wahai sang hati,
ingin aku bertanyamu. kenapa kau dicipta? sebagai pelengkap insan atau sebagai ‘penguji‘ kepada mereka. dimana berjayakah mereka menongkah arus kehendakmu atau mereka terus melunaskannya.
wahai sang hati,
ingin aku bertanya padamu. kenapakah kau sering resah. adakah kerana memang sebegitu penciptaanmu. lemah dan mudah terusik? atau adakah dulu kau gagah, kau tegas dan mantap tetapi setelah sekian waktu berlalu kau menjadi hilang mayamu. tiada daya dan rapuh.
wahai sang hati,
ingin aku bertanyamu. dimanakah kedudukkanmu? dibawah akal? atau di atas akal? jika dirimu diatas akal adakah kau sudah berasa puas dengan kedudukkanmu itu? mengatasi segalanya? jika kedudukanmu di bawah akal, adakah akal akan menjadi seteru utamamu? dimana kau rasa kedudukan tertinggi akal tu patutnya menjadi tempat bersemayammu?
wahai sang hati,
mungkin jawapan tiada pada kau, itu tidak mengapa...kerana aku sekadar bertanya
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
7 comments:
Wahai sang hati...
Cukupkah apa yang ku berikan kepadamu selama ini..dari segi penjagaan dan kasihsayang...?
sekadar bertanya pada hati sendiri..
mungkin sang hati selalu resah-gelisah..sedih duka dan berkelana seorang diri..sedangkan kau tidak peduli.
Assalamualaikum..
Jagalah sang hati itu dengan zikrullah kerana tanpanya ruang kosong itu mudah dimasuki musuh nyata kita iaitu syaitan...
Semoga hati tidak bisu, lalu tidak mampu memberi jawapan
Wahai sang hati, apa khbar kamu hari ni? sihat2 aje kah? atau sakit kah?;)
tirana..
semoga hati berkata,"cukuuuppp..."
zue...
tidak aku tinggalkan sekali-kali hati itu berkelana berseorangan...
abd razak...
alhamdulillah...mmg itulah yg sedang diusahakan..
r.o.l..
tp kekdg ia ttp bisu...sedang merawat bisul agaknya!
afida...
hati sentiasa sihat wlu ia dlm keadaan sakit..
hati ini tenanglah...
berhati-hati di jalan raya :)
Post a Comment