Thursday, October 23, 2008

mengunjurkan kaki ke Kuantan...

assalamualaikum….

dah 2 hari di Kuantan, dah 2 malam le juga berkem di Grand Continental dan dah 2 sianghari pulak di Kuliyyah Perubatan, UIAM. maka dah 2 hari saya cuba nak cari apa perbezaan besar dan ketara yang berlaku pada Kuantan semenjak kami sekeluarga (abah dan emak) berpindah keluar darinya. rasanya macam takde beza je. mungkin kewujudan Tanjung Lumpur sedikit-sebanyak memperlihatkan ‘perbezaannya’. nak kata dengan takde beza tu maka ianya satu ‘kebaikkan’ rasanya tak mungkin kot. nak kata dengan takde beza tu maka ianya satu ‘keburukkan’ pun tak boleh gak. bandarnya memang berkembang...dengan kewujudan hypermarket seperti Mydin, Kamdar,Carrefour...maka dah tentulah kita boleh kata yang ianya memang berkembang.

struktur bangunan, keadaan jalan, kehidupan malamnya dan perancangan perbandarannya boleh kata takde beza dengan 10 tahun dulu semasa kami tinggal di sini dulu di Medan Tok Sira. cuma cara pemikiran ‘remaja’ atau golongan mudanya mungkin ada berubah dengan mengikut rentak-rentak hidup di bandar-bandar besar lain seperti K.L . semangat merewang cam takde hala, fesyen lusuh yg kadangkala malas kita nak tengok, rempit, gaya percakapan yang hilang tertib memang semuanya jelas kelihatan kat mereka. yg berubah kepada yg hebat takle pulak kelihatan...mungkin sebab kami pun hanya berkesempatan meronda dan melakukan tinjauan hanya di malam hari dan di kala inilah kumpulan remaja yg kurang hebat tu boleh dilihat dan diperhatikan (dan tidak kumpulan remaja yg hebat).

berubah atau tak berubah, semuanya terletak pada garapan fikiran masing-masing atau pada perspektif peribadi. pada saya pun, perubahan ‘fizikal’ bukanlah penting sangat...yang penting perubahan ‘dalaman’. perubahan yang sepatutnya dari biasa kepada baik dan yang baik kepada hebat (berubah dari baik kepada mengarut pun boleh berlaku gak!). perubahan ‘dalaman’ akan mempengaruhi perubahan-perubahan luaran, fizikal pada diri seseorang itu dan pada keadaan sekeliling seseorang itu. nabi pun ada cakap ada seketul daging dalam tubuh seseorang insan yg mana bila ianya baik maka insan itu juga baik...’hati’ lah daging itu dan kan ke hati tu benda yg di dalam. gitule....wallahualam.

2 comments:

Zul-Elle said...

ASSALAMUALAIKUM... Salam 'ceria',

pe kabo weh? Rancak bunyi cerita Bandar Kuantan. my hometown le tu, anak peneroka Bkt. Kuantan. Kawan sempat le rasa zaman meriahnya Kompleks Teruntum tu. Tu la satu2 nye kebanggaan org. kuantan dgn. bangunan tingginya, dgn. pelbagai bisnesnye, dgn. mat2 & minah2 lepaknya berkampung... tu dulu.

Sekarang ni... ade mata tengok jer!
Lagi 'hebat' org.2 dan kisah2nye.

nahmy said...

Wa'alaikakumussalam...

gitule dari pengamatan ringkas ana. mungkin tak berapa 'tepat' sbb tak lama stay kat sana tu. apapun...orgnya pasti hebat & ceria cuma mungkin kureng pada bandarnya je..