Thursday, June 24, 2010

mencari damai di...eerrrrk! di world cup??

assalamualaikum..

lama tak mengupdate. takpele...blog kita pun marhaen je. buka cam blog Tun Mahathir yg berjuta hit dlm sehari tu. sebenarnya bukan taknak mengupdate tapi kerana faktor kesihatan. selepas semua anak dah kebah dgn demam mereka maka ayah plak yg kena attack. tapi takpe ...alhamdulillah, bila sakit tu ingat kat Dia.












satu lagi demam yg melanda kita ialah demam World Cup tu. yg minat sangat hal-hal bola ni berpada-padala...akhir zaman ni senjata saraf banyak digunakan utk attack orang islam cam kita ni. jadi paham-paham le sendiri. saya yg tengah demam pun suka gak tengok World Cup tu...terutama bila tengok pasukan underdog lawan pasukan giant tapi sbb demam...maka kekadang tu sempat tengok separuh masa je.

dulu-dulu memang berhantu gak bila tiba World Cup camni tapi bila dah semakin 'dewasa' ni maka tengok ala-kadar je le. kalau sokong sampai gegak gempita sangat pasukan yg bertanding tu pun bukan kita dapat duit kan? cuma satu je yg saya rasa ada bagi sikit kebaikan kat saya ni pasal World Cup tu...dia dapat mendamaikan kepala otak yang berserabut...kita tengok kita tak pikirle hal-hal duniawi yg lain. kalu game pukul dua tu kita bangkit buat tahajud dulu pun baguih juga kan?..kan?...wallahualam

Monday, June 07, 2010

kutukan kepada si laknat

assalamualaikum...

alhamdulillah, mereka semua dah selamat. walau misi mungkin terkandas di pertengahan jalan...namun ia tetap satu misi yg berjaya. mereka berjaya membuka aib kekejaman Israel laknatullah kepada mata dunia. sekarang masyarakat seluruh dunia telah dibuktikan siapakah yang patut disokong, rakyat Palestinekah atau Israel laknatullah itu? siapakah pula yg paling kejam? dan betapa 'benarnya' ayat-ayat Quran yang menceritakan tentang zalimnya yahudi/zionis laknatullah itu.






















misi keamanan menghantar ubatan dan makanan mmg kena tetap diteruskan. satu jalan gagal bukan bermakna gagal semua jalan. kepada rakyat Palestine kita mohon doa pada-Nya agar mereka sentiasa dlm perlindungan-Nya, diberikan kesabaran dan ketabahan utk menangani kekejaman Israel laknatullah itu. kepada penghantar-penghantar ubatan dan makanan (misi keselamatan) yang seterusnya kita doakan mereka akan berjaya juga akhirnya sampai ke Gaza.

jgn kita putus doa. dgn doalah terbatalnya sesuatu bala, dgn doa juga akan terturunnya kebaikkan. kita di sini dan rakyat Palestine di sana mungkin tiada senjata...tapi senjata yang paling hebat adalah doa kita semua. yg zionis Israel laknatullah tidak dpt mengelak dari terkena 'tembakannya'. jadi sama-samalah kita berganding doa, juga berterusan mengumpul dan mendermakan apa yang patut demi rakyat Palestine yg dizalimi itu...wallahualam.