Monday, October 20, 2008

perihal rumah terbuka

assalamualaikum...

salam akhir Syawal. dan tak lama lagi Syawal pulak akan tinggalkan kita setelah terlebih dulu Ramadhan melakukan perkara yg sama pada kita. rumah terbuka hampir setiap hujung minggu kita tandangi...ada sampai 7-8 rumah terbuka dalam sehari. sampai menyangkak-nyangkak si perut 'meraung' tapi disebabkan si mulut kata 'sedap' maka aktiviti 'riadah membawa mudarat' tu tetap diteruskan hinggalah ke titisan rumah terbuka yg terakhir (untuk hari tu). saya dan keluarga pun camtu juga...cuma kami kalau sehari takdela pergi sampai 6 biji rumah. cari 2-3 yg dekat-dekat je dahle...yg lain serahkanlah pada orang lain.

entahle...saya kalau pergi ke rumah sedara-sedara lebih gemar tidak di masa diadakan rumah terbuka sebab boleh bersembang, bertanya-khabar lama sikit. yeela...dah lama tak jumpa, ada yg setahun sekali je jumpa. makanan tu...memang kita suka kalau ada, tapi kalau ala-kadar pun dah kira ok. yg pentingnya dapat berukhuwah dan memanjangkan silaturrahim terutama dengan saudara-mara sendiri. kalau masa diadakan rumah terbuka...masanya sangat terhad dan ditambah dengan tuan rumah yg 'kesibukkan' maka tak dapatlah nak berbicara lama.

lainlah halnya dengan member-member yg selalu jumpa...yg ni tentunya mission mengunjungi rumah terbuka yg mereka adakan memang nak merasa juadah. setakat nak bersembang lama tu...dah selalu sangat jadi kali ni kalau jumpa sembang tak payah 'rabung' sangat...yg utamanya makan. lagipun bila rumah terbuka selalunya pun tuan rumah memang nak kita makan banyak-banyak...cepat-cepat...dan kemudian balik cepat-cepat sebab orang lain nak datang dan orang lain tu pun perlukan juga layanan dari tuan rumah. kira ambil shift le. waimanya dari aktiviti rumah terbuka ni...hendaklah kita 'bersederhana', samada kita sebagai penganjur atau kita sebagai tetamu, jadi semuanya insyaAllah berjalan serba cantiikkk...gituu!!

0 comments: