Tuesday, April 10, 2007

letting go the dogs.....!

assalamualaikum...

terbaca sekejap 'paper' hari ni. yg menariknya ialah tentang askar British yang dibebaskan tempohari oleh Iran kerana memasuki perairannya. apa yg menariknya? 2 orang dari mereka mengatakan mereka di dera oleh pihak berkuasa Iran semasa dalam tahanan. yg perempuan sorang tu siap cakap dia dibogelkan (hingga ke tahap tinggal seluar dalam) semasa di tahan. yang sorang lagi kata dia dihumban ke bilik sempit gelap....gitu le lebih kurangnya yang saya baca. sambil baca cerita ni sambil tersinis bibir manisku ini. rasa-rasanya kerajaan Iran tu bodoh ke? diaorang tak tahu ke under-current selepas mereka melepaskan tahanan-tahanan tu? heh..'eleh.. mereka pun cerdik jugak, sebab tu mereka keluarkan satu-satu gambar melihatkan 'kesantaian' askar-askar British semasa dalam tahanan. ada yang ping pong tu... dan saya percaya bermacam-macam kata nista lagi yang akan di ucapkan oleh askar-askar British tu dan bermacam-macam lagi gambar 'kesantaian' mereka semasa dalam tahanan akan kerajaan Iran publishkan...kita tunggu je le.

kerajaan Iran pun dah berusia beberapa ratus tahun....dan setakat permainan 'galah-panjang' camni...rasanya cukup kacang bagi mereka. mereka lebih tahu kebenaran disebalik peribahasa 'umpama melepaskan anjing tersepit'. bagi British pula mainlah permainan lain. kalau tak nak main pun bagi askar-askar yang dilepaskan tu....sujud syukur pun bagus jugaaa.... ikutkan mereka boleh dibicarakan dan mereka boleh ditahan untuk tempoh yang lebih lama lagi malahan kalau kalah perbicaraan mereka mungkin boleh dihukum. tapi itu semua tidak terjadi...maka enjoylah freedom mereka tu dari melatah nak menggigit balik orang yang melepaskan mereka tu.

kita yang mencintai kedamaian, rasanya kalau tidak atas dasar keagamaan pun kita pastinya mengalu-alukan langkah kerajaan Iran itu. mereka juga memilih jalan kedamaian dalam menangani isu ini. walaupun semasa tempoh penahanan tu...bersimpang-siur pesawat-pesawat US dan British dan sekutunya menyeberangi sempadan negara mereka. mereka berhak untuk mempertahankannya dengan secara ketenteraan tetapi mereka tidak memilih jalan itu (dan percayalah mereka bukan dari golongan pengecut). yang menjadi besar sangat isu ini hanyalah kerana kerajaan Iran tu adalah kerajaan Islam dan kebetulan pula mempunyai teknologi nuklear....itu aje. cuba yang tahan askar-askar British tu adalah kerajaan Filipina ke, Autralia ke, Finland ke, Jepun ke....pastinya perkara ni jadi perkara yang 'takde isu' pun......wallahualam.

wassalam.