Saturday, October 22, 2011

dikatakan akan halnya terdptlah satu cerita....

assalamualaikum...

di katakan sayugianya di negara sebelah anta berantah, spesis ayam-ayam jantan yg sihat dan kacak sudah semakin pupus. malapetaka yg menjadikan spesis ayam ini pupus adalah di katakan disebabkan oleh terdapatnya sekumpulan gangster yg disamping suka 'berdrift' juga suka akan mereka memakan spesis ayam tadi.

dinyatakan akan gangster ini suka memasak spesis ayam tadi dengan menggorengnya seperti KFC. mereka menggemari akan halnya dgn spesis ayam ini kerana ada diperturunkan ilmu dari nenek-moyang mereka bahawasanya jika selalu memakan spesis ayam jantan sihat dan kacak ini mereka akan halnya juga akan kelihatan sihat dan kacak walau tidak dipastikan samada dikaki mereka akan tertumbuh 'taji' spt ayam tadi.

arakian pula akan halnya dgn spesis ayam tadi terdptlah seekor darinya telah berjaya melarikan diri. amatlah bersusah payah dia melakukan perancangan yg amat teliti lagi padu utk dia melarikan diri. pernah dia semasa melakukan perancangan tersebut cuba utk terbang spt burung tetapi dia masih tak berupaya utk tebang malahan di ketawakan dgn padunya oleh burung-burung lain. ttp setelah melakukan ubahsuai kpd perancangannya itu akhirnya berjaya juga akan halnya dia melarikan diri dari diserbu-serang oleh kumpulan gangster tadi. inilah perancangannya....

--

--

--

--

--

--

--

--

--

dia telah berjaya melakukan 'penyamaran' yg amat baik sekali...lihatkan penyamarannya, saling tak tumpah dia kelihatan seperti burung 'flamingo' tuu..

Thursday, October 13, 2011

wahai sang hati...

wahai sang hati,
ingin aku bertanyamu. kenapa kau dicipta? sebagai pelengkap insan atau sebagai ‘penguji‘ kepada mereka. dimana berjayakah mereka menongkah arus kehendakmu atau mereka terus melunaskannya.

wahai sang hati,
ingin aku bertanya padamu. kenapakah kau sering resah. adakah kerana memang sebegitu penciptaanmu. lemah dan mudah terusik? atau adakah dulu kau gagah, kau tegas dan mantap tetapi setelah sekian waktu berlalu kau menjadi hilang mayamu. tiada daya dan rapuh.











wahai sang hati,
ingin aku bertanyamu. dimanakah kedudukkanmu? dibawah akal? atau di atas akal? jika dirimu diatas akal adakah kau sudah berasa puas dengan kedudukkanmu itu? mengatasi segalanya? jika kedudukanmu di bawah akal, adakah akal akan menjadi seteru utamamu? dimana kau rasa kedudukan tertinggi akal tu patutnya menjadi tempat bersemayammu?

wahai sang hati,
mungkin jawapan tiada pada kau, itu tidak mengapa...kerana aku sekadar bertanya

Saturday, October 01, 2011

kekadang, hati ini ingin merapu...bhg.2

assalamualaikum...

kpd ahli-ahli bahasa, ampun le sebab artikel ni mungkin akan mengganggu sedikit sebyk 'kegagahan' bahasa malaysia. tp ini hanyalah utk tujuan bersantai dan meredakan 'kepenatan' otak...tiada tujuan dan niat yg tak baik.


asal-usul perkataan dlm B.Malaysia.

sekutu...se-kutu
berasal dari kegiatan suka berkongsi kutu oleh sekumpulan beruk spesis asal yg mendiami bhg pendalaman di kepulauan nusantara ini. mereka akan menternak 'kutu' menggunakan ibu kutu yg sama dan kemudian setelah beberapa lama akan beroperasi mencari kutu yg dah beranak-pinak itu utk dijadikan bahan makanan 'tit-bits' mereka.

membangun...mem-bangun
berasal dr perkataan yg dituturkan oleh org gaji seorang pegawai kolonial British di zaman penjajahan sebelum lahirnya Mat Indera lagi. org gaji ini ditugaskan oleh tuannya utk setiap pagi mengejut isteri tuannya itu dr tidor. "mem...bangun", "mem..bangun"...maka lahirlah perkataan membangun tersebut.

laksamana...laksa-mana
tercetus semasa di zaman kesultanan juga di nusantara ini dimana seorang pahlawan melayu yg juga merupakan pegawai kanan seorang sultan yg memang kaki makan laksa, yg apabila balik dr medan pertempuran akan sentiasa bertanya pada isterinya..."laksa-mana?"..."laksa-mana?". bila perkataan ini didengari oleh seorang pembesar sultan maka satu jawatan baru bergelar "laksamana" pun dianugerahkan kepada pegawai kanan sultan tadi.

gelabah...gel-abah
dikatakan tercipta dek kerana satu peristiwa di zaman era pop yeh-yeh dimana seorang bapa yg mempunyai jambul 'remos' yg mantop...yg di satu hari kehilangan akan gel rambutnya. dia puas bertanya pada anak-anaknya..."mana gel-abah?..."mana gel-abah?". perlakuannya yg seperti kucing hilang misai, tak tentu arah itulah menjadikan anak-anaknya menggunakan istilah "gelabah" utk menggambarkannya. dan akhirnya perkataan 'gelabah' itu terus diguna pakai hingga ke hari ini.

peningkatan...pening-katan
perkataan ini lahir di zaman selepas beberapa tahun setelah Jepun menyerah kalah di perang dunia pertama dulu. tercetus sebab terdapat beberapa kelompok bebudak yg mengalami sakit 'pening-pening' selepas dikatankan. tidak pula diberitahu 'kepala' mana yg pening tu...kepala bawah atau kepala atas...tapi akhirnya dr sakit pening selepas katan itu maka lahirlah...perkataan...'pening-katan' tersebut.


gitule serba ringkas akan citer asal-usul bagaimana lahirnya beberapa perkataan bahasa malaysia. ianya memang takde kena mengena samada dgn yg masih hidup atau yg telah tiada....klu adapun itu hanyalah kebetulan semata-mata...wallahualam.

Sunday, September 25, 2011

bila Bob Lokman datang beri ceramah....

assalamualaikum...

baru kejap tadi balik dr dgr ceramah kuliah dhuha Bob Lokman. dah lama aku nak dgr ceramah dia, apa intipatinya...adakah pasal 'u-turn' dia...atau citer pasal perbezaan zaman hidup sebelum 'u'turn' dan sesudah 'u-turn'. tu yg aku terhingin nak dengor tu.

mula-mula memang kelako dia le yg keluar sikit-sikit...pastu dah jadi lebih terarah akan 'kesufian' pula. apa yg dia citer ialah mengenai 'rasakanlah akan kewujudan Allah itu'. dan penyampaiannya juga walaupun baik namun dia tetap tegaskan yg dia bukan 'ustaz' jadi okayle tu. dia banyak kaitkan isu tersebut dgn 'own-personal experience' dia je.





suratkhabar-suratkhabar 'main stream' byk gak yg 'hentam' dia termasuklah penyanyi yg dulu-dulu menyanyikan lagu-lagu yg beliau tulis. aku kira mungkin sbb dia 'announced' yg dia dah masuk 'sebelah sana' tu. yg itu aku tak mahu nak sentuh sgt tapi aku respect akan 'message' ceramah dia yg berkisar mengenai tajuk di atas tadi. ianya byk juga 'terkena' batang hidung sendiri. kita tak rasa akan kewujudan Allah sbb kita sibuk nak 'rasa' benda-benda lain...terutama yg fizikal dan berkaitrapat dgn 'duniawi'. sedangkan kalau tidak kerana Dia-lah maka kita sebenarnya takkan dapat 'rasa' benda-benda tu semua. jd kita rasakanlah akan 'kewujudan' Dia dulu...berusahalah utk mencari 'rasa' tersebut nescaya inyaAllah perasaan utk mengenali dan bertaqwa pada-Nya kan datang mudah dgn sendirinya.

kepada mereka yg ada kesempatan utk mendengar ceramah atau penyampaian Bob Lokman tu maka dengarlah. saya bukan nak promosikan dia tapi...kalu kita nak buat 'judgement especially towards somebody...please make sure we have seen both side of the coin'. sampai menyampaikan dan pesan berpesan itu kan salah satu yg digalakkan...wallahualam.

Thursday, September 15, 2011

bila tumpuan jadi meracau...

assalamualaikum...

apahal plak dgn aku ni? nak duduk salah...nak berdiri salah...nak tido pun salah. nak 'start' keta tapi kunci tak bawa. hujan lebat main redah je sbb nampak cam tak lebat hujan tu. bila ruyub baru perasan...ehhk! lebat juga hujan ni. mandi air panas rasa sejuk...mandi air sejuk rasa panas. yg rasa okey...bila tak mandi langsung! tp marah plak org rumah aku tu. yelaa...sbb bil air kat selangor ni dah tak payah bayar tp itu pun tak nak mandi. ada betul juga kata dia tu.

sekarang ni...makan pun cam tak lalu je. minum sekadar teh tarik secawan satu hari. klu hari-hari biasa seteko pun aku boleh belasah. heran wal ajaib la...apahal la plak dgn aku ni. klu mengadu dgn org rumah benda-benda camni...teruk aku nanti. dia kata aku ada main cinta dgn org lain plak. sedangkan aku bukan dr spesis tu...lainlah klu mmg ada org yg main cinta dgn aku...itu lainlah.

puteri bongsu aku tu sampai makin 'berani' dgn aku...bila aku dukung dia dgn selamba tapir (korang pernah tgk tapir bermuka selamba??) je dia tarik-tarik janggut keramat aku ni. hidung, mata aku habis dia belek dan dia ketuk dan dia tarik-tarik...dan dia boleh buat camtu sbb aku tak perasan langsung...cam mamun aku..khayal. aduss..apahal dgn aku nih??. jap...bior aku pikir balik dua-tiga hari ni apa yg tgh terjadi sampai aku boleh jd camni. aaaa......hok aloh!...anak sulong aku tgh amik UPSR dia laar! betul spt yg dikata...bila anak masuk periksa..mak bapak yg meroyan sakan..adesss-des-dess...wallahualam

Friday, September 09, 2011

perbuatan 'melampau' di bulan Syawal

assalamualaikum...

saya kata dah...mmg risau nak baca 'metro', hah! skrg cuba tengok dan carile sendiri artikelnya. benarlah setengah pendapat yg kata memang kita tgh berada di akhir zaman dan dunia juga sudah nak sampai ke penghujungnya.

ayah seorang boleh jaga tujuh anak, tapi tujuh anak tinggalkan ayah tepi masjid. sadis...memang sadis! kita belum reda dgn citer-citer bayi ditinggalkan di bawah pokok, tepi pintu masjid, kat tong sampah...tp alih-alih citer ayah kena ditinggalkan pulak yg mula nak jadi 'trend'. na'uzubillah.









bro and sis...saya pun anak yg ada ayah, saya juga ayah yg ada anak. walau segunung tinggi sekalipun tak eloknya ayah kita jgnlah sampai tinggalkan dia cam kain buruk je di tepi masjid camtu. 'what goes around, comes around'...esok-esok anak kita pulak buat camtu kat kita...dan esok-esok tu bukanlah satu tempoh yg lama pun. umur ayah yg dah tak seberapa tu...kita bahagiakanlah dia.

lagi satu masa dia besarkan kita dulu, punyalah susah...klu dia tinggalkan kita bawah pokok pisang pun lebih senang. tp dia tak buat...susah cam mana sekalipun dia tetap besarkan dan jaga kita. muhasabahlah....


"ya Allah, permudahkanlah kehidupan kedua orang tuaku. bantulah mereka lebih dari bantuan mereka kpdku semasa mereka membesarkanku. sayangi, kasihi dan ampunkanlah dosa mereka. jadikanlah aku anak yg sentiasa ingat akan pengorbanan mereka semasa mereka membesarkanku. jadikanlah aku agar sentiasa berkesempatan utk membalas budi mereka, mengasihi, menyayangi dan membantu mereka walau dlm keadaan apa sekalipun. jadikanlah mereka agar mereka sentiasa tergolong dlm golongan org yg mendapat keampunan, rahmat, keberkatan dan keredhaan-Mu. perkenanlah Ya Allah doa hamba mu ini..amin".


wallahualam.

Saturday, September 03, 2011

hei kengkawan...dah 5 raya!

dah 5 raya,
kuih raya, baju raya, duit raya,
bajet dlm bahaya,
pasni...mesti hilang gaya

dah 5 raya,
akhirnya aku berjaya,
abiskan cuti raya,
pasni...hati-hati di jalanraya

dah 5 raya,
berkeliaran kembali hanturaya,
diorang bersungguh usaha dan daya,
pasni...ramai yg tergolek tak bermaya

dah 5 raya,
macam tak percaya,
rendang dan ketupat rasa cam loya,
pasni...nak makan roti dgn kaya

dah 5 raya,
raya jgn sampai teraniaya,
inilah hidup sbg hamba sahaya,
pasni...berdoalah semoga sinar kebahagiaan terus bercahaya





nahmy.
salam 5 raya, wallahualam.





Sunday, August 28, 2011

bila munculnya Syawal....

sinar Syawal menitip gersik
mengundang Ramadhan beranjak pergi
selawat dan salam sambung bertaut
di nurani insan yg sentiasa merindu

kemenangan menanti dipenjuru alam
mengharap taqwa kekal berpaksi
takbir dan tahmid bersela tempat
di bibir insan yg sentiasa merindu

panjang perjuangan tidak bertepi
tarbiyah menuntut dijunjung tegar
walau beza, detik dan suasana
kepada-Nya si insan merindu











SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.
Ikhlas dari Nor Azman, Nor Aznidah, Aizal Zafri, Zahin Azira dan Zahra Adrini

Monday, August 22, 2011

budget raya = tak raya

assalamualaikum...

malam ni adalah malam ke 23 Ramadhan. surau dan masjid makin kurang jemaahnya. tempat-tempat jualan barang-barang raya semakin ramai pulak jemaahnya. biasala tu kan?

tahun ni aku ada cadangkan pada org rumah tak payah susah-susah bab kuih raya ni. kita beli je kat mydin. muruku ke atau biskut-biskut atau kuih raya segera. rumah kitaorg tu jauh...kalau tetamu sampai diorng tak heran dgn kuih raya yg kering-kering tu. diaorng suka kalau ada benda makan yg heavy sikit cam laksa pahang ke, nasi impit dgn rendang ke, lemang dgn serunding daging ke...atau paling koman pun maggi goreng.








ini hanyalah gambar hiasan

tak kan sampai dr jauh nak makan kuih tart 2-3 biji? memang diorang tak heran pun. jadi kat rumah kitaorng kenalah kita simpan stok meehun ke, stok maggi ke, muratabak sejukbeku ke dan sebagainya. itu cadangan aku. dan isteri pun rasa setuju tu. sbb kita mmg tak siapkan apa-apa bab kuih raya tapi kita buat stok makanan heavy tu je...itupun masih dalam lingkungan ala-kadar je. ada wang adalah stok...camtu je.

alhamdulillah...rasa dgn cadangan bernas dr aku tu maka insyaAllah selesailah isu bab nak menjamu tetamu nanti. sekarang yang masih belum selesai ialah bab nak balik kampung. perancangan tu mmg dah ada...tapi bab budget tu tak selesai lagi. klu bebudak yg datang rumah org tua aku dan rumah mertua tu tak kisah dgn 'duit syiling' memang dah lama selesai bab balik kampung ni. tapi bebudak tu skrg spesis yg dah tahu 'demand'...tak mahu dah duit besi tu lagi.

tapi takpe la itu semua citer raya dan raya jauh lagi...yg penting matlamat lailatul Qadr perlu dicari. so, aku rasa cam belum lagi malam Qadr tu. atau ada yg dah menemuinya? klu belum jumpa maka kena pulun kita start malam ni hingga akhir Ramadhan utk mencarinya dan semoga kita semua menemuinya...insyaAllah.

Saturday, August 13, 2011

lailatul Qadr dan raya

assalamualaikum...

tahun ni tahun ala-kadar bab persiapan raya utk saya & keluarga. alhamdulillah isteri paham dan mmg itule yg sedang dipraktikkan. saya dah cakap posa yg penting, raya nombor dua dan alhamdulillah yg ni pun isteri dah paham.

dah hampir setiap tahun mmg kami ala-kadar saja dan tahun ni mungkin yg paling hebat ala-kadarnya. tapi itu semua tak penting sbb yg penting adalah posa dan malam Qadr. sekali beribadat di malam Qadr bersamaan beribadat selama 83 tahun 4 bulan...banyak tu syeikh!

sekarang keta pun ada dlm workshop sbb tgh di 'overhaul'. klu tak sempat siap maka tak berkereta le kami raya ni. kecuali sepasang sorang baju raya utk anak-anak....yg lain persiapan raya mmg takde kami buat. bukanle nak bercerita yg kami adalah keluarga 'zuhud' walaupun itulah yg kami cuba nak jadi ttp di zaman manusia bersandarkan pd materialistik kami cuba melatih anak-anak utk 'menongkah' arus. dan setakat ni alhamdulillah mereka pun paham.

sbb tu lah sampai sekarang saya takde akaun facebook...sbb dlm facebook tu yg hebat harta materialnya amat dipandang tinggi dan 'ukuran' material itu sering dijadikan perbezaan. walaupun tak semua menyalahgunakan facebook tu tp ramai kenalan saya yg memberikan feedback camtu.

berbalik pada lailatul Qadr, jumle kita pakat berdoa supaya Allah temukan kita dgn malam tu...walaupun sekali seumur hidup! wallahualam



Saturday, August 06, 2011

bila syaitan-syaitan dibelenggu...

assalamualaikum & salam 6 Ramadhan

bila syaitan-syaitan dibelenggu. adakah dosa semakin berkurang? beramal semakin mudah? tumpuan menjadi kusyuk? tingkahlaku semakin terpelihara? manusia semakin mengenal diri? ye ke? susah juga nak cakap. cuma yg mungkin ada sedikit kebenaran ialah nafsu semakin lenggang-kangkung menonjolkan diri. seronok bukan main dia beb! jadi apa kesudahnya dgn kita? sebelum ni terikut-ikut dgn syaitan pastu skrg terikut-ikut pulak dgn nafsu?

susah...memang susah, selagi kita hidup kita pasti kena hadapinya. perjuangan ke syurga Allah bukanlah satu perjuangan yg mudah. tapi berjuang pasti kena terus berjuang. kesempatan yang diberikan Allah melalui Ramadhan ni perlu kita rebut. Ramadhan mempermudahkan banyak perkara. hingga ke tahap beramal satu malam sudah menyamai seribu bulan. dan beribu-ribu gandaan pahala untuk amal kebajikan yg dilakukan semasa berada di dalamnya.

Ramadhan tidak prejudis, tidak memilih dan sentiasa ‘tersenyum’ menyambut kita. ruang dan peluang cukup banyak. cuma kita sahaja yg perlu bersangguppan. letih memang letih tapi eloklah letih sekarang dari letih di ‘kemudian’ hari. dan pastinya kita ketahui yang syurga Allah itu memang amat ‘mahal’ dan tidakkah utk mendapatkan sesuatu yg begitu mahal memerlukan satu perjuangan yg mencabar, panjang dan tidak mengenal letih.

begitu banyak Ramadhan yg telah kita lalui. kalau kita sering tewas dalam perjuangan di Ramadhan-Ramadhan yg sebelum ini pastinya kita tak mahu ianya berulang di Ramadhan kali ini. biar kita berjuang hingga ke tahap ‘syahid’ dalam kata metraforanya. jangan lagi kita ‘syahid’ di bazaar Ramadhan, di tawaran ‘sale’, di promosi ‘buffet’, di tilam dan katil, di kedai aksesori kereta dan sebagainya. cukuplah...

kita sekarang dalam satu perjuangan, maka libas dan hayunlah pedang ‘amalan’ itu kerana ‘kemenangan’ menanti kita di seberang ‘sana’...insyaAllah. dan utk kesekian kalinya, ini hanyalah tazkirah utk diriku sendiri....wallahualam.

Sunday, July 31, 2011

menagih sinarnya

sebelas purnama menampung resah
meninjau daya dan harapan
suram di sudut hati mulai beranjak
nadi berkobar menghitung detiknya
ehsan-Nya dipaut pada bait-bait doa
terpancar barakahnya ke segenap pelusuk
disisipkan tekad menggengam amalan
Ramadhan tiba gema bersambut












SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

kepada rakan blogger, pengunjung dan pembaca blog marhaen ini, saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1432H.

Thursday, July 28, 2011

aku suka tapi aku khuatir...

assalmualaikum...

aku sering gusar bila tiba saat ini. aku tahu aku suka, isteri suka dan anak-anakku pun turut suka. tapi bila nak 'mengoperasikannya' aku sering mengelak. bukan aku tak tahu melakukannya...atau tak mampu melakukannya cuma aku gusar. aku tahu aku lelaki...walaupun tidak perkasa namun 'maskulin' tu tetap ada.

entahle...dulu aku selamba je bila buat benda ni. aku rajin dan aku 'suka' melakukannya. lebih-lebih bila terbayang akan 'post-operated' result....adusss....syoknya bukan kepalang. jalan kepala terantuk palang pun tak sedar tuuu....mengecapinya memang sgt-sgt syok. tapi sekarang...masih syok menikmati 'result'nya tu cuma nak menyelesaikan 'task' utk dptkan result tu yg aku tak gemar sekarang ni.

isteriku dah macam tahu je. bila dia bawa balik benda tu atau aku sendiri yg bawa balik benda tu mesti dialah skrg ni dgn anakku yg sulung akan mengerjakannya. aku hanya 'tunggu' je. sebenarnya bukan aku tak boleh sgt nak melakukkan 'task' tu cuma aku khuatir sgt-sgt akan jari-jemariku yg gebu dan mulus ini terluka...menjadi kasar dan tidak menarik lagi. aku khuatirrr...

-

-

-

-

-

-

-

inilah bendanya yg aku tak suka nak kupas kulitnya tu....

Friday, July 22, 2011

a Friday monoloque

assalamualaikum sayang. selamat pagi. it’s Friday!. a non-stressful day. at least that’s what you been saying to me and yes I do believe it really is a non-stressful day.

but sayang...why you looks so ..sso..so..stressful? why? even so furious sometime...why? isn’t stress is just another word...an English word. just don’t get caught in it. you got that ‘don’t-come-near-me’ kind of looks. you can’t see it yourself but the other can. the kids especially, they got scared sayang....even your favourite little princess. she don’t want to go near you..despite me asking her to do so.

let the stress pass by you sayang. that’s another advise from you. towards your audience, your friends, our parents, me and the kids. don’t you see that you’re now holding it within you? it’ll detour you to another place...a place so horrible. let it go. let it pass you.

not even a single day come without stress. oh sayang! how true it is...how true! I totally agree with you. we need to manage it. we can control it. these are all golden words came from you...I believe you still remember. I live by these words sayang...your words. and I sensed that you too live by these rules.

but what happened to you last night? you snapped sayang...you threw away your own beliefs. please sayang....get back to the route. a wonderful-peaceful route. be calm. let the serenity take control....not the insanity. focus towards Him, ask for His forgiveness and guidances. He always there! strengthen your faith towards Him...and He wouldn’t fail you.

remember sayang...it’s Friday and stress is just another word!!

.....................................................................................

who stress? me...me? am I got that looks? am I really stress?....astargfirullah. a dream so real! ...is it? am I dreaming? or is it the soft-whisper wishful thinking going into my ear...ooohhhh!!

Saturday, July 16, 2011

gelisah mencari jawapan....

assalamualaikum...

saya pening...mmg pening! sukar utk mencari jawapan pada permasalahan ini. saya cuba bertanya pada kenalan-kenalan...tapi bukan jawapan yg diterima sebaliknya mereka turut pening. entahle...soalannya seperti mudah tapi bila dibuat sedikit kajian dan analisis...jadi susah pula nak menjawabnya. mungkin di blog ni ada kenalan dan pembaca blog yg sudi memberikan jawapannya.

hampir 7 hari saya cuba memikirkannya. saya termenung...buat sedikit pengiraan menggunakan teorem phytogoras, algebra, saya mencatat dan mencari bahan-bahan rujukan seperti jurnal dan kertaskerja. saya gunakan juga teori Eisntein E=MC2 tu namun masih tak dapat menemui jawapan pada permasalah ini. saya cuba juga guna kaedah "trial & error" dan beberapa calculator scientific saya turut jam sebab terlalu kerap dan banyak butang-butang yg ditekan. saya pupus idea dan ikhtiar walaupun saya tahu jawapan ada diluar sana.

jadi saya amat mengharap kenalan blogger dpt menolong saya ini. sumbangan kalian amat sangat dihargai. memang sedikit keringat akan gugur atau mungkin beberapa helai rambut akan gugur disebabkan memikirkan mencari penyelesaian kpd permasalahan ini namun ketahuilah yg segala 'pergorbanan' itu semua amat berbaloi. permasalahannya ialah.......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-









cakoi ni sebenarnya tergolong dalam spesis cucur atau donut??



Friday, July 08, 2011

semangat Jumaat?

assalamualaikum...

....aaahhh..Jumaat datang lagi..alhamdulillah, bersilih minggu tanpa gagal. selagi hayat dikandung badan pasti akan kita temuinya. aku bertambah umur sehari lagi. namun lambaian kubur tak pernah henti memanggil. aku sedar hakikat itu dan aku gusar. rapuhnya hidup. nyawa bukan benda kekal. seperti apa yg di kata Omar - hidup insyaAllah, mati adalah pasti.

namun hidup perlu diteruskan...demi pencarian kepada kematian yg kekal. kematian adalah kehidupan kepada 'dunia' lain. seperti Ali yang berkata - hidup adalah tidur, mati adalah terjaga. fahamilah maksudnya.

aku selalu mengatakan kpd diriku dan kepada mereka yg kukenal - hidup adalah satu amanah dan kehidupan adalah satu anugerah. jika kita fikir-fikirkan kita saling tak ubah senasib seperti seketul batu. tak boleh buat apa-apa. bila yg Esa menganugerahkan mata, maka melihatla kita...bila diberinya kita kaki maka berjalanlah kita..bila diberinya akal maka berfikirlah kita, bila diberinya suara maka bercakaplah kita. itu semua nikmat dr-Nya. tapi...sedihnya! kita gunakan tangan, kaki, akal, suara dan semua organ dan pancaindera itu utk kita tidak menghambakan diri pada-Nya. sedangkan kita dituntut...Az-Dzariyat 56 "tidak aku jadikan jin & manusia melainkan utk beribadah pada-Ku".

tidak...aku tidak mengata sesiapa melainkan diri kerdilku. bukan...bukan ada walaupun setitik kecil niatku utk berkata yg aku betul. aku seperti hamba-Nya yang lain cuma aku teringat seperti kata kekasih-Nya - "sampaikanlah pesanku walau satu ayat". dan teringat juga aku akan kata-kata "tolonglah agama-Nya agar Dia menolongimu"

maaf...ampun, bukan aku mahu mengomel...membebel tak ketentuan pasal. cuma kekadang semangat Jumaat itu menjadikan aku sebegini. hidup pasti akan berterusan tanpa atau sewaktu adanya aku. nikmatilah masa 'sekarang' kerana itulah yg penting. yg lepas adalah 'sejarah' dan yg akan datang hanya satu 'ilusi'...seperti si-falsafah Ralph Emerson berkata - what lies before and after is not so significant compare to what lies within. setelah aku renungkan hampir 14 hari akan kata-katanya ni...akhirnya aku bersetuju dgnnya. 'sekarang'lah yg penting! - present time

ok...cukup kat sini dulu dan sekali lagi maaf dan ampun serta sorry byk2 sbb terbaca omelan pagi Jumaat ini. yg baik hanya dari-Nya...yg tak baik tu dah tentu dr si kerdil ini...wallahualam.

