assalamualaikum…
baru je check-in di MITC Hotel, Melaka....sunyi je. mungkin sebab cuti sekolah kot. teringat akan kata-kata seorang sahabat ,"alam akan sentiasa mencari keseimbangan"....lebih kurang juga sama dgn dialog dlm Jurassic Park 1 – "life will find a way". kata-kata sahabat tadi acapkali disebut bila terdengar sahaja akan dia sesuatu perkara yg tak terduga. diucapkan dgn bersahaja dan kadangkala berbau sindiran. manakala "life will find a way" hanya sekali diucapkan oleh salah-satu karektor dlm filem tersebut utk menggambarkan yg walaupun hanya dinasour betina sahaja yg dihidup & dikumpulkan namun akan berlaku juga kes "bunting-bertelur-membiak" dgn tanpa disedari.
jadi adakah kes-kes tanah runtuh yg heboh sekarang ni adalah akibat alam yg mencari keseimbangan? mungkin! apabila aliran air diubah, pokok-pokok ditarah dan batu-batu besar dipecahkan maka berlakulah ketidakseimbangan. aliran air yg diubah mencari aliran asalnya...mencari keseimbangan. alam kembali seimbang namun alam yg seimbang mungkin tidak serasi utk manusia. maka jadilah manusia mangsa kepada keadaan. ye ke? adakah kerana 'alam' maka manusia menjadi mangsa atau sebab angkara tindakan 'tangan-tangan' manusia sendiri (in the first place!) yg akibatnya kemudian, manusia lain pula yg merasakan kesengsaraannya. jadi yg mana satu?
tiada niat tertentu bila saya mengenengah isu ini. bukan juga cuba utk mencari pengaruh utk sama-sama menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. tidak sama sekali. tidak juga utk menempeleng sesapa jua pun, sebab? satu – saya tak ada autoriti, dua – sebab kalau tempeleng pun...hari ni dia sedarlah...esok,lusa? wal hasil jadi asal...kembali jadi 'tak reti bahasa', tiga - kalau dia tempeleng saya balik camna?? dan empat - sebab saya tak nak tangan kecil yang halus mulus ni 'tercedera'.
cuma yg saya sentuh sikit bab ni adalah utk kita sama-sama fikir sebelum membuat apa-apapun 'tindakan'. fikirlah kesannya dimasa-masa akan datang akibat dari tindakan yg akan kita buat 'sekarang'. bukankah berfikir walaupun sejenak adalah mudah dari menangis kesal yg mungkin berpanjangan...wallahualam.
6 comments:
salam,
kita bukan tak belajar dari pengalaman,
cuma kita tak ada keinsafan...
Salam Tuan Nahmy...
Ade betul gak kata2 Mazemie Maz tu.. Pengalaman memang dah banyak mengajar begitu dan begini, tapi diriku ini yg. tak nak belajar dari pengalaman!
Insaf datang sekejap jer..., pas tu kesilapan serupa berulang lagi!
Apa pun, tidak2nya kita sedar diri akan kelemahan kita dan masih ada keinginan untuk baiki diri, amin!!!
tp yg pelik, surau di tgh2 gagah berdiri... sedangkan rumah2 disekelilingnya habis ranap, menyembah bumi...
sbnrnya tiada yg pelik... semua adalah kuasa ALlah..
moral of the story : takyah la buat/beli rumah kat atas bukit... bahaya...
salam kembali saudara maz..
"INSAF" - adalah perkataan yg terlalu 'besar' utk sesetengah insan 'kecil'...
salam kembali tuan zul-elle..
ya betul tu, kita selalunya insaf bila tragedi yg menginsafkan itu masih 'panas'...begitulah selalunya..
Cik Ku..
walaupun macamana pelik & hebatnya kejadian yg Allah jadikan di depan mata 'mereka'...masih tidak 'melihat' inikan pula utk insaf & percaya...wallahualam.
kata orang "sejarah sentiasa berulang"
betul.. tapi kita selalu sangat terlupa.. lupa untuk mengambil iktibar...
Cik Conf...
kita terlupa utk ambil iktibar atau kita ambil iktibar dan kemudian lupa...confused gak saya nih
Post a Comment