Saturday, May 21, 2011

mari berbalas pantun

anak pandi kutty mudik ke hulu
mudik ke hulu naik rakit?
ke hilir tak sampai lagikan ke hulu
bolehke anak pandi kutty naik rakit?

mari menangkap cicak sesumpah
menangkap bersama anak pak majid
cicak sesumpah pun tak suka bersumpah
apatah lagi pakai jaket kalis peluru dlm masjid

tup tap tup tap masak maggi
sup sap sup sap menyeluk saku
tup tap tup tap gula naik harga lagi
sup sap sup sap lari bajetku

mari tempeleng si anak dara
anak dara tempeleng balik
tempeleng lagi si anak dara
anak dara lari balik

anak katak malas melompat
anak katak asyik nak tido
anak manusia kahwin empat
anak manusia 'lena' tido

mari pergi menyalon jambul
pergi bersama Dato Samy Vellu
keluar salon membelek jambul
sama pulak dengan jambul Dato Samy Vellu

ron95 nak naik harga
lepas gula mereka naikkan
bila tanya kenapa naikkan harga
mereka jawap - dah tak turun kena le naikkan



wallahualam
nahmy 21.5.2011



p/s:
pantun ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa yg hidup mahupun yg dah mati. cuma mungkin ada kena mengena dgn 'agi idup agi ngelaban' (tak paham bahasa org asli ni maka tanyale pada sesapa yg tahu).

Saturday, May 14, 2011

ada orang....











ada orang...
baru dapat anak...
aku...cam terasa gak nak tambah anak

ada orang...
dpt bonus 6 bulan
aku...minum air kacang soya 'bonus'

ada orang...
mengembara beribu batu menuntut ilmu
aku...tunggu ustaz dtg ceramah ke surau

ada orang...
sakit...duduk di hospital
aku...masih Allah beri rezeki kesihatan

ada orang...
sibuk...naikkan harga barang
aku...memang naik berang

ada orang...
simpang siur fitnah menyerang
aku...semoga Allah jauhkan

ada orang...
minggu depan pi umrah
aku...insyaAllah tgh berazam ni

ada orang...
besarkan rumah
aku...badan plak yg semakin besar

ada orang...
sibuk 'menyalon' rambut
aku...rambut makin kurang

ada orang...
diberhentikan keja
aku...keja ikut projek

ada orang...
makan roti canai 3 keping
aku...makan nasi ulam petai je

ada orang...
pandai tolong isteri memasak
aku...isteri kata 'jgn nak memandai-mandai'

ada orang...
seronok balik kampung
aku...dah balik dah hari tu

ada orang...
tuah badan tambah isteri ke 4
aku...terleleh liur bila membaca kisahnya



alhamdulillah & wallahualam

Tuesday, May 10, 2011

keluhan pertiwi semakin kuat di boleh-land

assalamualaikum....

subhanAllah!....belum sempat entri 'keluhan pertiwi di boleh-land' kering dakwatnya dah dumumkan plak rega gula naik dua posen berkuatkuasa esok (10 Mei 2011). geram...gerammm....klu dia naikkan rega cotton-bud ke....rega pokok krismas plastik ke takpe la juga. ini gula...gula yg kita dok pakai hari-hari. mcm rumah saya...hari-hari mmg pakai gula tapi sehari cuma sekali je...buat air teh o utk anak-beranak...itu je.








aparraa...diorang nih. tahu tak bila gula naik...maka semua harga makanan akan turut naik? tak percaya kita tengok je hari-hari yg mendatang ni. pastu sekali naik bukan lima sen tapi terus dua posen. apa diaorng ingat kita ni cap duit ke? hahh!?

entah yg kat mana 'rakyat di dulukan' pun saya tak tahu...mungkin bab terpeleot dulu kot?? yg kelakornya...mengalah citer 'mat jenin jd peserta American Idol' ialah mesti ada statement 'harga masih murah dibanding dgn negara-negara jiran yg lain'...adess...geramnya menengok puak-puak ni...geram! gamaknya tido lenakah dorang ni bila dah pakat-pakat buat keputusan camni?? wallahualam

Friday, May 06, 2011

keluhan pertiwi di boleh-land

assalamualaikum...

amacam tajuk entri tu? boleh buat tajuk pilem tak?

sibuk+malas+takde ilham = tak update blog. itulah saja formulanya. sibuk tu takde la sgt...tp lebih kpd malas dan takde ilham. antara malas dgn takde ilham tu...rasanya malas lebih menguasai. apapun ini semua masalah 'dalaman' sendiri tak payahlah nak citer lebih-lebih...nanti org kata mengada-ngada plak.







byk yg berlaku kebelakangan ini kat 'se-antero dunia' ni. dari citer sumpah...ke citer mamat William dan Kate tu kahwin, kematian Osama dan ke citer yg bertunang dibunuh. mmg menggusarkan...tapi yg paling gusar adalah 'kenaikkan' harga makanan di 'boleh-land' sendiri. saya dan isteri hari tu adalah pi ke warong yg biasa ada jual nasi lemak di ptg hari di tempat kami ni. di sbbkan anak sulung suka mkn sotong maka saya kata org rumah belile lauk sotong...tp bila dia masuk dlm keta dia kata dia beli lauk kerang sbb org yg jual tu dah tak jual sotong...sebab harga sotong mahal sgt! dia takut nak jual...sbb transfer price mesti mahal jugak nanti...adess..

itu baru satu brg...lain-lain barang..lagi letih. dan ada plak terdgr yg petrol nak naik harga (harap2 ini hanyalah berita palsu!). entah camna la kita esok-esok gamaknya. harga barang naik tak pernah turun tu. semoga Allah permudahkan segala urusan hidup kita semua. hadapilah ia dgn ceria sentiasa...wallahualam

Tuesday, April 26, 2011

mengharap ampunan-Mu











gelisah sering menyapa
terlentang aku...bernafas pendek
aku gagah menyebut nama-Mu
surut hati kembali tenang

sibuk menyinggungku..tak ketentuan masa
terleka aku...buntu fikiran
aku gagah mencari nama-Mu
lega..menyela kepenatan

begitu aku...menyingkap hariku
kekadang saja..ku cari dan sebut nama-Mu
tidak sepatutnya...amat tidak patut
sedangkan Kau tidak sepi
merencanakan yg terbaik buatku
dengan anugerah nikmat-Mu

ya Allah, ya tuhanku
ampunilah hamba-Mu ini

Saturday, April 16, 2011

'headbanging'

s
sorry bising sikit yang pg nih...saja nak dengar lagu rock kuat2 nih...bg hilang mengantuk
i
patutle...
s
tpkan klu dah dgr lagu 'headbanging' camni...rasa macaammm..
i
mcm apa?
s
mcm kena simpan rambut panjanglaa..
i
hah? ye ke nih....dah tua tuu...
s
alarr...panjang sikit je...sampai bahu...senang nak libas2 masa 'lead guitar'tu
i
tua dah..
s
lg pun buat sorang2 je...tak tunjuk orang...
i
dah tua..
s
bila kuar rumah...saya jln cam pengantinle...bersopan gitu,rambut belah tepi,pakai minyak lebih sikit..
i
hah!...pengantin?...pppengaanntinn...??
s
tengok dia tukar topik plak..
i
botakkan je le rambut tu...mcm tu apa...'daughtry' tu...
s
hmmm....botak?...hmm botak.... tak jdi 'rock' la susah sgt larr..

Saturday, April 09, 2011

dilema semasa memandu

assalamualaikum..

aku hampir 'accident' tempohari. keta waja yg di letakkan di tepi jln hampir ku sondol belakangnya. bukan sengaja. dan takde dlm 'planning' hari tu utk menyondol belakang keta org lain. semuanya jika terjadi adalah kerana ketidaksengajaan aku. terjadi kerana tahap mengantuk yg menyentuh tahap 'cipan belang'. ye...mmg hari itu di ketika itu aku betul-betul mengantuk. walau sebelum-sebelum itu aku sering juga dilanda perasaan mengantuk semasa memandu tapi hari tu mmg 'habis mengantuk. alhamdulillah, Allah kata ada lg rezeki tuan punya waja tu dan ada lagi rezeki utk aku waktu tu. sempat aku kilas stereng tu dan betulkan balik posisi keta aku tu...phew! alhamdulillah.



ni hanyalah gambar hiasan. isteri aku kata aku klu tido mcm 'baby'...mungkin camni kot 'rupe' aku...hehe.heh


bab mengantuk semasa memandu ni dah berbagai cara aku cuba tangani. dari sediakan garam dan kulum garam bila mengantuk, makan kuaci, kunyah chewing gum, simbah air ke muka, tampar sederas mungkin pipi gebuku itu...hingga ke tahap makan mee semasa memandu, tapi kalau dah nak mengantuk dia tetap mengantuk juga. cuma aku belum masuk tahap sterika baju sambil memandu je lagi...yg lain rasa cam semua dah buat.

ada satu je cara yg sesuai (utk aku le) iaitu bersembang sambil memandu...tapi isunya bukan sepanjang masa tempat sebelah aku ada orng duduk, dan kalu pki handphone nanti kena saman atau takut accident jugak. berhentikan keta tepi jalan pastu tawaf keta tu beberapa kali pun aku dah buat...tapi masih susah nak hilangkan mengantuk. berhenti keta pastu tido sekejap...bolehlah selesai dalam setengah jam isu mengantuk ni...pastu mengantuk balik. entahle dalam dilema aku sekarang ni terutama bila ada 'appointment' jauh-jauh dan diketika waktu tengahari...wallahualam

Sunday, April 03, 2011

life is so beautiful

assalamualaikum...



is life is about making good decision?

is life is about having good companion?

is life is about having so many outstanding achievements?

is life is about having understanding neighbour?

is life is about how much money we'd gathered?

is life is about how people look at us?

is life is about what type of car we're driving?











is life is about how many plate of rice we can eat?

is life is about how many children we have?

is life is about how long we can watch tv?

is life is about having good health condition?

is life is about sleeping onto a clean bedsheet?

is life is about the way we push the shopping trolley?

is life is about looking at other's life?

is life is about reading so many confusing statements? (like this one)

or is life is about how we gonna leave our now beautiful life?



wallahualam.

Tuesday, March 29, 2011

'cycle' kedua...sanggup bro??

assalamualaikum...

kesinambungan dari diskusi pendek bersama seorang rakan yg berkisar di topik kenapa orang suka kata org lelaki suka kahwin lebih dari sorang? betul ke? sbg lelaki saya tak nafikan mmg kiteorng lelaki suka kahwin dr seorng. tapi sbg lelaki juga saya nak kata tak semua lelaki suka kahwin lebih dr seorang. mmg itu sunnah....tp byk lg sunnah yg boleh diikuti.





kekadang terpikir saya, bila seorang itu dah bergelar suami, kemudian dia bergelar pula bapa dan kekadang ramai anaknya. dan bg bapa yg bertanggungjawab nak cari makan-pakai, besarkan anak dan keluarga bukan kecik punya tanggungjawab. besar, memerlukan pengorbanan, penat dan tercungap juga nak memikul tugas tu. sbb tu kata rakan tu...bg bapa yg camni nak pusing lagi satu 'cycle' dgn isteri 'muda' mmg dia dah tak sanggup.

mmg ramai kaum bapa yg nak beristeri muda tak sanggup bab ni, maka mereka 'sejukkan' le cita-cita tu. tapi ini mungkin bagi 'suami' yang betanggungjawab le...bagi yg tak tahan gelojak nafsu...rasanya tak pikir tu semua. dia tergedik sakan nak kahwin je tapi bab nak pusing 'cycle' tu dgn bini muda dia tak nak. eehk! kalau camtu kan kesian plak kat bini muda tu. dia pun ada naluri utk berkeluarga, nak ada anak dan terhingin gak bergelar ibu. jd camna?

jawapannya, rasanya tak ada yg 'definite'. klu dah Allah kata boleh maka bolehlah jawapnya. perancangan tu pandai-pandaila buat. dah sanggup jadi suami utk bini muda maka kenalah sanggup untuk jadi bapa 'muda' pada anak-anak 'baru' nanti. tak larat nak kejar anak-anak kecil sbb dah 'berumur' tak bolehlah dijadikan alasan. kalau yg 'satu' tu larat kenalah larat yg lain juga. maknanya tak bolehlah terhad pada setakat dapat 'meredakan' ransangan nafsu saja...tanggungjawab seterusnya kenalah pikul gak. dia datang 'in-package' kan. tapi ni hanyalah pendapat peribadi takde kena-mengena dengan yg hidup atau yg telah pergi yekk!...wallahualam.

Monday, March 28, 2011

membantu perjuangan mereka adalah satu dakwah..

assalamualaikum...

sempat saya ke kuliah marghrib malam tadi dan sempat pula di ketika mendengar kuliah memikirkan akan hal-hal kecil ini. melihat mereka menyampaikan ayat-ayat Allah ini terlintas saya bahawa betapa kita perlu lahirkan lebih ramai seperti mereka ini. tanpa kita sedari tersisihnya kita dari landaan berbagai musibah dan bencana adalah kerana ramainya mereka ini di negara kita ini. kerana dakwahnya, kerana penyampaian akan kata-kata Allah dan Rasul-Nya kpd kita ini dan kerana doa mereka ini.

mereka adalah para pendakwah...para 'da'ie', para muallim, para ulama, tok-tok guru, ustaz-ustaz yang 'berpegang' dan 'berperinsip' teguh atas perjuangan hanya utk islam. terdpt dikalangan kita yang melihat mereka sbg golongan kelas bawahan. tapi mereka kebanyakkannya tidak kisah. pd mereka apa yg manusia lihat pd mereka tidak setanding dgn apa yg Allah lihat pd mereka. mereka mementingkan pandangan Allah itu.

mereka hidup atas sumbangan, tidak meminta-minta. mereka percaya bila mereka menolong mendaulatkan agama Allah maka mereka akan perolehi pertolongan dari Allah. mereka yakin akan hakikat ini dan mereka menanam perinsip yg sama pd manusia lain seperti kita. mereka 'berjalan' atas jalan-Nya dan ya, mereka manusia dan mereka juga tidak sepi dr melakukan kesilapan. kita juga boleh menegur mereka.

namun hakikatnya, teguran itu adalah seperti pertolongan kita pd mereka. kita tolong mereka utk kembali mereka dpt pula 'menolong' kita. kita mungkin tidak setanding mereka dlm menyampaikan dakwah tp kita pastinya memperolehi 'bahagian' kita dari Allah bila kita menolong mereka yg menyampaikan kata-kata Allah....wallahualam.

Friday, March 25, 2011

nak kongsi sedikit info penting

assalamualaikum..

salam hari Jumaat, semoga kita dlm rahmat-Nya insyaAllah. saya nak kongsi benda penting ni. iaitu resepi segera sandwich ayam crunchy.

cara buat senang je.

sapukan minyak atas pan dan pecahkan telur lalu goreng dan hancurkannya (scramble) kemudian goreng nugget ayam dan bila dah masak hiriskan ketulan nugget tu nipis-nipis.
jangkamasa : 5 minit.

pastu amik roti dua keping (utk yg perut kecil) dan sapu sedikit marjerin di dua-dua muka dua keping roti. kemudian bakar 2 roti atas pan atau kuali leper dan bolak-balikkannya.
jangkamasa : 3 minit.

semasa roti tgh dibakar dalam pan tu, letakkan cheese atas roti tu dan susun nugget ayam yg dah dihiris tu atas roti tu (atas salah-satu keping la).
jangkamasa : 2 minit.

taburkan pula scramble egg (telur hancur) atas hiriskan nugget tadi. renjiskan pula 'salt & pepper' sedikit dan juga mayonaise (kpd mereka yg suka) atas scramble egg tu tadi.
jangkamsa : 3 minit.

tangkupkan roti yg tak ada apa-apa atas permukaannya ke roti yg permukaannya banyak 'lauk' tadi. ambil dan dari pan dan letakkan ke atas pinggan.
jangkamsa : 2 minit.

pastu buka mulut perlahan-lahan dan masukkan sandwich ayam tadi ke mulut. gigit, kunyah dan telan (pastikan selepas baca bismillah). ulang tingkahlaku ini sampai habis sandwich tu.
jangkamasa :52 saat!

sandwich ni mudah dibuat. kelainannya ialah 'crunchy' feeling semasa mengunyahnya disebabkan oleh satu nugget dan kedua sebab roti yg di bakar tadi.

kalau nak sedap lagi masa buat 'scramble egg' tadi tu goreng dan campur sekali dgn bawang ke...

jangkamasa buat = 15 minit.
jangkamsa makan = 52 saat sahaja.

selamat mencuba! wallahualam.


p/s : sorry takde gambar sbb komputer marhaen yg baru ni takde kemudahan bluetooth dibekalkan.

Wednesday, March 23, 2011

SPM...bila mak bapak yg gabra

assalamualaikum...

hari ni bebudak yg amik SPM pasti sedikit 'gabra'. lepas pkl 10 masing-masing akan tahu keputusan mereka. mak bapak lagi le 'gabra'...macam diorang pun amik gak SPM tu. saya sbg bapa dah tentu 'terasa' apa yg mak bapak bebudak tu rasa. cuma anak saya tahun ni baru nak amik UPSR. suspen dan gabra tetap terasa.

kalau nak pikir betul-betul sbb apa mak bapak perlu gabra? entah..susah nak cakap. kalau nak pikir gagal periksa, bukanlah 'penamat' segala perkara. tuhan tak tetapkan pun cam tu tapi kita plak yg memandai buat diri sendiri tak selesa. klu gagal SPM makna budak tu dah 'doomed' la? camtu ke? masalahnya mak bapak zaman ni (termasuklah saya) terlalu sgt di buai dgn kehidupan dunia, terlalu merasa hidup dunia tu penting. kalau takde pelajaran...nanti susahle hidup budak tu nanti. lagi sekali..sapa yg cakap? Allah ke yg kata camtu? rasanya dlm Quran takde pun statement camtu..

betullah...bila saya cakap camni org akan kata,"eleeh..dia tak kena betul-betul bolehle cakap camtu". isunya...saya tgh didik diri. saya tgh cuba memahami macamana orang macam Bill Gates boleh kaya walaupun tak abis belajar. SPM hanyalah satu tingkatan dalam penimbaan pelajaran oleh anak-anak kita tapi pelajaran sekolah hanyalah salah-satu cabang 'ilmu' dalam kehidupan. bermakna gagal 'ilmu' yg ini ada banyak lagi ilmu lain. memang saya sendiri tak cakap kat anak kalau gagal takpe, sebabnya kita nak dia 'score' yg terbaik mungkin utk 'ilmu' yg ni. tapi kalau masih dia gagal maka kita 'tunjukkan' pula ilmu lain. mudah-mudahan ada ilmu lain yg dia akan jadi 'pakar'...yg boleh menjadikan dia mudah hidup di dunia dan dapat pula jadikan dia selamat di akhirat kelak.

jadi pada mak bapak (termasuk saya), percayalah bahawa yg selamat dan selesakan anak-anak kita dalam kehidupan dunia ini adalah 'ilmu' bukannya pelajaran. seperti yg Rasullulah sabdakan...utk mendpt dunia perlu ada ilmu, utk mendpt akhirat perlu ada ilmu dan utk mendapat kedua-duanya perlu juga ada ilmu. wallahualam

Thursday, March 17, 2011

buah 'jack'

assalamualaikum...

sekarang dah ramai benor yg menjual buah ni. dulu masa saya kecik, buah ni pun kecik je..pastu takde sgt orang endahkan. skrg dah dikomercialkan. hampir setiap penjuru simpang jalan, tepi jalan, pasar tani, pasar malam, pasar siang...dan macam-macam tempat lagi ada org jual buah ni. dan sekarang bermacam spesis pulak. ada jenis madu, ada jenis biasa..apa bezanya pun saya tak tahu. saya beli pastu ngap je...beza rasa cam takde plak.





sekarang buah ni dah besor-besor. di kahwinkan gamaknye. rasa pun ok gak. boleh buat pengat, serghawa, jem tapi makan mentah lagi best. klu makan lebih sikit boleh berpusing 'angin' dalam perut tu. sebab buah ni jenis yg boleh menghasilkan 'angin' jadi pd mereka yg bersama dgn mereka yg suka makan buah ni berwasapda. takut terlepas 'angin'...mahu mabuk pulak yg duduk disekeliling mereka yg makan buah ni tu. tapi 'kehebatan' angin tu bergantung pd 'baunya' saja....jgn khuatir sgt! insyaAllah tiada kesan radioaktif.



orang putih panggil 'jack fruit', entah sebab apa di panggil camtu tak tahulah plak saya. sekarang ada yg di buat kerepek lagi tapi saya dah makan dan rasanya agak kureng kalau banding dgn kerepek pisang dan ubi. tp baguslah 'percubaan' tu. saya suka makan buah ni..cuma mkn tak boleh byk-byk. satu lagi buah ni pun dah masuk terkategori dlm buah-buah tempatan yg dah naik standard...reganya pun boleh tahan gak. tapi cubale buat pengat...pekne plak dgn kopi 'o' di sisi...perkhh! wallahualam.

