Friday, December 26, 2008

1430, 2009 : the good numbers are coming

assalamualaikum…

another year goes by. another year coming in. another year will be added up to our age. will the new one gonna be the better ones? hard to say...hard even to make an assumption isn’t? but the hopes were definitely be there. there’s nothing wrong with giving hope, but assuring to attach it with effort would make it more luscious.

was the last one is the not-so-fruitful ones? that’s actually depending to the eyes of the beholder. it varies from one person to another. for me, I can’t say much...whatever happen – happens. it’s not ‘the year’ to be blame and it’s not ‘the year’ which getting the credit. as I’ve said in my last posting...a year is merely just ‘a year’. it’s just a period of time which we logged ourselves into it.

bad or good things happen were apparently resulted from ‘Qada & Qadar’. as Muslim were strongly without-any- single doubt belief in this. it’s in our belief system. Qada & Qadar are things that being set by Allah. we need somehow to make ourselves get-use with the result – either it sweet or sour. it’s not an easy task but we need to.

we don’t question the past. past is past, we can’t alter the past. we can however probably deal with it. there’s nothing we do able to change it. we might able to play small part during the ‘pre’....like exercising DUIT (doa, usaha, ikhtiar, tawakkal), make plans or whatever but we definitely couldn’t do even a small-tiny things for the ‘post’. it’s all up to Allah. if it was done in such a way then the results (with Allah’s willing) may emerge to be in such a way.

by not discarding the present time, we should also give focus to the future. be brave and positive and let the fear-to-uncertainty being tied-up at bay. there’s a lot to do for the future...wallahualam. Salam Maal Hijriah 1430 and Happy New Year 2009!

Saturday, December 20, 2008

tahniah le....Mawi & Ekin

assalamualaikum...

terpeleot sekejap seminggu dua nih....3 hari di LHDN, Melaka...2 hari team building di Gombak bersama Antah dan pastu hampir tiap-tiap hari dgn 'fertigasi', isteri & anak-anak. baru la ni dpt jenguk jap ke blog.

dlm pada dok cari-cari masa utk meredakan 'terpeleot' tu dpt gak saya tinjau-tinjau channel 106 Astro, menonton jejaka hebat si Mawi mengangkat akad, menikahi Ekin. memang nampak 'coool' le juga si Mawi...tak macam saya dulu-dulu, berpeluh hampir di segenap ruang badan. tahniah le Mawi...dan selamat le melayari bahtera perkahwinan tu. moga-moga kekal ke anak cucu.

kisah beliau dgn Ina (kalau tak silap!) dah tinggal sejarah. masing-masing dah dgn kehidupan masing-masing...baguihh le gitu. fokus le pada masa depan, nak jenguk ke belakang ...bolehh..tapi sekadar utk nak cari sedikit-sebanyak panduan, utk memudahkan perjalanan ke masa depan. bagi saya, cuma ternganga mulut je bila nengok 'perkahwinan' orang-orang glamour & hebat cam diaorng tu. dulu ternganga menengok si Erra dgn Yusri, pastu Dato Siti dgn Dato K & sekarang si Mawi dgn Ekin plak.

gegak gempita majlis-majlis diaorang tu semua. mahal, cun dan 'terkini'. terasa yg majlis saya dulu...kecil le sangat...tapi tetap alhamdulillah. sbb ada orng majlis perkahwinan tu pun takde!!?. takde sapa pun yg sponsor melainkan diri sendiri belaka & sedikit sebanyak pertolongan orang tua..hehh!. apapun, saya percaya yg kita semua dah ditentukan akan 'bahagian' kita masing-masing...dan kena sentiasa kita bersyukur dgn bahagian kita tu..kerana mungkin bahagian kita tu tanpa kita sedari lebih baik dari bahagian orang lain...wallahualam.

Wednesday, December 10, 2008

kerana alam mencari keseimbangan atau....

assalamualaikum…

baru je check-in di MITC Hotel, Melaka....sunyi je. mungkin sebab cuti sekolah kot. teringat akan kata-kata seorang sahabat ,"alam akan sentiasa mencari keseimbangan"....lebih kurang juga sama dgn dialog dlm Jurassic Park 1"life will find a way". kata-kata sahabat tadi acapkali disebut bila terdengar sahaja akan dia sesuatu perkara yg tak terduga. diucapkan dgn bersahaja dan kadangkala berbau sindiran. manakala "life will find a way" hanya sekali diucapkan oleh salah-satu karektor dlm filem tersebut utk menggambarkan yg walaupun hanya dinasour betina sahaja yg dihidup & dikumpulkan namun akan berlaku juga kes "bunting-bertelur-membiak" dgn tanpa disedari.

