Friday, January 26, 2007

miskin harta, miskin ilmu

assalamualaikum...

syukur ke hadrat Allah, salam dan selawat ke atas junjungan Rasullullah s.a.w. dua minggu lepas saya bersama rakan-rakan diberikan kesempatan mengendalikan Kursus Bina Insan untuk golongan penerima zakat (asnaf). bertempat di jeram, kuala selangor kami pun ke sana. 44 orang peserta dan rata-rata mereka adalah terdiri dari golongan yang miskin harta. cuma dah beberapa kali mengendalikan kursus yang sama saya belum lagi terserempak dengan asnaf yang cacat. kebanyakkannnya adalah mereka yang dah berusia, yang ramai anak, ibu tunggal dan yang dah tak berdaya dari segi kederat. tapi mereka memang tak ada yang cacat atau mungkin saya belum bertemu lagi dengan golongan miskin dan cacat ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

itulah yang sedikit sebanyak menjadikan saya kehairanan. mereka masih berkederat, tidak cacat, masih tidak terlalu berusia tapi mereka tergolong dalam golong penerima zakat... sebenarnya dari analisis saya yang menjadikan mereka ni tergolong dalam asnaf ini adalah kerana mereka 'miskin ilmu'. hampir sepertiga tak tahu membaca, tak bersekolah, tak habis sekolah dan ada yang tak mampu untuk bersekolah. cuba saudara bayangkanlah sejenak jika setiap mereka ni di beri 20 ribu seorang dengan keadaan miskin ilmu agak-agak berapa lama duit tu boleh bertahan. bukan nak memperkecilkan sesiapa tetapi rasa-rasa tak tahan lama duit tu kan? namun mungkin ada yang boleh simpan lama duit tu...cuma bilangan mereka yang boleh simpan lama mungkin sangat kecil bilangannya.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

jadi antara miskin harta dan miskin ilmu yang mana satu lebih teruk? dalam zaman dimana seeing is believing yang mana rata-rata manusia melakukan penilaian menggunakan 'apa yang di lihat' maka pasti akan ada yang kata miskin harta lebih teruk tetapi jika kita 'nampak' apa yang kita lihat tu....maka kita secara 'hakikatnya' akan kata miskin ilmu sebenarnya lebih teruk dari miskin ilmu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

"Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah (Qur'an), mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya dengan bersembunyi atau berterang-terangan, adalah mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tak akan rugi", Al-Faathir :29.

jadi macamana nak membaca kitab Allah tu kalau tidak dengan 'ilmu' membaca....wallahualam.

Tuesday, January 23, 2007

malaysia lawan singapore

assalamualaikum...

fieww...lama gak saya 'break' ye. semua kerana tugas walaupun tangan memang menggigil nak menulis. malam ni insyaAllah pasukan bola kita akan menentang singapore dalam kejohanan bolaspak piala asean. syabas dan tahniah dan selamat berjuang kepada pasukan malaysia walaupun perjalanan nak sampai ke tahap sekarang ni begitu 'haru' dan 'menjingga'. yelaa...walaupun sedih nak cakap tapi rasanya kena cakap juga perkataan terima kasih kepada pasukan filipina. orang putih kata 'lets the bygone be bygone'. kita tengok ke depan dan bersiaplah sebaik mungkin. kepada pemain-pemain walaupun bila kalah mesti kena kutuk tapi tanamkanlah perasaan bahawa "walaupun kalah aku sebenarnya tetap dah menang". menang dari segi berjaya mengendong bebanan tugas dan bukan senang untuk berjuang mendaulatkan nama negara di bidang sukan; bukan sebarangan orang boleh melakukannya...

duit memang duit, ganjaran memang ganjaran tapi bila berjuang untuk negara pikirkanlah dulu perkara-perkara lain selain dari duit dan ganjaran. pikirlah anda seperti seorang soldadu yg berjuang untuk mempertahankan mertabat dan maruah negara. bahkan 'cara' anda berjuang pun 'syok'...tak macam soldadu yang masuk hutan menggalas senjata, mempertaruh nyawa dan dalam keadaan yang amat tak selesa. anda 'syok' kerana berjuang dalam ertikata melakukan sesuatu yang anda minat dan dalam keadaan penuh keselesaan. apa tunggu lagi?

kita kalah setelah berjuang dah tentu lebih baik dari kalah sebelum berjuang, die standing is worst than die fighting...gitule dalam orang putihnya. lagi satu kalau rasa tak macam 'berjuang' pun takpe...tapi kenalah rasa macam 'bermain'. dan bila dah bermain tu bermainla bersungguh-sungguh. 90 minit masa permainan adalah syarat dan undang-undang permainan maka mainlah dalam masa tu jangan main untuk hanya 70 minit sahaja. sebabnya semain bermain menentang thailand...itule yg saya tengok. rata-rata cepat letih, tiada stamnina dan tiada kesungguhan, kalau ada pun hanya untuk 70 minit je. lepas tu dah letih, dah tak terdaya....hilang tumpuan dan kreativiti. so, bila main...maka main sungguh-sungguh, bila belajar...belajar sungguh-sungguh dan janganlah bila kalah....kalah sungguh-sungguh pulak. gitule...wallahualam.

Tuesday, January 16, 2007

di pagi itu

di pagi itu
aku bangun, syukur dan mengerakkan isteri dan anak
secangkir milo untuk anakku, menggesa isteri agar segera
mendukung sikecil ke bangku kereta

di pagi itu
memandu menghadap sesak, mengejar masa dengan isteri
terlihat di depan sekujur tubuh di jalan
berlitup di sebelah motor dibawah lori

di pagi itu
kumemohon kesabaran diberiNya pada keluarga situbuh
bila hampir aku cuba antara pandang dengan tidak
kunyata pada isteri kita masih sangat bernasib baik

di pagi itu
aku dan isteri hilang sedikit masa, sedikit keselesaan
tapi ada anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami
dan ibubapa kehilangan anak....

di pagi itu
terfikir bagaimana sianak, siisteri mahu siibu dan bapa
menerima berita yang bukan berita
yang merentap sejenak keceriaan, yang membawa hiba

di pagi itu
aku terfikir betapa rapuh hidup
tubuh terbujur itu boleh jadi aku
mengapa dia dan tidak aku...hanya Dia yang mengetahuinya

di pagi itu
bagaimanakah agaknya bila anak dan isteri kehilanganku
mungkin aku tidak akan tahu setahunya kerana 'urusanku'
keadaan itu tanpa mahuku boleh terjadi

di pagi itu
aku mengaku di depanNya
bahawa aku masih berharap untuk dipanjangkan usia
untuk menemui anakku, isteriku dan 'menemui' diriku

di petang itu
kupanjatkan syukurku dan kuhulurkan doaku padaNya
sambil mendengar celoteh sikecil, sambil melayan siabang
sambil merenung isteri tercinta


nahmy 16/1/2007

Sunday, January 14, 2007

'green button' yang tak jumpa-jumpa

assalamualaikum...

amacam kita minggu ni? dah dua minggu lebih melangkah ke 2007 rasanya semuanya dah 'back to normal' kan?. khamis lepas saya mengendalikan satu topik berkenaan stress (stress management). ia lebih kepada pengenalan kepada pengurusan stress (bukan the whole program berkenaan stress). sesi lebih kepada santai, tiada stress dan 'fun'. ada satu 'part' yg saya nak kongsi iaitu berkenaan 'green button' atau butang hijau. selalunya stress terjadi ialah apabila kita antaranya melupakan 'green button' ni. 'green button' ni adalah dalam bahasa pasar... layanlah diri anda / berlaku adillah pada diri anda. kita selalunya sibuk memuaskan hati orang lain yang disekeliling kita tak kira samada isteri/suami, anak, emak-bapak, jiran tetangga, adik-beradik, sahabat, bos ditempat kerja, tetamu dan sebagainya tanpa kita ambil kisah untuk melayan diri kita. jadi berlaku adillah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

seperti ada satu episod Oprah yg saya sempat tonton berkenaan menghias rumah. ada doktor jemputan (ahli psikologi) dalam rancangan tu kata kita selalunya sikit punya sakan (berhabis belanja) dalam bab menghias ruang tamu kita. sofa kulit mahal atau yg antik, langsir berenda-renda juga yg mahal, karpet yg tebal gebu semuanya kita buat untuk siapa? jawapannya itu semua untuk tetamu yang datang. bilik kita sendiri? ada setengahnya orang bilik dia sendiri macam kena tsunami, tunggang-langgang, kayu katil pun dah kena makan anai-anai, tilam tak bercadar pun ada. alaahaaii...layanlah sikit diri tu...kalau tak pakai yg mahal pun takpe tapi biarla bersih, kemas dan mendamaikan. dan kata doktor tu lagi mental yg stress sebahagiannya juga diakibatkan oleh terlupa nak layan diri sendiri. terlupa nak cari 'green button' sendiri.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

hah?!!..amacam? cari le 'green button' tu. ia mungkin dalam bentuk mesti nak kena nescafe tarik pukul 9.15 pagi, ia mungkin dalam bentuk mesti kena peluk suami/isteri sekali dalam sehari. ia mungkin juga dalam bentuk merenung beberapa minit ke langit, dalam bentuk membaca ruang sukan di akhbar setiap pagi, menonton wayang, berfutsal, trim misai dan sebagainya....apapun bentuknya tak kisah tapi yg penting layan dan buatlah (selagi tak menyalahi undang-undang dan syariat) andainya dengan melakukannya akan dapat sedikit sebanyak menjauhkan diri anda dari stress dan ketidaktenangan. jangan sesekali abaikan diri anda kerana yang paling anda nak percaya dalam bab kesihatan atau bab-bab apa-apa pun berkenaan diri anda adalah diri anda sendiri. sebab diri anda adalah anda....wallahualam

Monday, January 08, 2007

apa?... lambang kecemerlangan negara?

assalamualaikum...

8 januari 2007 dalam utusan malaysia mukasurat 14, artikel bertajuk "Eyes On Malaysia lambang kecemerlangan negara". apakehelnya ni? dah tandus ke benda-benda lain yang boleh dijadikan lambang kecemerlangan negara sampai roda funfair yang besar tu dijadikan lambang kecemerlangan? teruk sangat ke kita ni? dah desperate sangat ke? alaa...saya kalau ada kengkawan dari luarnegara yang reti bahasa malaysia terbaca artikel 'bernas' ni alamat kena gelakle. "apa negara kau nih?...roda besar yang kau sendiri pinjam selama setahun boleh kauorang jadikan lambang kecemerlangan?" tolonglaaa....carile bebenda lain yang lebih menasabah untuk dijadikan lambang kecemerlangan. masjid-masjid yang indah-indah ada, bangunan-bangunan berteknologi terkini pun ada...takpun 2 orang angkasawan tu pun boleh juga kalau kita nak jadikan lambang kecemerlangan. alaaa....brotherr...kitakan dah nak maju, rakyat pun dah semakin bijak, teknologi pun dah hampir dengan negara barat...takkan roda funfair tuuu....

saya rasa wartawan pun dah semakin cerdik, dah semakin cekap dalam menjustifikasikan mana artikel yang baik dan mana yang kurang baik. editor pun ada...tengok-tengok sikitle tuan. saya rasa artikel ni kalau keluar dalam suratkhabar bertarikh 8 Januari 1954 bolehle...tapi ni dah tahun 2007. entahle...mungkin pada separuh orang benda ni takle besar sangat tapi bagi saya ia memang besar. ia menandakan cara fikir sesetengah orang dan menandakan tahap kemajuan satu-satu bangsa dan bila dikatakan 'kecemerlangan negara' maka ia secara tak sedar dah melibatkan kewibawaan dan maruah negara. dah 50 tahun kita memperjuangkan maruah. dah 50 tahun kita membina imej dan kedaulatan. dah 50 tahun kita mengisi kemerdekaan. takkan 50 tahun itu hasilnya roda 'funfair'...alaaa...sedih brotherr...sedih!!

apapun...pada saya kalau dah nak sangat mencari 'lambang' maka buatle 'brainstorming' sikit, carile benda-benda lain yang lebik 'logik' atau dalam bahasa pasarnya yang lebih senonoh. we're much better than this. tapi yeela...benda dah keluar...camna nak tarik balik kan? cuma di masa-masa akan datang cubale... saya kalau orang nak kata saya 'emosional'...maka biarle orang tu berkata kerana ini melibatkan bukan setakat diri saya tetapi juga mereka yang mengatakan saya tu. cuma saya harap takle esok-esok benda-benda ni masuk dalam buku sejarah dan digunakan pulak oleh adik-adik kita yang bersekolah. bila ditanya apakah lambang kecermelangan negara yang paling gah....maka diaorang pun sebut...roda funfair - Eyes on Malaysia....wallahualam

Thursday, January 04, 2007

perihal anak-anak kita

assalmualaikum...

fieww...lega rasanya sebab hal anak sekolah telah pun selesai. yuran, buku, kelas, uniform dan segala-galanya dah pun setel. apapun, untuk setakat tahun 2007 ni le. tapi kita tackle je benda ni tahun demi tahun...jangan pikir lebih-lebih. Allah dah beri kemudahan dan beri kekuatan maka insyaAllah semua kerja pasti dapat diselesaikan. yang pasti anak dah ada tempat kat sekolah, dia gembira, dia boleh belajar dengan selesa dan dia boleh terus belajar...ok le tu. yang lain-lain esok kita improve kan sikit demi sikit. setidak-tidaknya syukur pada Allah anak-anak kita kat sini dapat pi sekolah dengan proper berbanding dengan anak-anak sedara, rakan dan taulan kita di Johor, danlah unifom, buku dan berbagai kelengkapan mungkin takde mungkin juga ade...sekolah pun tengah kelam-kabut dengan kemudahannya. kita doakan je mereka semua dapat mengatasinya dan doakan agar Allah memudahkan kehidupan mereka kat sana tu.

bercakap hal anak ni, disamping kita menjalankan amanah - membesar, mendidik, memberikan ilmu dan pelajaran dan menyayangi mereka jangan le pula kita lebih-lebih sangat terutama dalam menyayangi mereka kerana Allah ada sebut dalam At-Taubah ayat 24; "Katakanlah Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum-kerabatmu, harta-benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya serta rumah yamg kamu sukai, (semuanya itu) lebih kamu cintai dari Allah maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan siksaanNya, Allah tiada menunjukki kaum yang fasik itu".

jadi berpada-pada kita kerana sayang dan cita yang abadi yang hakiki dan yang paling utama hanyalah kepada Allah....sebab kalau kita kaji perlahan-perlahan kita mesti akan dapat kesimpulan bahawa semua yang diatas yang disebut dalam ayat di atas tadi tu adalah datangnya dariNya juga. jadinya jangan terlebih taksub dengan anak, isteri, business, sedara, rumah dan bermacam-macam lagi.

marile kita disamping kita sayang anak, memberikan perhatian pada mereka, memberikan segala kemudahan untuknya membesar...menjalankan amanah kita, hendaklah juga kita mengingatkan diri bahawa anak itu perlu kita tanamkan dalam diri mereka agar mereka sayangkan Allah bukan sayangkan kita sebagai balasan atas apa yang kita curahkan pada mereka, itu semua tanggungjawab kita. dan pastinya apabila sayangkan Allah automatiknya insyaAllah dia akan turut sayangkan kita. nabi pun dah kata apabila matinya anak Adam maka tiadalah apa-apa yang ditinggalkannya dapat memberikan kebaikkan padanya melainkan atas 3 perkara, ilmu yang diamalkan, sedekah jariah dan anak yang soleh.....wallahualam.