Thursday, November 13, 2008

perkahwinan : asam, garam dan gulanya...

assalamualaikum…

selak-selak ‘Sinar’ pagi ni...tibale saya tang artikel pasal penyanyi kumpulan rock dulukala yang mana Mahkamah Syariah dah jatuh hukum yg beliau masih sah seorang suami kpd isterinya, seorang usahawan produk kecantikkan. tak sebut nama pun rasanya semua kita tahu kan?. pastu terpikirlah saya akan betapa ‘nasty’nya proses perpisahan itu. membaca cerita ‘perpisahan’ nya...maka terimbaulah akan masa ‘perkahwinannya’ 10 bulan sebelum itu. ingatkan kemeriahan perkahwinan tu dah kira ‘gah’ habis rupanya citer perpisahannya lagi ‘gah’. itu belum kira garden wedding lagila..

bukan mengata tapi, sedih....where have all the loves gone? kita cintan habis, bertahun-tahun…sampai ke jinjang pelamin, then out of sudden kita jadi musuh yg amat ‘kejam’ antara satu sama lain! ini bukan persoalan salah-siapa dan dah tentunya bukan salah ibu mengandung tetapi ini persoalan siapa yang perlu dahulu mengambil langkah menyelamatkan perkahwinan. adake orang saja-saja kahwin dan lepas tu suka pula menempuh kepayahan proses berpisah itu? mungkin ada kot?!...cuma mereka ni tergolong dlm golongan 0.15 peratus manusia yg kurang siuman dlm aspek perkahwinan.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui” An-Nuur : 32.

tapi yeela, kalau memang dah ada antara keduanya telah cuba berusaha mengelakkan perpisahan ni dari terjadi ttp masih juga gagal maka...sampailah mereka kpd perkara yang Allah tidak suka tetapi Allah benarkan...iaitu perceraian. hati sendiri pun kekadang payah kita nak jaga...inikan pula hati orang lain. lidah sendiri lagikan tergigit.

perkahwinan mana yg tak dilanda badai..rasanya semua perkahwinan merasakannya, cuma skelnya sahaja yg berbeza. ada kena badai sepoi-sepoi bahasa, ada kena taufan terus...ada kena taufan dan tsunami lagi!. jadi kepada yg dah kahwin tu...sama-samalah kita berdoalah agar diberikan petunjuk, panduan dan pertolongan dariNya disamping usaha dan ikhtiar yang berterusan agar perkahwinan makmur, bahgia dan berkekalan...wallahualam.


p/s : kpd pengikut setia no.1 blog ni, merangkap isteri tercinta....HAPPY ANNIVERSARY - 29 November ni.



1 comments:

Zul-Elle said...

29 November ni ye....

Macam janji ler pulak.

MindaMuallim nak potong kek besday ari tu, tapi tiup lilin tak ler...