Wednesday, March 16, 2011

bila tsunami melanda

assalamualaikum...

bila tsunami melanda Jepun apa yg selalunya kita teringat? tentunya bersyukur sebab negara kita tak dilanda bencana sedemikian rupa. ya..memang kita bersyukur. adakah kita bernasib baik? mungkin juga. adakah kita bertuah mempunyai negara seperti Malaysia yg tersisih dari bencana seperti itu? mungkin ya...dan mungkin tidak. kita bersyukur pastinya, kita bernasib baik....sapa pulak yg jadikan nasib kita baik....dan kita bertuah, benarke kita bertuah lahir di Malaysia atau Malaysia yg bertuah dapat kita?






yg ketiga, bab bertuah tu...pada hemat marhaen saya...takde kena mengena dgn kita atau negara kita. Malaysia dah memang bertuah ada atau tanpa kita, dan kita juga dah memang bertuah samada lahir di dalam atau luar Malaysia. kalau kita lahir di Jepun pun kita kena beranggapan camtu juga sbg rakyat Jepun. ianya takde kena mengena dgn tuah rakyat atau negara mereka.

jadi camtu sebab apa Jepun masih dilanda bencana walaupun ia negara bertuah dan ada raykat yg bertuah? (teruk juga nak pikir ni!!). satu, lagi sekali pada hemat marhaen saya ialah...sebagai Qada dan Qadar Allah, kedua sebagai peringatan pada kita iaitu negara semaju dan sehebat Jepun yg mempunyai teknologi canggih mengesan pergerakkan taufan, gempa bumi dari segenap inci dunia malahan dari satelit masih tidak dpt menjangka dgn tepat bila bencana tersebut datang melanda. dgn kata lain, Dia nak tunjukkan kat kita 'apa sangatlan teknologi yg kita ada' kalau di banding dgn kehendak-Nya.

jadi marilah kita beringat bahawa tiada yg mustahil bagi-Nya, berdoa semoga kita semua dijauhkan dari bencana sebegitu dan bersyukurlah yg kita masih aman dan tenteram....wallahualam.

Thursday, March 10, 2011

pastikan yg duit...adalah duit!

assalamualaikum...

sedikit kesinambungan dari diskusi saya bersama beberapa orang sahabat yg pernah menyertai kursus saya dulu. kebanyakkan mereka (dan juga saya) risau dgn perkembangan semasa. perkembangan perjalanan kehidupan yg terlalu sibuk mencari pendapatan & wang ringgit. saya cuma sempat mengutarakan satu isu sahaja. iaitu terdapatnya dua golongan khusus bagi orang islam yang dikurniakan Allah kemurahan rezeki wang ringgit.




satu, yg Allah murahkan rezeki wang ringgit kepada mereka tetapi mereka semakin jauh dari Allah dan semakin melupai kenapa mereka dicipta. mereka ini semakin ramai. bila Allah 'mewah'kan mereka dgn wang ringgit, mereka semakin merasakan yg wang ringgit itu dah seperti tuhan bg mereka. sakit je...nampak hospital lima bintang, doktor pakar. makan je...dah nampak tempat eksklusif dgn makanan yg mahal, makan pun dah kerap tak habis (pembaziran), bagi mereka ada duit semua ok. mereka sibuk mencipta agenda mereka bersesuaian dgn duit yg mereka ada. dan percayalah...duit bila dicari dia jadi semakin tak cukup! bila waktu mereka ke majlis ilmu? bila waktu mereka berjemaah? bersedekah? berdhuha? berzikir? bermuhasabah?....dan bersyukur? dan bermacam-macam amalan untuk mendekatkan diri pada Allah....bila?

yg kedua, adalah golongan yg Allah kurniakan rezeki wang ringgit (di sini saya hanya khususkan utk 'wang ringgit' sahaja...saya tahu pengertian rezeki itu luas) mereka jadi semakin rapat dgn-Nya. jumlah sedekah mereka semakin besar, syukur mereka semakin kerap, peruntukkan waktu, tenaga dan wang ringgit mereka utk beramal semakin banyak. mereka ambil sekadar yg cukup utk keperluan dan keselesaan...dan yg lain mereka infaqkan kembali ke jalan-Nya. mereka manipulasi wang ringgit kurniaan-Nya utk membeli saham akhirat sebanyak mungkin...sebab saham akhirat itulah yg akan menyelamatkan mereka 'di sana' kelak.

