Tuesday, July 18, 2006

pabila terperengot misai dato k

assalamualaikum...


akhirnya tertahu lah jugak satu negara bila dan di mana perkahwinan siti dan dato k. yang sesak nafas nak tau sangat-sangat dah tak sesak dan tak semput lagi nafas. bagusla...ye la bila peminat semua di jemput bolehle juga kita merasa makan free...tak gitu? saya takde nak komen apa-apa cuma doakan mereka bahagia hingga ke cucu-cicit je le. menengok kepada 'sidang akhbar'....peh ada sidang akhbar tu! nampak keceriaan si siti tu dan nampak jugale betapa terperengotnya misai dato k tu. syahdu dan romantis gituu... macam-macam di cerita, dari sesi perkenalan, percintaan dan akhirnya kepada perkahwinan...'team' untuk persiapan bajule, pelaminle...'garden wedding' le dan berbagai lagi semua dah di 'arrange'. tapi bagi saya bende-bende ni adalah perkara kedua penting. persiapan dan cara perkahwinan walau se 'grand' mana pun semuanya adalah perkara kedua penting yang lebih penting adalah 'perkahwinan' itu sendiri. pra-perkahwinan penting tapi yang lebih penting ialah pasca-perkahwinan....cara mengolah dan mengemudi perkahwinan itu sebenarnya yang tersangatle pentingnye.. kita dulupun pernah di gempakkan dengan 'grand' nye perkahwinan yusri dan erra...tapi akhirnya ke mahkamah juga. berapa tahunle sangat perkahwinan mereka tu...bukan nak mengkritik, saya tahu jodoh, maut dan rezeki tu semua di tangan Allah tapi kita-kita ni kenelah juga berusaha ye tak? kalau baru setahun-dua berkahwin rasanya usaha untuk mengolah dan mengemudi perkahwinan ke arah kebahgiaan tu rasanya belumle lagi bermula atau kalau dah bermula pun baru 2-3 tapak je....tiba-tiba alih-alih dah 'give-up'...dah terus ke mahkamah. apapun sekadar mengingatkan diri - perceraian itu adalah benda halal yang tidak Allah sukai....wallahualam.

Monday, July 17, 2006

kepoh satu negara

assalamualaikum....

siti dah nak kahwin?...kepoh dan riuh satu negara. lebih hebat rasanya citer ni kalau compare to citer pasal minyak naik harga walhal bila minyak naik harga semua lapisan rakyat akan terasa 'keperitannya' sedang bila siti naik pelamin yang rasa 'keseronokannya' hanya siti dan pasangannya tak gitu? tapi itulah resam dunia...kekadang kita terlupa antara yang penting dan yang paling penting. satu lagi citer yang akan menenggelamkan citer-citer lain ialah pasal mawi. pehh...hebat dua orang ni...dia punya penangan sampai tercorot citer-citer lain. aura agaknya...bukan nak kata apa...kita ni sebenarnya kene berpada-pada, kesederhanaan dalam apa jua cara dan ketika. saya dulu pun fanatik gak bila tengok bola lebih-lebih bila pasukan favorite main...sampai terlupa sat bende penting yang lain. tapi bila di pikir-pikirkan kalau pasukan yang di sokong menang tapi kita yang menyokong tak dapat apa-apapun hatta sticker keta pun maka....otomatiknya kefanatikkan saya tu pun sendirinya reda perlahan-lahan. gitu juga la halnya dengan siti dan mawi ni...keributan dan kekecohan yang timbul tak bolehla kita salahkan mereka tapi kerana ketaksuban dan kefanatikkan kita sendiri....berhibur pun kene bersederhana juga. cuba kita dulukan yang mana lebih penting dari yang kedua penting....bila di senaraikan (kalau rajin tu....cubale)tetiba kita tengok citer pasal mawi dan siti ni tersenarai di nombor 19! hahh...kan banyak bebenda penting yang lain...wallahualam

Friday, July 14, 2006

hidup dan hutang....lagi

sambungan perihal hidup dan hutang...

memang dah pasti hutang tidakle dapat kita elakkan tetapi berhutang pun sebenarnya kena berhemat juga, maknanya tujuan berhutang perlulah kerana sebab-sebab yang baik. tujuan berhutang dan cara perlaksanaanya perlulah mengikuti syariat dan syarat. hutang ni sebenarnya dari zaman Nabi pun dah di sebut (lebih 1400 tahun dulu) bahkan di Quran ada di sebut maka sebenarnya Allah dah tau yang hambaNya pasti akan terlibat dalam hal-hal hutang ni...cuma ye la spt di atas cara dan perlaksanaanya kenalah kita ikut yang dah Allah gariskan, barulah Dia akan tolong permudahkan kita untuk melangsaikan hutang-hutang kita tu. kekandang tu betulla apa yang dikatakan bahawanya orang yang paling kaya adalah orang yang takde hutang....tak gitu?....wallahualam

Tuesday, July 11, 2006

hidup dan hutang

pernahkah kita terfikir betapa besarnya peranan hutang dalam hidup kita? cuma apa yang mendukacitakan ialah hutang selalunya memainkan peranan negatif....walau ada sedikit peranan positif yang dibawanya. hutang menjadikan kita runsing di siang hari dan tidak lena di malam hari, inilah apa yang Nabi Muhamad kata. kita memang tidak dapat lari dari hutang. kalau tak besar mungkin sedikit namun hutang tetap hutang.