assalamualaikum,
terasa bergetar perasaan bila terdengarkan bunyi itu. "uuuwwekkk...", "uuuwwekkkk...." anakku yg bongsu dah nak masuk enam tahun maknanya dah enam tahunlah aku tak berisauan, bangkit tukar lampin, buat susu pukul 3-4 pagi atau bangkit tengok isteri buat tu semua dan kemudian sambung tidor. dah enam tahun le juga pening dan sabarku tak teruji. hakikatnya bila menjaga anak kecil, lagi kecil lagile mencabar...sebab tule kalau anak kecil kita hantar ke nursery upahnya lebih mahal dari anak yg dah besar.
berisauan bila 'uuwekkk' tu kedengaran sebenarnya bercampur -baur antara semasa isteri dlm kehamilan, dgn semasa proses bersalin dan kemudian semasa proses menjaga dan membesarkan anak itu nanti. seram, risau, fenin, gugup, syahdu, ketar-lutut, selsema, sakit pinggul...segalanya ada-lah. tapi bila mengenangkan yg isteri pun dok sedikit-sebanyak harap kat kita maka 'kegagahan sintetik' itu pun terpaksalah diwujudkan. dibekalkan dgn doa, pengalaman lalu dan kata-kata peransang dari teman dan taulan maka insyaAllah segalanya dapat dilalui.
anakku yg bongsu (sekarang ini) tu pun mencabar gak pengalaman yg aku perolehi semasa proses kelahirannya. lahir dalam keta tu…(rasanya ada diceritakan dlm artikel ku yg lepas). kira muka toreh tak kuar darahlah aku masa tu...yeela kalau kat hospital adale juga doktor atau bidan yg dapat kita transferkan teknologi risau dan pening tu pada diaorang tapi kalau dah dalam keta hadap sorang-sorang le bebenda tu semua. alhamdulillah semuanya Allah permudahkan...dah hampir nak masuk enam tahun pun anakku tu. dan dah nak jadi kakak pulak!!
"uuuwekkk...ummmph....gulpp" ehh?!…aku pulak yg loya!!...mungkin sbb terlalu memikirkannya kot?? atau sbb ianya memang terbejangkit dari isteri....wallahualam.
8 comments:
Bila hidup saling memerlukan, baru terasa diri memerlukan dan diperlukan. Moga hidup lebih bermakna bila berdua saling memahami...
wassalam
kesian kat org pompuan... penat tau asyik nak muntah je...
hihihihi... mmg la aku takde pengalaman, tp pompuan mmg kuat... 9 bulan 10 hari tu.. kena tanggung mcm2...
Tuan Zul-Elle, syukran atas komen.
Cik Ku..., kesian mmg kesian kat org pompuan tapi itu adalah jihad yg besar & pampasan dariNya kelak besar juga...wallahualam
tanggungjawab dah bertambah. Tahniah lah kalau betul nak tambah org baru. ANak tu rezeki dan harta yg tak ternilai tau..)
Cik Lin, benar tu cik lin...mmg hari ke hari terasa makin bertambah tanggungjawab tuh..
bulan lepas ku sangka akan ada uweeek...rupa2 nya terlambat sedikit...berusaha untuk yg ke-4, sempena nama ku arba'in
p/s: sheikh bg lah petua sikit utk dpt anak lelaki...mencari tak salahkan, asal jgn lari dari batasan
syukran atas kunjungan Arbain.
perihal anak lelaki tu...ada yg berkata bykkan membaca surah Yusuf. buatlah keranaNya, pastu...percaya, amal & yakin...insyaAllah.
Post a Comment