Tuesday, May 08, 2007

rakan kecil, rakan besar

assalamualaikum....

terpanggil saya utk sedikit membicarakan mengenai rakan kecil, rakan besar. bila bercerita dengan adik-beradik sebelah isteri semasa kenduri baru-baru ni saya adale buka cerita pasal rakan kecil, rakan besar ni. ada orang tanya maksudnya. rakan kecil maksudnya kepentingannya kecil....orang marhaen, orang kebanyakan dan tiada kepentingan sangat kalau kita bersahabat dengannya samada dari segi material atau bukan material. biasa. rakan besar pula adalah rakan yang kita tahu dia ada banyak pengaruh, kepentingan, banyak keberuntungannya kalau bersahabat dengannya samada dari segi material atau bukan material. mereka orang 'berada' dan popular kadangkala tu.

rakan kecil juga kadangkala di panggil sebagai 'small people' dalam buku-buku motivasi. rakan besar pula = 'big people'. kenapa mereka dipanggil begitu dan siapakah yang memanggil mereka begitu. sebenarnya bukan mereka mahu dipanggil sebegitu tetapi kita yang membudayakan panggilan tu. dan yang sedihnya kita sendiri terikut-ikut dengan budaya karut ni. satu kisah berkenaan President Abraham Lincoln. ada seorang ibu yang semasa perang saudara mengutus surat kepada President merayu agar anaknya seorang askar yang tertidur semasa berkawal tidak dihukum bunuh. semua Jeneral perangnya tidak mahu melayan siibu tadi dan setelah itu siibu terus mengutus surat kepada President, maka President sendiri melakukan penyiasatan. hasil penyiasatan President mendapati askar tadi tertidur setelah 3 hari tidak diberikan rehat dan tidak dibenarkan tidur. maka askar tadi dilepaskan dari hukuman. lihat bagaimana President melayan 'small people' tadi...tiada diskriminasi dan tiada berlakunya pemberian keistimewaan. walaupun 'small people' dia tetap memberikan layanan seperti yang diberikan kepada golongan bangsawan dan elit.

belajarlah sedikit kita dari cerita ini. rakan kecil mungkin memang tiada kepentingannya jika dilihat dengan mata kasar kita....tetapi pada dialah rupa-rupanya Allah letakkan ujian untuk kita. sejauh mana kita melayan 'rakan besar' layanlah juga 'rakan kecil' seadanya. 'rakan kecil' mungkin kecil dari segi lahiriah, tiada pengaruh dan tidak bawa masuk projek besar-besar untuk kita....tapi imbuhan lain yang bukan lahiriah mungkin akan tercetus darinya dangan izin Allah....wallahualam

0 comments: