Thursday, October 30, 2008
sedih di pagi hari...ceria di tengahari
dah susah sangat nak dapat rakan subahat...anak bini pun jadi. gitule...kalau buat bebenda yg amar makruf takpe le jugak...ini mengedar dan menjual ganja. rasanya ramai yg baca metro hari ni....4 beranak di tahan sebab mengedar dan menjual ganja. si bapa dan emak berumur 40an, anak lelaki umur 18 dan anak perempuan umur 14 tahun. complete set le tuh! kalau si bapa memaksa bolehla kita timbangrasa gak tapi camna kalau si emak dan anak-anak remajanya tu memang bersukarelawan ikut 'meniaga' sekali? tak ke haru...
bukanlah saya nak 'being sarcasm', tapi sedihla bila baca citer-citer camni. dahlah sedih bila baca remaja lelaki 15 tahun meninggal sebab di'bunuh' oleh peragut...baca pulak citer pasal 4 beranak ni...jadi dua kali sedih pagi ni. semua kalau kita amati atau renungkan sejenak terjadi disebabkan nakkan 'dunia'. sebab nak duit...nak duit cara cepat, banyak dan haram. nak mewah hidup le katakan! yang 4 beranak sebab nak mewah....yang siperagut pun sebab nak cari duit cara senang...halal-haram tolak tepi brotherrr...
siperagut bermula dengan 'niat kotor' di hati dan kemudian dia jadi 'pembunuh' di akhir cerita. yang 4 beranak...pun bermula dengan niat kotor dan akhirnya jadi 'pembunuh' gak kepada anak bangsa mereka sendiri. jadi...camna tak sedih bro. tapi yeela...sedih-sedih gak cuma tak boleh panjang-panjangkan sangat nanti jadi carried away. bagi kita yang membaca atau yg mendengar citer-citer sebegini maka pastinya ada hikmah kenapa kita 'terpilih' untuk membaca atau mendengarnya. satu - untuk jadi iktibar, satu - untuk kita sedekah fatihah pada remaja 15 tahun yang nak tangkap peragut tu, satu - pastikan kita menjalankan 'amanah' menjaga keluarga kita...dan bermacam-macam hikmah lagi yg pasti ada disebalik peristiwa tu. moh le kita pakat-pakat renungkan bersama....wallahualam.
Thursday, October 23, 2008
mengunjurkan kaki ke Kuantan...
assalamualaikum….
dah 2 hari di Kuantan, dah 2 malam le juga berkem di Grand Continental dan dah 2 sianghari pulak di Kuliyyah Perubatan, UIAM. maka dah 2 hari saya cuba nak cari apa perbezaan besar dan ketara yang berlaku pada Kuantan semenjak kami sekeluarga (abah dan emak) berpindah keluar darinya. rasanya macam takde beza je. mungkin kewujudan Tanjung Lumpur sedikit-sebanyak memperlihatkan ‘perbezaannya’. nak kata dengan takde beza tu maka ianya satu ‘kebaikkan’ rasanya tak mungkin kot. nak kata dengan takde beza tu maka ianya satu ‘keburukkan’ pun tak boleh gak. bandarnya memang berkembang...dengan kewujudan hypermarket seperti Mydin, Kamdar,Carrefour...maka dah tentulah kita boleh kata yang ianya memang berkembang.
struktur bangunan, keadaan jalan, kehidupan malamnya dan perancangan perbandarannya boleh kata takde beza dengan 10 tahun dulu semasa kami tinggal di sini dulu di Medan Tok Sira. cuma cara pemikiran ‘remaja’ atau golongan mudanya mungkin ada berubah dengan mengikut rentak-rentak hidup di bandar-bandar besar lain seperti K.L . semangat merewang cam takde hala, fesyen lusuh yg kadangkala malas kita nak tengok, rempit, gaya percakapan yang hilang tertib memang semuanya jelas kelihatan kat mereka. yg berubah kepada yg hebat takle pulak kelihatan...mungkin sebab kami pun hanya berkesempatan meronda dan melakukan tinjauan hanya di malam hari dan di kala inilah kumpulan remaja yg kurang hebat tu boleh dilihat dan diperhatikan (dan tidak kumpulan remaja yg hebat).
berubah atau tak berubah, semuanya terletak pada garapan fikiran masing-masing atau pada perspektif peribadi. pada saya pun, perubahan ‘fizikal’ bukanlah penting sangat...yang penting perubahan ‘dalaman’. perubahan yang sepatutnya dari biasa kepada baik dan yang baik kepada hebat (berubah dari baik kepada mengarut pun boleh berlaku gak!). perubahan ‘dalaman’ akan mempengaruhi perubahan-perubahan luaran, fizikal pada diri seseorang itu dan pada keadaan sekeliling seseorang itu. nabi pun ada cakap ada seketul daging dalam tubuh seseorang insan yg mana bila ianya baik maka insan itu juga baik...’hati’ lah daging itu dan kan ke hati tu benda yg di dalam. gitule....wallahualam.