Monday, July 04, 2011

pandangan itu amat mengusik hati

assalamualaikum...

semasa menghantar anak ke sekolah terpandang aku pada kakak penjual air. yang cekal bersama anak-anak dan kancil kecilnya. saban hari mendirikan khemah di hadapan sekolah agama anakku. balang-balang air bersama makanan ringan dan buahan dijadikan juadah jualan. demi mungkin membantu sisuami atau bersendirian menyara keluarga. aku tahu hasilnya tidak sekata. hari ni mungkin lebih banyak dari semalam dan semalam mungkin lebih sedikit dari hari sebelumnya. itu lumrah berniaga.

namun aku tahu pendapatannya tidaklah seberapa jika dibanding dengan pendapatan kontraktor kelas A, B, dgn gaji CEO Tenaga Nasional, CIMB, SYABAS atau dengan pak-pak menteri (hatta dgn drebar pak menteri sekalipun). atau mereka yg mendapat kontrak mengubahsuai kediaman resmi Ketua Negara...hasil untuk mereka ini tentulah jutaan kali ganda jika dibanding dgn hasil jualan rojak buah kakak penjual air tadi. dia berhujan berpanas, menghempas kederat disamping menjagai anak-anaknya sendiri yg terpaksa membuat kerja sekolah dalam kancil kecilnya itu. aku sedih dan aku doakan semoga barangan jualan kakak tadi habis dibeli orang dan semoga Allah permudahkan kehidupannya sekeluarga.

bayangkan isteri pembesar negara yg menghayak rambut yg disalon dgn harga ratusan ringgit, dgn beg tangan harga puluhan ribu...anak-anak mereka yg boleh ke hulu-hilir dgn kereta bernilai ratusan ribu ringgit. mengubahsuai rumah sahaja kosnya sudah 4 ke 5 juta. bayangkan keadaan dalaman rumah orang-orang kaya ini. bayangkan pula keadaan rumah kakak penjual air itu. bagaimana agaknya kakak tu cuba memberikan keselesaan pada keluarga dan anak-anaknya. orang-orang kaya itu takde bezanya dgn kakak penjual air itu, mereka seagama dan sebangsa tetapi mengapa ketara sgt jurang sosio-ekonomi mereka? lagi sekali aku sedih.

semoga Allah sentiasa membantu kita dan mereka yg seperti kakak penjual air tu...insyaAllah.

Thursday, June 30, 2011

pelikkan...

assalamualaikum..

pelikkan...
bila kita rasa cam malas masa tu-lah banyak kerja nak kena abiskan
bila bersemangat dan rajin takde pula kerja-kerja yg banyak ni datang

pelikkan...
bila kita cam malas nak sokong...alih-alih menang pula team bola kita
masa kita seronok dan bersemangat sokong takde le pula diorang nak menang

pelikkan...
bila kita nak peluk anak kecil tu kelam-kabut dia lari pulak
masa kita tak terasa nak peluk sesapa...alih-alih ada pulak orang peluk kita

pelikkan...
bila terasa nak tengok TV, entah apa-apa cerita yg diorang tayangkan
bila tak terasa nak tengok...pandai plak diorang tayang program yg bagus-bagus

pelikkan...
bila kita ada lebih sikit duit tak teringat pulak nak bayor hutang yg mana patut
bila duit dah langsai masa tu-lah teringat macam-macam hutang yg belum bayor

pelikkan...
bila perut kenyang dan selera tak berapa nak ada mcm-mcm makanan sedap yg terhidang
bila perut lapor...balik-balik yg ada maggi...balik-balik maggi...adess!

pelikkan...
bila lepas subuh tu terasa nak breakfast nasi dagang le, lontong le
bila tiba amik breakfast...terus masuk kedai mamak pekne teh tarik dgn roti kosong

pelikkan...
bila terasa cam malas nak mandi masa tu la air elok nyaman dan suam-suam kuku
bila elok terasa nak mandi...perkhh! punyale sejuk air...grrr

pelikkan...
bila sakit terasa cam maut dah dekat masa tu-lah terpikir yg amal-ibadah sikit sgt
bila dah sihat boleh tangguh pulak bab-bab nak memperbanyakkan beramal-ibadah



pelikkan...atau memang dah camtu...wallahualam

Thursday, June 23, 2011

dilema pembaca marhaen

assalamualaikum..

menggeletar tangan. adakah perlu aku mencapainya? aku bukan dikalangan mereka yg bersemangat waja. bukan juga mempunyai darah pahlawan...yg mengalir deras dipelusuk saraf. aku terhenti sejenak. cuba aku pikirkan dulu. kalau aku ambil...mungkin boleh...tapi membacanya??

ku tarik nafas pendekku. ku hela peluh di dahi. kekadang kurasa seperti perlu juga membacanya...utk menambah ilmu. ilmu? ilmu apa plak tu? yang pasti aku boleh semput...boleh bertambah pendek nafasku yg dah sedia pendek ini. ilmu tu tak tahula aku...tapi info dan pemberitahuan banyak juga di dalamnya. yeela..klu tak susah juga kita nak tahu gula-gula jeli tu ada DNA babi, juga susah nak tahu sosej tu disalut dgn kulit babi dan macam-macam lagi. dan igauan mimpi ngeri seperti citer-citer sadis dan ngeri pun juga mungkin boleh terlekat di otak usangku ini. mengganggu pulak aktiviti kehidupanku. memakukan plak trauma di ingatan. aduuhh...macamana ni?
aku cuba perlahan-lahan berjalan menuju ke rak yg mempamerkannya.

ku tenung dekat2. tapi aku masih tercegat di situ sambil membiarkan diri mencongak-congak...nak amik ke – taknak. nak amik ke – taknak. aku mundur ke tempat dudukku balik. bukan aku ‘mengecut’kan diri..tidak...cuma aku perlu betul-betul membetulkan diri utk benar-benar bersedia mengambil, membayar harganya dan kemudiaaannn...membacanya pula....ooooo

aku tak mahu otak ku terpahat dgn citer-citer isteri potong kemaluan suami,anak tikam sembelih bapa, bapa simbah asid pada anak, isteri baru bersalin dipijak perut oleh suami, atuk rogol cucu, nenek ditikam cucu 24 kali, warga emas di potong telinga sebab anak tak bayar hutang ah long, suami hempas anak, kawan dibunuh dan ditanam, budak sekolah mati berkecai terheret bas, bayi baru dilahirkan dijumpai dihurung semut, bunuh diri selepas bunuh bekas tunang, remaja ramai-ramai membuli rakan, gro mati dijerut,...dan macam-macam lagi...oooooohhh!
-
-
-
-
-

METRO...oh METRO. yaa...maaf aku tak sanggup nak beli dan baca kau! tapi kan....kalau dpt baca free....mungkin aku gagahkan diri membacamu...heh!

Thursday, June 09, 2011

kekadang, hati ini ingin merapu...

Senarai pelem-pelem yg kemungkinan masuk panggung tak lama lagi dan kemudian tak keluar panggung dah lepas ditayang.


pelem no. 1
tajuk pelem : CEH!
pelakon utama : anjunglina juli
genre : kategori lawak bisu
jangkamasa tayangan : 9 jam 23 minit
jangkaan masuk panggung : hujung tahun (sebelum kiamat larr..)
sipnosis ringkas : seorang pompuan yg naik perasan memanjang dan sinonim dgn perkataan CEH! terutama bila dicucuk bawah ketiaknya (cam melatahla tu..)


pelem no. 2
tajuk pelem : HIKAYAT TERUNG RUMAHPANGSA
pelakon utama : brady bunch
genre : kategori perang naik gila
jangkamasa tayangan : 14 minit 23 saat
jangkaan masuk panggung : hujung tahun (tapi takle diberitahu tahun bila)
sipnosis ringkas : serangan terung-terung gergasi di kawasan rumah pangsa sekitar sentul


pelem no. 3
tajuk pelem : HANTU KAK LIMAH MENGANDUNG LAGI
pelakon utama : dah tentulah kak limah dgn hantunya...itu pun tak tau ke?
genre : kategori seram tercabut semua bulu yg ada kat badan
jangkamasa tayangan : 3 jam dengan sambungan 3 jam yg berikut di keesokan hari
jangkaan masuk panggung : kena tunggu kelulusan dari lembaga persepakatan hantu-hantu semalaysia (aikk!...hantu tu bukan lembaga ke?)
sipnosis ringkas : seekor hantu belaan kak limah telah menggoda seorang mat rempit hingga termengandung si hantu tadi tu


pelem no. 4
tajuk pelem : AYAQ-AYAQ CINTA
pelakon utama : belum ada pilihan lagi
genre : kategori pelem patriotik campur aksi ganas utk tontonan orang biasa
jangkamasa tayangan : 2 jam 23 minit 23 saat
jangkaan masuk panggung : dengar kata tahun depan sebelum raya cina
sipnosis ringkas : seorang dukun muda yg dah insaf dan mendapat ilham mencipta air yg dpt menjadikan warganegara sesuatu negara itu cinta pd perdana menteri dan negaranya.
pelem ini juga mengandungi stunt-stunt yg mendebarkan lutut walau bagi mereka yg tak sakit lutut sekalipun


disclaimer:
pelem-pelem ini tidak ada bersangkutan dgn sesapa atau mana-mana pelem yg masih idup. ianya hanya warkah merapu sekadar utk menghilang resah dan stress. harap paham nooo....wallahualam