Saturday, September 25, 2010

seriously, not too serious...

assalamualaikum...

why your articles are not touching any serious issues? or for a least bringing up a much-a-talk issues? a friend in one gloomy day did ask me once. serious? much-a-talk issues? should I really giving prominence to this? for his sake...I did that. I’ve ushered him to my previous article. not that he forgot to peek into my previous posting...it just that....he just knew that I’ve blog.





I tend to agree with him and fully aware about it. I purposely did this. it doesn’t mean that I put on definite halt...I might touch it once a while. I just need to lessen my writings. the reason is my brain is pretty small. I don’t want to burden it with those heavy...and difficult-to-find-solution issues. in fact, to write on this requires crystal-clear state consciousness plus the top-notch brain condition...or simply put - let the experts handle it!




I rather use this small-brain of mine to adore artistic matters that normally comes with its own unique-intrinsic values. pertaining to writing, I believe in reminiscence suave things. it suits me well. it’s not something like I write then people just read it, but it’s more like people read...people discuss and people give comments. suave or easy-to-digest writings still got its momentous elements, its significances. it makes me happy producing it and hopefully the other will feel the same way too. as what they said, it’s not the content of the matter...it’s more on 'how' you put it! wallahualam.

Sunday, September 19, 2010

di pagi hari ini..

assalamualaikum...

yaa!! di pagi hari ini dpt gak saya bersantapkan nasi lemak di waktu sarapan tadi. nasi lemak mmg dah lama tak pekne...hampir sebulan woooo.. alhamdulillah...dpt gak pekne. beli yg biasa, singgit dua posen sebungkus je...tapi beli 5 bungkus. 2 bungkus utk santapan sendiri..al-maklumlah! lagi pun bila pekne nasi lemak tu dgn serunding daging..terasa lain macam plak. macam..macam...syok tak terkiralee...






nasi lemak skrg ni ramai yg pekne dah tak kira waktu...saya pun camtu juga. sebelum puasa pun dok pekne nasi lemak tak tunggu di pagi hari...malam hari pun dah pekne. tapi bila dah lama tak pekne dan kemudian pekne balik di pagi hari cam hari ni...rasa lain plak. mungkin elok (juga bagi sayala..) di makan di pagi hari cam cara tradisi tu.

dulu saya tak gemar pekne di pagi hari nasi lemak ni...sebab takut mengantuk...tapi hari ni ok plak. tak mengantuk..mungkin sebab ada nescafe dgn serunding daging tu kot? apapun... memang indah pagi ini. cuma bab pekne dua bungkus sekali gus tu nak kena dielakkan. yeela..kolestrol nasi lemak ni pun boleh tahan jugak. jadi sebungkus tu pun dah kira banyak le tu...cuma entah...tiba-tiba pagi ni terasa 'geram' plak. gitule...wallahualam.

Wednesday, September 15, 2010

salam raya dari keluarga Hj Md Yusof
















seorang bapa, seorang ibu, lima anak
5 anak, - 3 lelaki, 2 perempuan
4 menantu, - 1 lelaki, 3 perempuan
4 menantu, - 2 kelatan, 2 kl
8 cucu, - 5 perempuan, 3 lelaki

seorang bapa, seorang ibu, lima anak
5 anak, - sulung lelaki, bongsu perempuan
5 anak, - satu kembar, 3 biasa
5 anak, - 2 - tiga anak, 1 - dua anak, 2 - belum rezeki
5 anak, - satu belum kahwin...tgh tergedik tu!

seorang bapa, seorang ibu, lima anak
8 cucu, sulung - 11 tahun, bongsu - 1 tahun 4 bulan
8 cucu, sulung dah tentu sulung, yg bongsu belum tahu
8 cucu, belum ramai tapi ok le tu
8 cucu, cucu sulung dr si bongsu..tgh ditunggu...tgh tergedik tu!

itulah keluarga Hj Md Yusof

Sunday, September 05, 2010

sinar Syawal

assalamualaikum...

mungkin tidak terlalu awal, atau takut-takut tak terupdate blog marhaen ni...maka di kesempatan yg ada ini kepada pembaca budiman yg beragama Islam, saudara se-agama saya..terimalah dari saya dan keluarga. segala teguran, komen, nasihat..yg tercoret atau yg tak tercoret di sini amat saya hargai...amat saya sanjungi. ikhlas saya ucapkan syukran jazakallah khairan kathira.


Monday, August 30, 2010

tazkirah pendek utk diri

assalamualaikum...

gusar meneleku di sempadan fikiran
memikir Ramadhan yg semakin sayup
aku cuba tapi mungkin cubaku terbatas
aku usaha tapi mungkin usahaku belum memadai
dimana 'beza'nya Ramadhan ku kali ini?
adakah perjuangan ibadah-ku banyak dan ikhlas?
payah...sukar...

gusar semakin berleluasa di sempadan fikiran
bila lelagu raya semakin berkumandang
seperti ia menggugat matlamat rohani
takut iman tipis ku terhala songsang
lari dari landasan sepuluh Ramadhan yang akhir
dan malam Qadar tu menjadi bualan pagi esok
terlepas...sukar...

gusar berkecamuk kencang di sempadan fikiran
bila kesihatanku di uji-Nya
masihkah ada Ramadhan untukku di tahun depan?
sayugia yg sekarang makin terlucut dari genggaman
namun! perjuangan masih belum selesai
aku perlu memukul diri...kuat dan keras
agar kesempatan itu...masih berupaya kukejar

gusarku di sempadan fikiran semakin reda
bila diceritakan akan Bilal bin Rabbah
yg ke syurga atas sentiasa ia dalam berwuduk
mengisyaratkan agar beramallah dengan kemampuan
ikhlas pada-Nya, Dia kelak akan memudahkan
hatta malam Qadar itu untuk kita temuinya
Dia-lah...yang memutuskan...insyaAllah


wallahualam,
sekadar catatan mengingatkan diri.
nahmy 20 Ramadhan 1431

Monday, August 23, 2010

3 fasa makan

assalamualaikum...

kita memang tak boleh makan di siang hari di bulan posa ni...dan semua orang tahu pasal tu. tapi bila malamnya camna plak tabiat makan kita? sedikit kajian yg saya buat terhadap keluarga sendiri..keluarga orang tua saya...dan adik-beradik saya ialah selalunya kitaorang melakukan 3 fasa makan di bulan posa nih. fasa satu, dah tentu semasa berbuka. fasa dua, semasa lepas terawih dan yang fasa tiga, makan sahur.



ya, memang ada yg skip sahur...dan rata-rata yg skip sahur akan jadi kurang bersistem kaedah makannya di malam hari (semasa di bulan posa). sebab diaorang asyik dok makan sejak dari berbuka hinggalah ke waktu nak tidor...mungkin berhenti sat masa buat terawih. khuatir 'bekal' tak cukup utk esok (sbb mereka tak makan sahur). akhirnya, mereka makan lebih banyak semasa dibulan posa berbanding di bulan-bulan lain. cara ni juga tidak di galakkan sbb makanan yang kita makan tu..kita nak bawa tidur. klu berbuka...kita bakar kalori tu semasa berterawih. klu sahur kita jadikan 'bekal' utk esoknya. jadi klu masa nak tidor??

maka lepas terawih tu...kita makanle bebenda yg ringan atau 'snack food' org putih kata. sekadar melapik perut utk sampai ke sahur atau klu tertiba kita terlepas sahur maka bolehle ianya sedikit sebyk dpt dijadikan 'bekal' utk esok bila berposa. dan cubalah sebolehnya kita ikut Rasulullah yang sentiasa bersahur dan melewatkan pula makan sahur tu....wallahualam.

Sunday, August 15, 2010

syukur, dah masuk hari ke-5

assalamualaikum...

sekali lagi membicarakan tentang posa dan alhamdulillah kita dah pun sampai ke hari ke-5. kalau kita pandu keta maknanya kita nak masuk gear 2 dah ni. semakin laju dan semakin 'berisi' hendaknya. masa nak masuk Ramadhan dulu saya adalah 'test' posa-posa sunat sebabnya? khuatir akan 'ragam' perut. bermula hujung tahun lepas saya dah mula kena angin-angin kecil gastrik dan pedih hulu hati (flatulence & heartburn...omputih kata). perut tak boleh biar kosong sebabnya...'Allah tak menzalimi kita bahkan kitalah yg menzalimi diri kita sendiri'. ya...diri sendirilah yg cuba 'skip' atau lambat-lambatkan makan.



kunjungan ke farmasi (cari ubat) juga saya lakukan di samping posa-posa sunat itu (posa sunat tu pertama kerana Allah-lah, yg kedua baru nak jadikan 'test'). bila berjaya di posa sunat tu...barulah boleh tarik nafas lega, walaupun debaran masih ada masa nak masuk awal Ramadhan tu. dan sekarang alhamdulillah dgn izin-Nya, dah masuk hari ke-5 dah. syukur. org kata kalau amalan 'extra' susah nak buat yg compulsory tu jgn kita tinggalkan...dan saya pegang juga pada kata-kata tu.

inilah sedikit kisah marhaen saya dgn harapan kpd sesapa yg baca tu cuba-cubalah elakkan 'menzalimi' diri kita sendiri. kekadang kita melakukannya tanpa kita sendiri sedar. kitakan sebaik dan sesempurna ciptaan Allah. kita jagalah diri..itu juga adalah amanah dari-Nya. supaya mereka yang kita sayangi tak disusahkan utk jaga kita....sayang apanama klu kita susahkan mereka plak. wallahualam.

Monday, August 09, 2010

menanti Ramadhan

assalamualaikum....

حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏خالد بن مخلد وهو القطواني ‏ ‏عن ‏ ‏سليمان بن بلال ‏ ‏حدثني ‏ ‏أبو حازم ‏ ‏عن ‏ ‏سهل بن سعد ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إن في الجنة بابا يقال له الريان يدخل منه الصائمون يوم القيامة لا يدخل معهم أحد غيرهم يقال أين الصائمون فيدخلون منه فإذا دخل آخرهم أغلق فلم يدخل منه أح


Hadis riwayat Sahal bin Saad ra., dia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang bernama Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat. Tidak ada orang selain mereka yang masuk bersama mereka. Ditanyakan: Di mana orang-orang yang puasa? Kemudian mereka masuk melalui pintu tersebut dan ketika orang yang terakhir dari mereka sudah masuk, maka pintu itu ditutup kembali dan tidak ada orang yang akan masuk melalui pintu itu.


Kepada semua muslimin dan muslimat, sahabat & taulan...saya mengucapkan 'SELAMAT BERPUASA'. semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kita yang terpaling baik dari yang sebelumnya...insyaAllah. Salam Ramadhan 1431.

Saturday, July 31, 2010

syoq-codoque

assalamualaikum...

bahgia dan gembira rasanya pagi ni. satu sebab Allah masih beri kesempatan meneruskan kehidupan dan satu lagi sebab sarapan pagi dapat pekne...syoq-codoque!. syoq-codoque adalah panggilan utknya yg menggunakan bahasa campuran perancis-jawa (mungkinlaarr..). tapi kalau guna bahasa ibunda-lidah-pertiwi-one-malaysia ia dipanggil cokodok je. asal-usul kuih 'complex' dan berteknologi tinggi ini tidaklah saya tahu dari mana. cuma buat dia tak susah sgt...cuma yg susah nak minta orang tulun buatkan je. tapi pagi ni...alhamdulillah tak minta pun dah dapat membahamnya...syukran jazilan isteriku!







anak-anak pun alhamdulillah suka akan syoq-codoque ini dan rata-rata mereka mengatakan memang syok memakannya lelebih kalau cicah sos cili atau sambal tumis ikan bilis petai (sos cili tu anak aku...sambal tumis petai tu - aku punya sebenarnya). untuk menjadikannya lebih berperisa..bolehlah tambah kucai, taugeh, udang basah, jagung dan sebagainya mengikut kehendak citarasa sendiri.

gitule untuk kehidupan para manusia marhaen cam aku....'have syoq-codoque will travel'. syoq-codoque pun dah best habis. tapi tak salahkan! takkan bila dapat makan 'sirloin steak' yg harga RM50-RM60 je baru kita nak bersyukur dan menikmati keseronokkan hidup?? syoq-codoque ni pun alhamdulillah...syukur, ada org yg kena sakit-sakit kronik tu...pegang syoq-codoque pun tak boleh, lagikan nak memakannya. satu lagi mungkin kat sini murah je...tapi silap haribulan boleh jadi mahal tau kalau kita jual kat perancis tuu...manalah tahu kan?...wallahualam.

p/s: sorry le berbanyak sbb bahasa ibunda aku hari ni cam ghobla sikit bunyinye - maklumlah minggu tension nih!

Saturday, July 24, 2010

kenderaan pacuan 4 roda

assalamualaikum...

aku dan isteri doklah ternanti-nanti bila kan tiba saat dan ketikanya anak yg bongsu tu boleh berenggang dari kenderaan pacuan 4 rodanya tu. anak kami rasanya semua memang jenis lambat berjalan tapi yang ni memang betul lambat ni. bukan niat tu nak dia cepat besar...yg sebenarnya rungsing bila dia 'memandu' kenderaan pacuan 4 rodanya tu. betul-betul macam 'offroad challenge!'...habih semuanya dia langgar. dari kaki bangku hinggalah ke kaki aku sendiri.











inilah 'pemandu' kenderaan pacuan 4 roda tu (atau pacuan 2 kaki!!)











inilah kenderaan pacuan 4 roda tu..

rumah plak tu takle luas sangat. walaupun aku tak rungsing barang atau perabut rosak sebab barang dan perabut kami tu semua jenis murah je..dan lagi bebarang tu kalau rosak boleh dicari ganti tapi kalau si anak yg cedera?...pening dan letih jadinya.








pemandu dgn kenderaannya!

entahle...tengok gaya memang dah tak lama dia boleh 'parking' dalam 'garage' kenderaan pacuan 4 rodanya tu...sbb sekarang dia rajin gak berpaut dan bertatih tapi apapun aku dan isteri kena sabor le dulu. bila tengok dia cam penat bertatih tu kami masukkanlah dia ke dalam kenderaan pacuan 4 rodanya tu...tapi akhirnya penat plak tengok gaya pemanduannya...alahaii.. gitu le lain anak lain plak karenahnya...wallahualam.

Saturday, July 17, 2010

alahaii...semua dah naik

assalamualaikum...

terpanggil saya nak citer bab gula, gas masak, petrol dan barang-barang lain yg naik harga tu. terpanggil bukan sbb prihatin tapi sbb 'geram'. rakyat sepatutnya 'terjaga dan terpelihara' dgn sesapa jua kerajaan atau pemerintah yg dipilih mereka bukan rakyat nak kena jaga kerajaan atau pemerintah yg mereka pilih supaya kerajaan/pemerintah tu sentiasa 'berduit'.




nampak mmg mcm kecik kenaikkan tu...terutama petrol tapi benda-benda ni kan ada 'chain reaction'nya. mcm yg kita belajar dlm ekonomi dulu-dulu. dari kilang ke kedai..kan kena naik lori barang-barang tu. bila petrol naik harga maka brg dlm lori tu tak naik harga ke??

letih...letih...itulah reaksi saya bila dpt tahu benda ni. dlm kita sibuk nak berjimat kita masih terbeban. golongan atasan dan yg kaya raya tu memanglah tak terasa sgt tapi yg golongan menengah ke bawah...makin letihle jadinya. apa sebenarnya utk rakyat pun saya tak tahu...dulu bila dinaikkan harga petrol kata kenaikkan tu dpt digunakan utk improve sistem pengangkutan awam...tapi tak nampak improve-nya tu. habis...mana yg kata nak beri rakyat tu?? adusss...letih & wallahualam.

Thursday, July 15, 2010

lelaki yg menangis...ooohhhh!..

assalamualaikum....

berita pagi Khamis yg di petik dari sini:

A 28-year-old man cried out loud and slapped himself when police caught him naked in a room with a prostitute. He also admitted that he was wrong and apologised to his mother and company.

Last week, a police team in China carried out a series of anti-vice operation at six prostitution hubs in Guangxi.When they raided a spa centre, they heard a voice in a room saying: "Faster put on your clothes."













And when they stormed into the room, they saw a man and a woman in nude.Upon knowing he was caught red-handed, the man in the room sat on the bed and cried.The man also slapped himself eight times on the face, telling police that it was his first time there.

"I drank a little and was feeling dizzy. Then I remembered some people said sauna can help to sober me up and I come... I'm sorry mother," he said.The woman, who was also in tears, told police that she had worked at the spa centre for two months and was paid 100-odd yuan (RM47) for each customer.


soalan cepumas saya: kenapa setakat nangis dan tampar diri je? cuba-cuba le suruh orang lain bagi penerajang ke...kan lagi appropriate...pasti ingat sampai bila-bila punya....wallahualam

Saturday, July 10, 2010

nafsu babi...nafsu manusia

assalamualaikum...

sibuk betul 3-4 hari kebelakangan ni pasal pil peransang sex babi tu. rupanya babi ni mmg binatang jenis kuat nafsu sex yek. manusia pun pandai...boleh jumpa aspek positif bab babi ni (positif?..ye ke..??) dan kemudiannya di manipulasikan utk di guna oleh manusia (yg serba kekurangan...hehehe). pada saya walaupun ada hikmahnya Allah jadikan babi itu dan hanya Dia yg tahu sebab-musababnya dan walau dianggap bab 'kuat nafsu' babi tu positif namun tentulah ianya TIDAK sekali-kali untuk golongan muslim. golongan selain golongan muslim - mungkin..

bagaimana kekuatan nafsu ransangan sex babi ni dpt diextract dan kemudian diguna untuk kebaikan kepada golongan bukan muslim memang tak perlu dinafikan cuma bila ianya 'disalah-gunakan' utk 'melentok' dan 'memporak-perandakan' kegadisan si gadis itulah yg menjadi isu besarnya. hatta, walaupun kepada holongan bukan muslim...rasanya gadis-gadis bukan muslim pun tak mahu diperdaya dgn menggunakan 'pil peransang sex babi' ni.

kpd gadis dan wanita samada muslim atau bukan muslim...berwaspadalah sentiasa. selagi jejaka-jejaka durjana ini wujud di sekeliling kita...yg sukakan perkara yg tak elok dan suka pula melakukan benda-benda tak elok pada anda semua maka proses berjaga-jaga dan mengingatkan diri-sendiri hendaklah sentiasa diamalkan. bahkan bila jejaka-jejaka durjana ini berkeliaran, bukan saja gadis dan wanita yg tak selamat bahkan babi-babi juga mungkin 'terancam'....wallahualam

Thursday, July 01, 2010

kena bagi 'pingat' ni...

assalamualaikum...

inilah baru boleh dipanggil sbg satu 'pengorbanan'. ingat senang ke nak buat cam ni? nampak memangle senang...tapi nak buat mungkin kena pikir 3-4 kali dulu. 3 hari dlm seminggu cikgu besar Liu Shuang Zen SRJK (C) Tanah Merah ni tidor kat sekolah semata-mata utk memudahkan ibu-bapa berjumpa dgnnya disamping 'memantau' sekolahnya di waktu luar sesi persekolahan....(atau memantau pak guard yg tidor kot!).










tak payahlah kita nak naik gunung kat negeri orang yang jauh-jauh tu, pergi berenang selat Inggeris, pergi bersuluk di Antartika, berperahu keliling dunia....buat cam cikgu besar ni pun dah kira hebat. silap haribulan yg bersuluk ke Antartika, yg berperahu keliling dunia tu belum mampu buat cam cikgu besar ni.

buat sesuatu yg dilihat kecil dan mudah bukan tak boleh menjadikan kita hebat dan hebat tu bukan dikira dari sesuatu yg 'besar' yg kita lakukan. perbuatannya mungkin kecil tapi kesannya besar itu yg penting. samalah dgn kita (temasuk juga saya!). sebab itu Allah melihat pada hati kita...bukan pada perlakuan atau sumbangan besar kita. dan tidakkah hati itu 'kecil'?? dan kita juga ada baca bagaimana Allah memasukkan si pelacur ke syurga hanya kerana dia memberi minum seekor anjing...apakah yg dinilai Allah...tidakkah pada niat di hati yg kecil?...wallahualam.

p/s: nak baca pasal cikgu besar tu? klik sini

Thursday, June 24, 2010

mencari damai di...eerrrrk! di world cup??

assalamualaikum..

lama tak mengupdate. takpele...blog kita pun marhaen je. buka cam blog Tun Mahathir yg berjuta hit dlm sehari tu. sebenarnya bukan taknak mengupdate tapi kerana faktor kesihatan. selepas semua anak dah kebah dgn demam mereka maka ayah plak yg kena attack. tapi takpe ...alhamdulillah, bila sakit tu ingat kat Dia.












satu lagi demam yg melanda kita ialah demam World Cup tu. yg minat sangat hal-hal bola ni berpada-padala...akhir zaman ni senjata saraf banyak digunakan utk attack orang islam cam kita ni. jadi paham-paham le sendiri. saya yg tengah demam pun suka gak tengok World Cup tu...terutama bila tengok pasukan underdog lawan pasukan giant tapi sbb demam...maka kekadang tu sempat tengok separuh masa je.

dulu-dulu memang berhantu gak bila tiba World Cup camni tapi bila dah semakin 'dewasa' ni maka tengok ala-kadar je le. kalau sokong sampai gegak gempita sangat pasukan yg bertanding tu pun bukan kita dapat duit kan? cuma satu je yg saya rasa ada bagi sikit kebaikan kat saya ni pasal World Cup tu...dia dapat mendamaikan kepala otak yang berserabut...kita tengok kita tak pikirle hal-hal duniawi yg lain. kalu game pukul dua tu kita bangkit buat tahajud dulu pun baguih juga kan?..kan?...wallahualam

Monday, June 07, 2010

kutukan kepada si laknat

assalamualaikum...

alhamdulillah, mereka semua dah selamat. walau misi mungkin terkandas di pertengahan jalan...namun ia tetap satu misi yg berjaya. mereka berjaya membuka aib kekejaman Israel laknatullah kepada mata dunia. sekarang masyarakat seluruh dunia telah dibuktikan siapakah yang patut disokong, rakyat Palestinekah atau Israel laknatullah itu? siapakah pula yg paling kejam? dan betapa 'benarnya' ayat-ayat Quran yang menceritakan tentang zalimnya yahudi/zionis laknatullah itu.






















misi keamanan menghantar ubatan dan makanan mmg kena tetap diteruskan. satu jalan gagal bukan bermakna gagal semua jalan. kepada rakyat Palestine kita mohon doa pada-Nya agar mereka sentiasa dlm perlindungan-Nya, diberikan kesabaran dan ketabahan utk menangani kekejaman Israel laknatullah itu. kepada penghantar-penghantar ubatan dan makanan (misi keselamatan) yang seterusnya kita doakan mereka akan berjaya juga akhirnya sampai ke Gaza.

jgn kita putus doa. dgn doalah terbatalnya sesuatu bala, dgn doa juga akan terturunnya kebaikkan. kita di sini dan rakyat Palestine di sana mungkin tiada senjata...tapi senjata yang paling hebat adalah doa kita semua. yg zionis Israel laknatullah tidak dpt mengelak dari terkena 'tembakannya'. jadi sama-samalah kita berganding doa, juga berterusan mengumpul dan mendermakan apa yang patut demi rakyat Palestine yg dizalimi itu...wallahualam.

Monday, May 24, 2010

fesyen terpeleot

assalamualaikum...

alaahaaaiii....inile generasiku. terpeleot kejap bila saya menengok gambor gadis berfesyen 'terpeleot' ni. dah tak keruan dia punya fesyen. entahle...kekadang tu sedih pun ada, kekadang marah pun ada. dan dah tak tau nak cakap apa dah..



punya banyak fesyen-fesyen lain yg ada, fesyen lagu ni yg dia pilih. tak ke mengundang kontroversi gitu. tapi itula lumrah hidup di akhir zaman...manusia sibuk sgt dgn bebenda berfesyen contohnya camni sampai hilang 'identiti'...dan lama-lama esok hilang harga diri dan akhirnya hilanglah agama dari diri.

cuba-cubala sebelum nak pakai mini skirt tu...bawak-bawak bertenang, istighfar dulu...cari idea yg baik-baik, tentu dpt dielak dari mengenakan fesyen terpeleot camni. atau memang saja nak mengenakan fesyen lagu ni kot?? kalau dah lagu tu...maka sendiri je la tanggung. kita yg melihat...ambillah iktibar, fesyen camna canggih pun itu semua utk kehidupan yg sebentar je. kehidupan satu lagi yang kekal abadi tu yg perlu kita utamakan...pikir-pikirkanle...wallahualam

Saturday, May 15, 2010

mee goreng mamak nigeria

assalamualaikum...

maaf jika artikel saya ada yg menyinggung sesapa. semua artikel ni lately hanya nak mengendurkan tekanan. tidak ada terlibat utk menyinggung sesapa samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.

resepi yg akan saya 'persembahkan' ini adalah resepi terpaling easy in the world. sesapa pun terutama yg masih hidup boleh memasaknya. saya panggil 'mee goreng mamak nigeria' pun ada sebab-sebab tertentu yang anda boleh pikirkan sendiri.

mula-mula beli sebungkus mee goreng mamak (klu nak lebih dr sebungkus pun boleh), kemudian bila dah ada kat rumah, jgn di makan mee itu...cuma biarkan terperap utk 3-4 jam. selepas 3-4 jam tu (lebih lama lebih baik cuma cuba jgn bagi basi dah le) panaskan kuali dan ratakan sedikit minyak di kuali tersebut. bila kuali dah agak panas masukkan mee goreng tadi dan gorenglah balik mee tersebut mengikut kesesuaian jiwa. sebaiknya dlm 5 minit dahle. bila baunya dah naik dan nampak cam mee tersebut dah tukar kaler jadi kekegelapan sedikit maka letakkanlah ia di piring.

mee goreng yg diperap itu sebenarnya akan menjadikan rempah-ratus jadi lebih terserap pada mee tersebut. maka bila kita goreng balik, satu kita akan menyahkan minyak dan satu lagi mee tersebut akan lebih terperisa.









pastu goreng sebijik telur dan cuba jadikan kuning telur tu cair dan bergoyang jd bila kita letak telur goreng tu atas mee, kuning telur yg cair dan meleleh atas mee itu juga turut akan menambahkan lagi perisa akan mee tadi. setengah tempat memanggil telur ini 'telur goyang'...bukan telur goyang pinggul inul yekk!

cubalah...kalu sedap beritahu lawan, jadi bila kita belanja dia makan maka dia tak jadi nak lawan kita. kalau tak sedap maka makanle sorang-sorang. pada saya memang sedap...yeela resepi sendirile katakan. oh ya...rasanya taukan sebab apa ia dipanggil mee goreng mamak nigeria?...wallahualam.

Monday, May 10, 2010

mari memanjat....

assalamualaikum...

sbb kesempatan masa yg agak 'nipis'...maka saya pastekan je lirik dan lagu 'the climb' utk dijadikan sbg sedikit renungan atau sbg 'food for thought' mat saleh cakap. tekan 'play' kat bawah sekali tu utk mendengarnya..


THE CLIMB


I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith, woah


Miley Cyrus - The climb .mp3
Found at bee mp3 search engine

Friday, April 30, 2010

bila abah.....












bila abah merenung mu
sedikit resah di hati abah
memikirkan masa depan mu
adakah terjamin di negara bertuah ini

bila abah merenung mu
sedikit gusar di hati abah
adakah perjalananmu mencari kedewasaan
akan indah dan mudah

bila abah merenung mu
sedikit pening kepala abah
akan tercukupkah belanja persekolahan mu
dalam memburu ilmu dan pengetahuan

bila abah merenung mu
sedikit risau di hati abah
adakah tertunai sudah tanggungjawab abah
membekalkanmu dengan iman dan islam

bila abah merenung mu
sedikit sebak di hati abah
adakah abah masih ada disamping mu
bila dirimu mengecap segala kejayaan

bila abah merenung mu
terbau ketidakselesaan di hidung abah
adakah 'sesuatu' dalam lampin mu
ye!!..memang ada sesuatu didalam lampin mu

ooooohhhhh.....