Monday, October 20, 2008
perihal rumah terbuka
salam akhir Syawal. dan tak lama lagi Syawal pulak akan tinggalkan kita setelah terlebih dulu Ramadhan melakukan perkara yg sama pada kita. rumah terbuka hampir setiap hujung minggu kita tandangi...ada sampai 7-8 rumah terbuka dalam sehari. sampai menyangkak-nyangkak si perut 'meraung' tapi disebabkan si mulut kata 'sedap' maka aktiviti 'riadah membawa mudarat' tu tetap diteruskan hinggalah ke titisan rumah terbuka yg terakhir (untuk hari tu). saya dan keluarga pun camtu juga...cuma kami kalau sehari takdela pergi sampai 6 biji rumah. cari 2-3 yg dekat-dekat je dahle...yg lain serahkanlah pada orang lain.
entahle...saya kalau pergi ke rumah sedara-sedara lebih gemar tidak di masa diadakan rumah terbuka sebab boleh bersembang, bertanya-khabar lama sikit. yeela...dah lama tak jumpa, ada yg setahun sekali je jumpa. makanan tu...memang kita suka kalau ada, tapi kalau ala-kadar pun dah kira ok. yg pentingnya dapat berukhuwah dan memanjangkan silaturrahim terutama dengan saudara-mara sendiri. kalau masa diadakan rumah terbuka...masanya sangat terhad dan ditambah dengan tuan rumah yg 'kesibukkan' maka tak dapatlah nak berbicara lama.
lainlah halnya dengan member-member yg selalu jumpa...yg ni tentunya mission mengunjungi rumah terbuka yg mereka adakan memang nak merasa juadah. setakat nak bersembang lama tu...dah selalu sangat jadi kali ni kalau jumpa sembang tak payah 'rabung' sangat...yg utamanya makan. lagipun bila rumah terbuka selalunya pun tuan rumah memang nak kita makan banyak-banyak...cepat-cepat...dan kemudian balik cepat-cepat sebab orang lain nak datang dan orang lain tu pun perlukan juga layanan dari tuan rumah. kira ambil shift le. waimanya dari aktiviti rumah terbuka ni...hendaklah kita 'bersederhana', samada kita sebagai penganjur atau kita sebagai tetamu, jadi semuanya insyaAllah berjalan serba cantiikkk...gituu!!
Saturday, October 04, 2008
berhari raya dijalanraya
sudah masuk hari keempat Syawal, ada yg dah mula bekerja dan mereka yg masih bercuti juga akan kembali bekerja bila habis cuti. kotaraya K.L akan kembali sibuk walaupun untuk tahun ni saya dapati semasa 1 Syawal pun dah sedia sibuknya....tak macam yg lepas-lepas kalau 1 Syawal tu kita boleh main bola atas jalanraya. mungkin sebab dah ramai yg 'bermastautin' di kota atau mungkin sebab harga petrol yg tinggi...entahle.
tapi yg sentiasa tak sunyi semasa Hari Raya atau semasa di hari-hari perayaan yg lain ialah kadar kemalangan. bab yg ni memang selalunya 'meriah'. pelik tapi benar. walaupun macam-macam kempen yg keluar tv, radio, suratkhabar, papan iklan dan macam-macam operasi yg kerajaan buat melalui Polis, JPJ, PLUS dan sebagainya namun kadar berlakunya masih tetap tinggi. masih ditahap 'menggusarkan'. malahan semasa di musim-musim perayaan camni...ianya adalah penyebab kematian nombor satu rakyat Malaysia berbanding dengan penyakit jantung, kanser, kencing manis atau penyakit-penyakit yg lain.
bila dibuat kajian pula, penyebab untuk kadar kemalangan jalanraya yg tinggi adalah lebih peratusannya kepada 'kecuaian' manusia bukan kepada disebabkan 'malfunction' kenderaan.
habis camno??. apala yg diburukan sangat bila nak balik kampung tu? tak payahlah nak laju-laju sebab terburu-buru + laju-laju inilah yg menyebabkan ramai yg 'tebujur'. kita bukan di sirkit F1 Sepang yg 'kemenangan' di kira pada siapa yg sampai dulu...maka mereka pun memang semuanya berlaju-laju. tapi kita sekarang di jalanraya yg mana kemenangan dikira pada siapa yg sampai dengan selamat...itu aje. pastikanlah keadaan fizikal badan dan juga kereta dalam keadaan yg terbaik dan bersabar serta berhati-hatilah semasa memandu agar semuanya sampai dalam keadaan selamat dan gembira...wallahualam.