jadi adakah kes-kes tanah runtuh yg heboh sekarang ni adalah akibat alam yg mencari keseimbangan? mungkin! apabila aliran air diubah, pokok-pokok ditarah dan batu-batu besar dipecahkan maka berlakulah ketidakseimbangan. aliran air yg diubah mencari aliran asalnya...mencari keseimbangan. alam kembali seimbang namun alam yg seimbang mungkin tidak serasi utk manusia. maka jadilah manusia mangsa kepada keadaan. ye ke? adakah kerana 'alam' maka manusia menjadi mangsa atau sebab angkara tindakan 'tangan-tangan' manusia sendiri (in the first place!) yg akibatnya kemudian, manusia lain pula yg merasakan kesengsaraannya. jadi yg mana satu?

tiada niat tertentu bila saya mengenengah isu ini. bukan juga cuba utk mencari pengaruh utk sama-sama menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. tidak sama sekali. tidak juga utk menempeleng sesapa jua pun, sebab? satu – saya tak ada autoriti, dua – sebab kalau tempeleng pun...hari ni dia sedarlah...esok,lusa? wal hasil jadi asal...kembali jadi 'tak reti bahasa', tiga - kalau dia tempeleng saya balik camna?? dan empat - sebab saya tak nak tangan kecil yang halus mulus ni 'tercedera'.

cuma yg saya sentuh sikit bab ni adalah utk kita sama-sama fikir sebelum membuat apa-apapun 'tindakan'. fikirlah kesannya dimasa-masa akan datang akibat dari tindakan yg akan kita buat 'sekarang'. bukankah berfikir walaupun sejenak adalah mudah dari menangis kesal yg mungkin berpanjangan...wallahualam.

Thursday, December 04, 2008

mencari nilai pengorbanan....

assalamualaikum...

10 zulhijjah 1428 bersamaan 8 Disember 2008 kita (yg beragama Islam) akan menyambut kedatangan Aidil Adha atau Hari Raya Korban. takde fesyen atau konsep lain yg lebih afdhal utk menyambutnya selain drpd mendirikan solat sunat, kemudian melakukan ibadah korban dan kemudiannya menyedekahkan daging-daging tu kepada fakir miskin. kalau nak minta maaf pun sebenarnya elok juga cuma jgnlah pi mintak maaf dari lembu, kerbau atau seladang yg dah nak disembelih tu...

lembu, kambing, unta dan yg seumpamanya tentu sedikit gusar & gentar bila tiba hari ni. tp itu pun sebenarnya hanyalah pada pandangan kita yg sering menggunakan 'mata' dan sering melihat tapi tak nampak. ntah-ntah lembu, kambing, unta dan seumpamanya itu memang menunggu saat ini. yeela...'berkorban' hanya kerana Allah. dah tentulah besar dan tinggi anugerah balasan yg akan diberikan Allah kelak.

bagi kita (lebih-lebih lagi sayalah!), apa pula pengorbanan yg telah kita lakukan hanya keranaNya? jgn dikira akan lembu, kerbau @ kambing yg tumbang...tetapi pergorbanan lain. sering kita berdoa, memohon hajat dan sebagainya bahkan solat itu pun adalah himpunan doa-doa dari kita kepada Allah (maknanya kalau kita tak solat maka Allah tak rugi sikit pun sebaliknya kitalah yg teramat rugi). jadi dimana pergorbanan kita kpd Allah??

kita sering berdoa dan hampir kesemua doa-doa tu berkisar disekitar apa yg kita mahu dari Allah, tapi pernahke kita terfikir apa yg Allah mahu dari kita, apa yg Allah mahu kita buat kerana-Nya. kita mungkin tak dpt menandingi pergorbanan nabi Allah Ibrahim dan nabi Allah Ismail tapi takde ke dlm benak hati kecil kita cita-cita utk 'meniru' pengorbanan kedua orang nabi tu? bukan perlakuan cara nabi Ismail yg hendak disembelih oleh bapanya nabi Ibrahim yg nak ditiru. tetapi maksud yg tersurat disebalik yg tersirat itulah yg perlu kita tiru & ikuti...walaupun hanya sekelumit? Selamat Hari Raya Korban - Aidil Adha 1428....wallahualam.

Sunday, November 30, 2008

entering December....

assalamualaikum...

