assalamualaikum...
di katakan sayugianya di negara sebelah anta berantah, spesis ayam-ayam jantan yg sihat dan kacak sudah semakin pupus. malapetaka yg menjadikan spesis ayam ini pupus adalah di katakan disebabkan oleh terdapatnya sekumpulan gangster yg disamping suka 'berdrift' juga suka akan mereka memakan spesis ayam tadi.
dinyatakan akan gangster ini suka memasak spesis ayam tadi dengan menggorengnya seperti KFC. mereka menggemari akan halnya dgn spesis ayam ini kerana ada diperturunkan ilmu dari nenek-moyang mereka bahawasanya jika selalu memakan spesis ayam jantan sihat dan kacak ini mereka akan halnya juga akan kelihatan sihat dan kacak walau tidak dipastikan samada dikaki mereka akan tertumbuh 'taji' spt ayam tadi.
arakian pula akan halnya dgn spesis ayam tadi terdptlah seekor darinya telah berjaya melarikan diri. amatlah bersusah payah dia melakukan perancangan yg amat teliti lagi padu utk dia melarikan diri. pernah dia semasa melakukan perancangan tersebut cuba utk terbang spt burung tetapi dia masih tak berupaya utk tebang malahan di ketawakan dgn padunya oleh burung-burung lain. ttp setelah melakukan ubahsuai kpd perancangannya itu akhirnya berjaya juga akan halnya dia melarikan diri dari diserbu-serang oleh kumpulan gangster tadi. inilah perancangannya....
--
--
--
--
--
--
--
--
--
dia telah berjaya melakukan 'penyamaran' yg amat baik sekali...lihatkan penyamarannya, saling tak tumpah dia kelihatan seperti burung 'flamingo' tuu..
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago