assalamualaikum...
memang susah nak luang masa update blog sekarang ni. tengok-tengok sekali lalu sempatla. tapi bila nak update tu...elemek! kering...ide...kering! ditambah dengan sedikit sibuk dengan hal-hal 'dunia' maka tertinggallah blog ni. hal-hal dunia tu termasuklah dengan kecurangan perkhidmatan oleh CelXXX akan pekhidmatan jalurlebarnya, termasuk dengan telepon tangan Samsungku yg dah jadi sam-dol (sekarang pakai telepon anak yg ada 'torch-light' jee...apa camera pun takde...takpela..alhamdulillah), termasuklah Lenovoku yg dah jadi Lena-ku sbb kong skrinnya, termasuklah akan sibuk yg memang sengaja di buat-buat. bila campur-campur tu semua maka tergendalalah sebentar akan perjalanan blog marhaen ini di alam siber ini.
tapi percayalah...'everythings happen with a reason'. bukan aku cuba merasionalkan akan kemalasan atau kekeringan idea yang melanda diri tetapi aku 'membenarkan' diri untuk lebih faham akan Qada dan Qadar. itu tak salahkan? ada ke orang sesaja nak kering ide? tapi sesaja nak malas memang ada....cuma aku selalunya akan kering ide dulu..then barulah malas datang menggoda.
aku sekarang tengah tone-down kan hal-hal dunia. entahlah makin dicari 'dunia' ni makin sesat aku jadinya. berala-kadar, sedikit-sebanyak selesa hidup dahla. dunia fana yg sibuk dicari tapi dunia 6X6X3 tiada langsung persiapan untuk memperindahkannya. tapi tidaklah bermakna nak 'bersuluk' 365-7-24. tidak juga. usaha tetap usaha tapi matlamat kena set-up kan betul-betul.
dahle kot...banyak sangat bermonolog nanti entah-entah apa plak jadinya. bukan apa sesekali tu mencurah kekalutan emosi di ruang siber cam ni rasa cam okay je. cakap kat isteri pun kena lebih hal-hal subjektif...tapi kat sini...bicara tanpa suara seperti melegakan juga sekali-sekala. walau untuk apa-apa hal sekali pun! wassalam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago