assalamualaikum...
syukur ke hadrat Allah, salam dan selawat ke atas junjungan Rasullullah s.a.w. dua minggu lepas saya bersama rakan-rakan diberikan kesempatan mengendalikan Kursus Bina Insan untuk golongan penerima zakat (asnaf). bertempat di jeram, kuala selangor kami pun ke sana. 44 orang peserta dan rata-rata mereka adalah terdiri dari golongan yang miskin harta. cuma dah beberapa kali mengendalikan kursus yang sama saya belum lagi terserempak dengan asnaf yang cacat. kebanyakkannnya adalah mereka yang dah berusia, yang ramai anak, ibu tunggal dan yang dah tak berdaya dari segi kederat. tapi mereka memang tak ada yang cacat atau mungkin saya belum bertemu lagi dengan golongan miskin dan cacat ini.
itulah yang sedikit sebanyak menjadikan saya kehairanan. mereka masih berkederat, tidak cacat, masih tidak terlalu berusia tapi mereka tergolong dalam golong penerima zakat... sebenarnya dari analisis saya yang menjadikan mereka ni tergolong dalam asnaf ini adalah kerana mereka 'miskin ilmu'. hampir sepertiga tak tahu membaca, tak bersekolah, tak habis sekolah dan ada yang tak mampu untuk bersekolah. cuba saudara bayangkanlah sejenak jika setiap mereka ni di beri 20 ribu seorang dengan keadaan miskin ilmu agak-agak berapa lama duit tu boleh bertahan. bukan nak memperkecilkan sesiapa tetapi rasa-rasa tak tahan lama duit tu kan? namun mungkin ada yang boleh simpan lama duit tu...cuma bilangan mereka yang boleh simpan lama mungkin sangat kecil bilangannya.
jadi antara miskin harta dan miskin ilmu yang mana satu lebih teruk? dalam zaman dimana seeing is believing yang mana rata-rata manusia melakukan penilaian menggunakan 'apa yang di lihat' maka pasti akan ada yang kata miskin harta lebih teruk tetapi jika kita 'nampak' apa yang kita lihat tu....maka kita secara 'hakikatnya' akan kata miskin ilmu sebenarnya lebih teruk dari miskin ilmu.
"Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah (Qur'an), mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya dengan bersembunyi atau berterang-terangan, adalah mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tak akan rugi", Al-Faathir :29.
jadi macamana nak membaca kitab Allah tu kalau tidak dengan 'ilmu' membaca....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment