Wednesday, May 30, 2007

yang mana satu?

assalamualaikum....

yg mana satu rasa-rasanya lebih penting....

melakukan payung terjun di kutub utara...atau
membantu ibu yang uzur di kampung?

berenang merentasi selat inggeris....atau
menyara 2 orang anak yatim bersekolah?

menghadiri meeting lepas waktu pejabat berkenaan kenaikan gaji & bonus....atau
membantu isteri mencuci pinggan dan baju di rumah?

menghadiri perasmian majlis mesra bersama artis....atau
menolong anak membalut buku sekolah mereka?

memperkatakan dengan panjang-lebar berkenaan senario politik....atau
merenung sejenak akan apakah sumbangan diri kepada agama?

mendapatkan penajaan berjuta ringgit untuk ekspedisi belayar keliling dunia....atau
mendapatkan penajaan untuk tabung pembedahan untuk kanak-kanak sakit jantung?

mengutamakan rakan yang boleh memberi projek jutaan ringgit....atau
menolong rakan lama yang mengidap sakit kronik?

mempercantikkan tahap kehidupan sendiri....atau
mempercantikkan kehidupan orang lain?

Zig Ziglar kata " you'll get what you want if you help other get want they wants"

sama-samale kita renung-renungkan......wassalam

Tuesday, May 29, 2007

kudos to perodua folks!

assalamualaikum...

after a while, now I'm here again...alive and kicking!. last 22nd & 23rd of May I was at Perodua Manufacturing conducting a Planning & Organizing workshop. its a fun ones...for me and hope likewise to the participant. 2 days merely talking about Planning & Organizing. let me say thank you to Puan Nakia of HR, the participant...let me see if I still able to catch their names - Azury, Rosefilda, Izwa, Noraini, Saliza, Hazrin, Yan, Emirul, Wee, Hock, Azali, Azman, Abdul Halim, Rozi, Saiful, Anuar, Najib, Nazir, Nizam, Azrul, Anirosma, Hazlin and Azafean. hope I got everyones here.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

again, for giving me opportunity to get together, sharing what I've got and to let me know what I should be knowing about you and your organizations is definitely one enjoying moment...eventhough I'm not in my full blasted energy!. with Allah's help and guidance I manage to wrap down until the last minutes.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

given a chance, I definitely want to comeback....but hey!! maybe some other time. this are the folks who build the perodua cars. this is the place where they build perodua cars...knowing them and what they capable to do is one intriguing experience. my two cent words...keep it up bro & sis. nothings wrong with you concerning with planning & organizing....everythings already there inside you just a matter of showing it off...but ones should know showing it and practising it - is totally two different things.....wassalam.

Tuesday, May 08, 2007

selamat datang puteri bongsu...

assalamualaikum...

bermula 3 hb Mei baru-baru ni maka firma dimana aku menjalani karier menerima pertambahan seorang lagi ahli keluarga. this time its a girl!!....yuhuu... yepp. akhirnya lahir le juga puteri bongsu dikalangan abang-abang macho lagi hensem. yang paling hensem ialah CEO aku...sebab jiran posmen yang selalu hantar surat kat aku pun dok kata dia hensem. camna jiran posmen tu tau...wallahualam. bahkan camna posmen yang hantar surat kat rumah aku tu tau pun satu misteri yang masih tidak terungkai... nama puteri bongsu...NURUL.... tak boleh le bagi penuh nanti empunya diri saman balik aku.

tanpa syak lagi, berseri le sikit opis kami. kalau tak yang nampak kepala-kepala bulat (dengan rambut nipis), tunggul misai dan janggut, juga parut-parut bekas jerawat yang berserakan.. sekarang okay le sikit...alam mencari keseimbangan le agaknya. bermula perjalanan hidup yang colorful tak kirala samada untuk kami mahupun untuk puteri bongsu tu. harap-harap perjalanan yang menyerakah duri, miang dan penuh ranjau ni dapat kita sama-sama rentasi. berpautan dan bergandingan dengan bimbingan abang-abang yang memimpin di depan insyaAllah segalanya akan Allah permudahkan.

semenjak di opis baru, dengan suasana baru (termasuk dengan adanya puteri bongsu ni) maka aku pun semakin rancak je nak ke opis...syukurlah. kalau tak asyik nak melepak di library le atau ke mamak bistro. sedikit kegusaran mungkin bila si pegawai bandaran datang...(sebab aku dah kena sekeping surat saman parking tu). tapi takpe le...akan aku diikhtiarkan agar gusar ini berlalu. yang penting semua ahli keluarga 'fire-up' dan 'gear-up' dan semua fokus ke satu tujuan, satu matlamat dan satu cita-cita. syok bebb....syiookkk....syukran dan alhamdulillah. gitule....wallahualam.

rakan kecil, rakan besar

assalamualaikum....

terpanggil saya utk sedikit membicarakan mengenai rakan kecil, rakan besar. bila bercerita dengan adik-beradik sebelah isteri semasa kenduri baru-baru ni saya adale buka cerita pasal rakan kecil, rakan besar ni. ada orang tanya maksudnya. rakan kecil maksudnya kepentingannya kecil....orang marhaen, orang kebanyakan dan tiada kepentingan sangat kalau kita bersahabat dengannya samada dari segi material atau bukan material. biasa. rakan besar pula adalah rakan yang kita tahu dia ada banyak pengaruh, kepentingan, banyak keberuntungannya kalau bersahabat dengannya samada dari segi material atau bukan material. mereka orang 'berada' dan popular kadangkala tu.

rakan kecil juga kadangkala di panggil sebagai 'small people' dalam buku-buku motivasi. rakan besar pula = 'big people'. kenapa mereka dipanggil begitu dan siapakah yang memanggil mereka begitu. sebenarnya bukan mereka mahu dipanggil sebegitu tetapi kita yang membudayakan panggilan tu. dan yang sedihnya kita sendiri terikut-ikut dengan budaya karut ni. satu kisah berkenaan President Abraham Lincoln. ada seorang ibu yang semasa perang saudara mengutus surat kepada President merayu agar anaknya seorang askar yang tertidur semasa berkawal tidak dihukum bunuh. semua Jeneral perangnya tidak mahu melayan siibu tadi dan setelah itu siibu terus mengutus surat kepada President, maka President sendiri melakukan penyiasatan. hasil penyiasatan President mendapati askar tadi tertidur setelah 3 hari tidak diberikan rehat dan tidak dibenarkan tidur. maka askar tadi dilepaskan dari hukuman. lihat bagaimana President melayan 'small people' tadi...tiada diskriminasi dan tiada berlakunya pemberian keistimewaan. walaupun 'small people' dia tetap memberikan layanan seperti yang diberikan kepada golongan bangsawan dan elit.

belajarlah sedikit kita dari cerita ini. rakan kecil mungkin memang tiada kepentingannya jika dilihat dengan mata kasar kita....tetapi pada dialah rupa-rupanya Allah letakkan ujian untuk kita. sejauh mana kita melayan 'rakan besar' layanlah juga 'rakan kecil' seadanya. 'rakan kecil' mungkin kecil dari segi lahiriah, tiada pengaruh dan tidak bawa masuk projek besar-besar untuk kita....tapi imbuhan lain yang bukan lahiriah mungkin akan tercetus darinya dangan izin Allah....wallahualam

sukan dimana jua anda berada

assalamualaikum...

hampir 3 minggu saya tak menulis....sepi jari ini. tapi akhirnya dapat juga menari-narikan kembali jari dan melontar-lontarkan kembali ide-ide (karut atau yang tak karut) ke sini. macam-macam bebb....notebook hantar service le, line down le.....ide kering le, kerja banyak le...dan macam-macam lagi. saya sekarang pun sebenarnya sedang 'berkabung'. berkabung sebab Chelsea dah tak dapat mahkota English Premier League lagi tahun ni. sedih brotherr...sedih. lagipun kan sticker penyokong setia Chelsea baru je beli dan lekatkan di cermin keta....dah kalah pulak. apapun takpe le...tahun depan depa cuba la lagi.

menyentuh pasal sukan ni....akhir-akhir ni macam-macam kejohanan sukan yang kita tengok di tv ataupun di akhbar-akhbar mahupun di internet ni sendiri. pasti yang kita tertarik jika yang melibatkan rakyat Malaysia kan? saya sempat le juga nengok final badminton untuk acara bergu kejohanan Singapore Open baru-baru ni. terkujat sikit!! mau tidaknya...bila dah dengan confidence menang set pertama..kalah pulak set kedua (walaupun fight gilerr). tense jugak melihat game tu...walaupun kita tahu kalau pasangan Malaysia tu menang pun bukannya diaorang nak kongsi duit kemenangan tu dengan kita...namun sokong tetap sokong.

nyatanya yang dilihat....pasangan 'senior' kita tu macam dah tak terhambat dengan gaya orang muda sekarang. letih dan hilang rentak terutama di hujung-hujung perlawanan...ditambah pulak dengan kederat mental yang mencungap maka completelah faktor-faktor untuk menjadikan mereka kalah hari tu (walaupun tanpa syak ini semuanya adalah penentuan Allah). apapun saya tak salahkan diaorang.....sebab diaorang sendiri tahu kalau menang hadiah duit lumayan dan kalau kalah kurang lumayan....jadi tentunya diaorang dah berusaha bermati-matian. apa yang perlu diaorang pelajari ialah menguatkan kederat mental dan dari siapa yang mungkin boleh diaorang pelajari....? dari jaguh squash nombor satu dunia - Nicol David....wallahualam