jadi jum-la kita cari 'wang ringgit' itu tetapi hanya utk menjadikan kita semakin dekat dgn-Nya dan menyelamatkan kita 'di sana' kelak, bukan mencari wang ringgit utk kita jadikannya sebagai tuhan kita. bersedehanalah. saya dan sahabat yg berdiskusi tadi memang perasan bahawa golongan yg pertama di atas sudah semakin ramai dan bertambah. dan selalunya (walau tidak semestinya) utk golongan ini, bila mereka bersedekah mereka 'berriak', bila mereka beramal mereka nak org lain tahu, bila mereka pergi haji - satu dunia mereka canang, bila mereka menolong orang mereka cari publisiti.

perasan tak kita...bila kita sakit dan kurang duit, kita berdoa dan mengadu pada-Nya, tapi bila kita sakit dan ada duit...kita teringat Hospital Ampang Puteri, Tawakkal...Pantai dan sebagainya.

disamping mengutarakan isu utk renungan bersama, artikel ini lebih kepada mengingatkan diri saya sendiri...sama-samalah kita fikirkan...wallahualam.

Tuesday, March 08, 2011

ketapi peluru

assalamualaikum..

bila dah jadi maju negara kita nanti (tahun 2020 klu tak salah!) maka adakah kita juga akan ada 'bullet train' camni? senang nak pi keja walau rumah di K.L tapi opis di J.Bahru misalnya. perjalanan jauh beratus kilometer cuma memerlukan beberapa minit je utk sampai ke destinasi.

berapa plak kos membeli, menyelenggaranya kan? berapa pula gamaknya kita kena bayor harga tiket tu nanti? berapa pulak ramainya yg 'tergilis' olehnya? kita memang kekadang terhingin bebenda camni...tapi 'kesesuaian' dgn kemampuan kita pun kena kaji gak dulu. tapi yeela...klu masa tu kita dah maju...tentu kita dah ada byk duit kan? tentu orang miskin pun dah takde kan?





jadi kalau dah lagu tu...beli atau bina je la pengangkutan camni. bior dunia tahu kita ni pun ada pengangkutan teknologi canggih. saya pun tentu dah tua masa tu..(klu panjang umurle) dan tentu nak juga merasa naiknya. tapi kan bila pikir yg ERL dari KLIA ke KL Sentral tu pun tak pernah saya menaikinya...maka hilang plak selera nak mengelamun naik 'bullet train' camni....herrmmm...entahle....wallahualam

Saturday, March 05, 2011

gangguan mental di pagi hari cuti

assalamualaikum...


roti canai?....nasi lemak?
lontong?....nasi dagang....hermmm

mee goreng?....nasi lemak?
roti telur?....nasi goreng?...alamak!

koko crunch?....tempe goreng?...bior betul nih!
syoq codoque (cokodok)?....laksam?...hisshhh..

roti bakar?...nasi berlauk...herrmmm sedap tu!
soto?...ada ke pagi-pagi ni?...telur separuh masak?

biskut?...biskut aje?...elemek!
roti sardin...beehun goreng?

burger?...capati?
sup ekor?...bior betul aku nih!

ahhh...letihnye pikir pasal sarapan ni
belasah je la....biskut cicah kopi tarik

anak-anak?
bior orag rumah aku pikir...hahh!


wallahualam.

Thursday, March 03, 2011

wow! dahsyat nih!!

assalamualaikum...

bila terbaca metro pagi ni tetiba tertarik plak kat ruang yg ada citer pasal band rock islamik ni. band rock yg dinamakan sempena Imam Abu Nasr Muhammad Al-Farabi.

saya tak mahu nak komen apa-apa cuma adakah ini sebahagian dari apa yang dikatakan 'niat menghalalkan cara?'. dah terlalu susahke nak berdakwah sampai nak kena tubuh band rock? dah cuba ke dakwah cara lain dulu sebelum tubuh band camni? dah habis ikhtiar? atau memilih cara ni kerana 'sesuai dengan jiwa'?






macam saya kata, saya tak mahu komen banyak? nanti jadi isu kontroversi...saya pun bukan orang pandai agama. cuma soalan-soalan yg saya nyatakan diatas hanyalah sekadar nak mengajak kita berfikir, bermuhasabah...merenung kembali akan apa yang Allah nyatakan dlm Azd-Zariyat 56 :'tidakkah Aku jadikan jin dan manusia hanya utk beribadat kepada-Ku'. adakah ini satu cara beribadat? walaupun lirik lagunya berciri ketuhanan?...renung-renungkanlah. wallahualam


p/s: apa pula yg muncul lepas ni...band heavy metal islamik? mungkin dgn nama Alamak gamaknya.

Wednesday, March 02, 2011

meninggalkan rutin...kekadang memang seronok!

assalamualaikum...

rutin harian, setiap pagi menghantar anak ke sekolah dah beres. hantar anak yg bongsu je kejap lagi akan dilakukan. isteri? hari ni dia cuti....lapangle sikit jadual hari ni. saya? disebabkan isteri cuti maka saya pun turut cuti...lapangle sikit jalanraya tanpa keta kami. tapi itu pun tak tahu lagi. kalau isteri ada agenda lain...maka keta kami akan kembali bersama keta lain memenuhi jalanraya. jalan semakin sakan 'raya'nya...tapi kami takle pula dapat ber'raya' pun.

sebenarnya kalau cuti, memang kami suka ambil pada weekdays sebab bila anak-anak ke sekolah maka rumah pun kosong. yang ada cuma kami berdua...jadi adale sikit masa kualiti 'suami-isteri' tu. kalau berjalan keluar pun cuma berdua je le. tapi sebenarnya dari berjalan keluar memang kami suka duk di rumah je...sebab setapak kita keluar rumah dah berkoyan 'kos'nya. petrolnya..tolnya, makan-minum..terkebeli barang yg tak sepatutnya...dan macam-macam lagi. kalau duk di rumah..takde sangat kosnya dan badan pun dapat berehat sikit.

tapi tak taulah lagi...takut sat lagi isteri ajak pi LHDN sebab nak hantar borang B ke, atau ajak pi beli barang keperluan sikit ke...atau entah apa-apa lagi maka terpaksalah keluar juga. cuma bila keluar masa weekdays ni ada satu benda yang bagusnya...orang takle ramai kat tempat tumpuan tu sebab diaorang semua tengah bekerja. jadi bolehle ambil masa sikit. apapun...bila buat benda dan agenda camni yg pastinya kena 'rahsia'kan dari anak-anak (terutama yang sulung) sebab bila diaorang tahu abah bercuti dengan mak je...diorang boleh naik jeles...entahle sebab apa?? jeles sebab takut dapat adik lagi kot??wallahualam.

Sunday, February 27, 2011

kering ide...celaru emosi?

assalamualaikum...

memang susah nak luang masa update blog sekarang ni. tengok-tengok sekali lalu sempatla. tapi bila nak update tu...elemek! kering...ide...kering! ditambah dengan sedikit sibuk dengan hal-hal 'dunia' maka tertinggallah blog ni. hal-hal dunia tu termasuklah dengan kecurangan perkhidmatan oleh CelXXX akan pekhidmatan jalurlebarnya, termasuk dengan telepon tangan Samsungku yg dah jadi sam-dol (sekarang pakai telepon anak yg ada 'torch-light' jee...apa camera pun takde...takpela..alhamdulillah), termasuklah Lenovoku yg dah jadi Lena-ku sbb kong skrinnya, termasuklah akan sibuk yg memang sengaja di buat-buat. bila campur-campur tu semua maka tergendalalah sebentar akan perjalanan blog marhaen ini di alam siber ini.














tapi percayalah...'everythings happen with a reason'. bukan aku cuba merasionalkan akan kemalasan atau kekeringan idea yang melanda diri tetapi aku 'membenarkan' diri untuk lebih faham akan Qada dan Qadar. itu tak salahkan? ada ke orang sesaja nak kering ide? tapi sesaja nak malas memang ada....cuma aku selalunya akan kering ide dulu..then barulah malas datang menggoda.

aku sekarang tengah tone-down kan hal-hal dunia. entahlah makin dicari 'dunia' ni makin sesat aku jadinya. berala-kadar, sedikit-sebanyak selesa hidup dahla. dunia fana yg sibuk dicari tapi dunia 6X6X3 tiada langsung persiapan untuk memperindahkannya. tapi tidaklah bermakna nak 'bersuluk' 365-7-24. tidak juga. usaha tetap usaha tapi matlamat kena set-up kan betul-betul.

dahle kot...banyak sangat bermonolog nanti entah-entah apa plak jadinya. bukan apa sesekali tu mencurah kekalutan emosi di ruang siber cam ni rasa cam okay je. cakap kat isteri pun kena lebih hal-hal subjektif...tapi kat sini...bicara tanpa suara seperti melegakan juga sekali-sekala. walau untuk apa-apa hal sekali pun! wassalam.