DECEMBER. it’s a happening month. so many things happen in December...don’t you agree? there’s a long school break, wedding normally takes place here, rainy season, for Muslim there’s Aidil Adha, for the Christian there’s always the Christmas, vacations time, job’s appraisal, year-end bonus, so on and so forth. for the company, this is the time to finish-up the budget otherwise they’ll not be having the new and more lucrative ones next year...regardless whatever budget it is. traffic flow were little bit smoother during December or in certain area were so much trouble-free excluding to the area like the northern, southern and the east coast (due to the rainy season).

I guess even the people were a little bit more relax during this month, especially for those who has achieve whatever their job’s target earlier of the year or even for those who has got hold of their own personal resolution.

for the sportsmen and sportswomen, this month they’ll know their true performance – their ranking! how far have they gone, are they still be having the potential to go further or will they still be getting the sponsorship or not. well, this is the month. many sports would be having December as their season finale although not all discipline adapting to this, EPL for example.

most times, it really tickles my brain of why such things happen during December. who has planned it in such a way? who has make it as a traditions for those things should-without-fail be carried-out in December? WHO?

I do understand that certain thing happen is because it relate to certain other things that will naturally happen in December. for instance, the long school breaks and the rainy season. it relate closely to each other. similarly with the traffic flow with the long school breaks or the long school breaks with the family’s vacation…or the sales of rain coat that has sky-rocketed due to the rainy season. this is a classic case. we can’t stop it from happening no matter what we do...well, as we should know by now that when anything happen there’s must be a blessing-in-disguise happen accordingly...wallahualam.


p/s : pardon me for being absent-minded, to Nor Azman Hj Md Yusof - happy birthday to you. its fall on December 7th, isn't?...he,he...hehe!

Thursday, November 27, 2008

susah senang nak jadi tenang

assalamualaikum…

susah nak cakap...bila keadaan akan tenang, bila negara akan tenang, bila rakyat akan tenang dan bila seseorang insan itu akan tenang. adakah bila Obama memerintah maka dunia akan tenang? atau adakah bila Osama Ben Laden dah mati maka dunia akan tenang? adakah bila UMNO dah bersidang Mac tahun depan maka keadaan politik negara akan tenang? adakah bila petrol dah jadi RM1.00 satu liter maka rakyat akan tenang? adakah bila dah tiada langsung pendatang asing tanpa izin maka kita akan tenang dari kadar jenayah yg tinggi? adakah Shah Rukh Khan akan tenang bila beliau dah bergelar Datuk?

bilakah pula kita sendiri akan tenang? adakah bila semua yg dihajati dah dapat, semua yang diingini dah dikecapi dan semua doa yg dipohon dah termakbul maka kita akan tenang? adakah kita perlu bebenda tu semua berlaku barulah kita akan tenang? susah...memang susah nak cakap. semua orang nakkan ketenangan hatta orang terkaya didunia sekalipun. tapi boleh ke dia dapat ketenangan itu?

ada sesetengah orang (terutama yg bergelar muslim) sanggup membayar beberapa ratus hatta beberapa ribu malahan puluhan ribu ringgit hanya utk dapatkan ketenangan tu. bercempera diorang cari diseluruh pelusuk dunia kaedah, metodologi, teknik, program atau ajaran-ajaran yg dapat menjadikan mereka tenang. sanggup brotherrrr...tapi diaorang terlupa atau memang sesaje tak nak tengok atau belek-belek apa yg ada dalam Quran tu? tidakkah Quran tu...is the ultimate guidance for mankind? nothing can outclass it.

بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Ar-Rad:28

“Berzikirlah (mengingati Allah) nescaya hatimu akan tenang”.

jadi , apa yg dinyatakan dalam ayat ini sebenarnya? adakah ianya semata-mata sbg hiasan mata yg membaca atau sbg mempercantikkan mukasurat shj (dari terbiar kosong?)? cuba kita lakukan 3 perkara ini : Percaya, Amal dan Yakin. kita percaya dgn sungguh-sungguh yg dgn berzikir hati akan tenang. kita amalkan pula dgn melakukan ‘perbuatan’ berzikir itu. kemudian kita yakin tanpa berbelah-bagi yg kita akan tenang selepas itu. brotherrr...buat 3 benda ni tak kena bayar satu sen pun!

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي

Al-Fajr : 27-30

“Hai jiwa yg tenang kembalilah kau kepada tuhammu dengan hati yg puas lagi diredhai-Nya dan masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.

apakah pula yg Allah maksudkan dgn ayat ini? “jiwa yg tenang?” kenapalah agaknya Allah kata jiwa kena tenang dulu dan lepas tu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaNya dan syurgaNya...patutnya bila dah masuk syurga barulah tenang...kan? kenapa le agaknya? jawapan tanyale pada yg arif disamping-samping menanya pada diri-sendiri....wallahualam.