir balik takkanle nak letak sebab tak bangun malam pada sisetan dan hujan yg menyejukkan tu. sisetan memang hanya jalankan tugas dia....dan hujan plak kan ke rahmat dari-Nya? jd sendirilah yg kena mengaku buat silap. alahaaaiii!!..kekadang cam dah tahu cuma buat-buat tak tahu.....wallahualam.

Friday, November 25, 2011

tahun mendatang, tahun ditinggal...salam Maal Hijrah 1433

selaan nafas...kencang sesekala lesu
derap sendi memetri kelaku
kabur pandangan menjelma di depan
taksub umur itu bukan untukmu

kantung amal..ringan berampaian
kecelaruan rentak menjangkiti jantung
kederat itu meresap terjauh
istilah sihatmu fahamilah

tahun mendatang, tahun ditinggal
letak dirimu di depan diri
garapi ikhlas luahkan ragumu
beginikah aku di akhir cerita?

upaya yg berbaki terabai kosong
begitukah...yang kau azami?
membiar diri menghalau daya
apa alasanmu bila kelak di depan-Nya?


nahmy.
29 Zulhijjah 1432.


p/s : kepada sahabat, rakan dan sesiapa jua yg memeriahkan blog marhaen saya ni,

++++++++++++++++++++++++++++++

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433

++++++++++++++++++++++++++++++

Saturday, November 19, 2011

berfikir pasal emak

emak...takde penggantinya dlm dunia. aku pikir pasal anak, pasal isteri dan kemudian pasal emak. aku guna otak 'left brain' aku, aku guna logik akal...anak, isteri, emak. anak, isteri, emak...sah! memang emak juga yg takkan ada 'galang-gantinya'.

semuanya berkecamuk masa pemanduanku nak tengok emak. "aku tak perlu sgt nak risau sbb abah ada", pikiran logikku berkata. "tapi abah akan jalankan tanggungjawabnya sbg suami...then aku? tanggungjawabku sbg anak? bila nak 'activate'?", sambung pikiran logikku lagi. ahh..emak-emak, tak kira camna sekalipun aku kena cuba sedaya mungkin jalankan tanggungjawabku sbg anak. dahlah tu...aku sulung dan aku lelaki. kan 'syurga'ku di bawah tapak kakinya? walau hanya utk berbicara dgnnya, kalau berbicara itu dpt menceriakannya..aku dah rasa cam sikit-sikit dah tertunailah tanggungjawabku sbg anak. walaupun tanggunjawab yg besar-besar sedang menungguku.

bila sampai je ke rumah orang-tuaku, lepas jumpa abah aku terus dptkan dia. alhamdulillah, mak takde masalah kesihatan fizikal yg berat sgt. "kenapalah mak taknak makan?". "kalau tak makan camna nak ada tenaga?" bertali arus soalanku padanya bila dah bersetentang mata dgnnya. "entah...tekak tak boleh nak telan, takde selera...macam malas pun ada", jawabnya padaku. "larrr...mcm-mcm punya sedap makanan pun takde selera...nampaknya mak nak kena berubat cara lain ni. yg bukan cara hospital...kita 'check' dulu", kekadang entiti negatif tu pun suka duduk dlm badan kita", ujarku padanya. dia hanya mengangguk je.

dan sekarang aku dirumah, esok aku tunggu abah & emak datang. nak bawa emak ke masjid di tempat tinggalku...sbb di sana ada bilik rawatan syifa'dan ada perawat yg mungkin boleh tahu apa yg tak kena dgn emakku ni. semoga Allah permudahkan segalanya...insyaAllah.

Thursday, November 17, 2011

ke mana le kita nanti?

assalamualaikum,

sekolah dah nak masuk hari akhirnya, musim kahwin pun dah nak 'start', musim banjir pun tgh mengintai-ngintai. tahun hijrah juga hampir berakhir, begitu juga tahun masihi. kita plak kat mana? dan ke mana kita selepas ni? kita tahu dr mana kita datang tapi ke mana kita mungkin kita boleh agak-agak, boleh rasa-rasa je. mati? itu mmg dah 'ultimate direction'...suka kena pergi, tak suka pun kena pergi juga.

tapi maksud ke mana kita yg saya soalkan ialah dlm kehidupan itu sendiri. memang yg paling penting adalah 'present time' kita tapi bila kita tetapkan (secara agak-agak sekalipun) 'next mission' kita secara tak langsung ianya mencorakkan 'present time' kita juga. kita merancang dan Dia juga merancang, tp perancangan-Nyalah sebaik-baik perancangan. bila dikatakan 'kita merancang' maka perancangan itu dah tentulah dilakukan 'in present time for the sake to achieve our future mission'...kan?

ke mana pun kita selepas ni jum la sesamalah kita masukkan Dia dlm perancangan pengembaraan kita tu. tak rugi. sebab samada tercapainya perancangan atau kantoi ditgh jalan perancangan kita tu, kita pasti pergi menemui-Nya. bermakna tanpa kita sedari ada 'perancangan' yg dah muktamad dalam perancangan kita tu.

saya suka juga buat perancangan nih, tp kena jaga-jaga takut elemen-elemen angan-angan mat jenin terselit masuk ke dlm perancangan tu. sbb 'frankly' saya pun jenis suka yg berangan gak! jadi ke mana kita selepas nih?....wallahualam.

Wednesday, November 02, 2011

berehat seketika....

assalamualaikum...

ide dan daya rajin dah semakin nipis sekarang ni. haticeria tidak bermula "gah", tidak berjalan "gah" dan pastinya tidak berakhir "gah". ia sekadar biasa-biasa dan gitu-gitu sahaja. sekadar meluah pendapat marhaen dan cuba utk memenuhi ruang-ruang kecil dalam lelangit siber tak bertepi ini.

akhir-akhir ini berkejaran antara hal-hal kehidupan dunia amat merentap kesempatan utk melapirkan walau secebis warkah kecil ke blog marhaen ini. dan amat dikhuatiri hal-hal kehidupan dunia ini kelak akan merentap pula kesempatan utk berteleku di depan-Nya. jika tiada yg "gah" pada blog ini maka dah tentulah tiada yg "gah" pada si-tuan tanahnya...dan itulah saya.

maka 'maaf' dipohon andai coretan utk beberapa isu yg lalu yang dilihat sebagai tempelan mengada-ngada yg tiada isu teras yg 'membangunkan'. percayalah demi nama 'haticeria' itu maka begitulah juga konsepnya - menceriakan hati! kekadang dan seringkali juga 'kepenatan otak' menjadikan 'tempelan mengada-ngada' tersebut timbul, namun tiada niat yg bukan-bukan.

jadi sebelum terkeluar dgn bertali-arusnya bebelan-bebelan 'manja', mengada-ngada dan yang entah apa-apa maka saya mengambil kesempatan ini mengucapkan,

--------------------------------------------------------

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432 H"

--------------------------------------------------------

sebaik-baik pengorbanan adalah pengorbanan kerana-Nya....wallahualam