Tuesday, February 08, 2011

kemudahan awam yg memudahkan bukan setakat si awam tapi...

assalamualaikum...

adess!...lamanya tak menjengah blog. macam-macam hal sampai tak terkejor nak update blog. antara sebab tak terkejor ialah anak bongsu tu tak sihat...hampir nak diwadkan. tapi alhamdulillah..Allah dah kembalikan kesihatannya. emak dia yg tak berapa sihat tu pun doktor bagi cuti utk jaga dia. bapa dia pun kena cuti jaga dua-dua org tu sekali...dan sekarang bapa plak cam tak sihat. batuk-batuk kecil pun dah ada terdengar tapi insyaAllah masih boleh ditangani. "Dan apabila aku sakit Allah-lah yg menyembuhkan"...rasanya semua tahu ayat tu...

antara assebab batuk kecil tu hampir nak hilang...bukan sebab makan ubat tapi bila tertengok gambor menarik ni. setelah lebih 50 tahun negara kita merdeka akhirnya berjaya juga kita mendidik binatang ternakan kita. sekarang 'depa' pun bila seberang jalan dah naik jejantas pejalan kaki. yg sedih kita yg manusia ni plak sibuk bila seberang jalan dok terhegeh-hegeh mengelak kereta, lompat atas pembahagi jalan dan sebagainya. malu le sikit dgn kambing-kambing tu...













namun dalam gambar tu ada benda yg dimusykilkan...mana si gembalanya? entah-entah kambing guna jejantas tapi tuan punya kambing masih dok seberang jalan ikut stail lama...terhegeh-hegeh! apapun tahniah kpd kambing-kambing tu...sebab satu dpt selamatkan nyawa sendiri dan satu sebab memang sah polis takkan saman! cuma bila 'depa' pakai jejantas tu jangan 'depa' 'termelepas' dah la...tapi kalau nak jadi gak...apa boleh buat tahi kambing bulat-bulat...kan? wallahualam.

10 comments:

Afida Anuar said...

kambing lebih educated dari manusia? keh keh keh

Anonymous said...

Huwaaaa.........

Gambar tu dari mana ? First time tengok kambings naik jejatas!!

zue said...

ya lah kat mana tu..mmg sungguh bradab kambing tu..ni buat lamb chop sedap gak..

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Well trainednya kambing...:):)

Iliana said...

Dropping by..Heeee..lama dah tak berjalan-jalan ke blog org =p

Blog sy dah bertukar ID~

apiz.kamarudin said...

kambing dah paham apa & guna jejantas tu :)

DrSam said...

jika foto tersebut di ambil di Tanah air tercinta, ada kemungkinan Tanah air tercinta kita ni sekarang penuh dihuni oleh kambing-kambing sahaja...bekkkkk...bekkk....

MaizaC'Joe said...

kambing pun tau pasal undang2 gak hehe

abah aman said...

salam nahmi,
semoga menjadi teladan dan ikutan kepada binatang-binatang yang lain!

nahmy said...

afida..
klu kambing tu pi 'u'..camnalah agaknye kan?

kayteeze..
nanti saya cuba cari foto kambing naik motor plak...

zue..
hah? lamb chop...adess sedanyee!

abd razak..
w'salam...gitule..sapa yg trained tu agaknya??

iliana..
just drop-by whenever u feels like it

atc..
kambing faham...tp manusia yg selalu tak paham2

drsam...
ye tu...dipenuhi dgn kambing2 yg tinggi tamadunnya...heh..heh

maiza..
yg tak tahu selalunya manusia je kot...heh..heh..heh

abah...
mmg binatang lain perlu jdkan kambing ni sbg idola mereka...habih camno dgn manusia??