Tuesday, February 24, 2009

penambah semangat

assalamualaikum...

menarik memang menarik. dlm kita tercari-cari cara nak memotivasi diri yg paling ringkas dan mudah bahkan yg 'termurah' sekali tiba-tiba ia berlaku dgn sendirinya. atau sebenarnya semua tu Allah dah atuurrr..

saya dlm perjalanan utk berdiskus sedikit dgn rakan ttg berkenaan dgn utk mendptkan projek kontrak latihan yg mungkin akan memakan masa selama setahun. kita berdiskus le sikit-sikit bagaimana nak berdiskus pulak di depan pihak yg nak beri kontrak tu. jadi bila jumpa dptle ceritakan benda-benda manis je...hehhe..he..

dlm perjalanan tu terbayangle perkara-perkara atau soalan berbangkit yg akan mereka tanya. berdebar tu takdela sbb masing-masing dah tua. tapi kita ni kekadang tu perlukan juga 'well-wishes' dari sesapa pun hanya utk menambahkan semangat. tiba-tiba dlm dok driving tu ternampaklah juga akan wishes yg datang dari arah yg tak disangka-sangka. "alhamdulillah, ada juga yg mengucapkannya pada aku ni"...gitule desis di hati..

Photobucket

the rest is history. insyaAllah, ada rezeki ada umur...dapatle kita meng'carried-out' projek tu utk selama setahun. ada le sikit rezeki anak-anak. itule perancangan Allah. kita merancang, Allah juga merancang tapi perancanganNya lah yg paling baik....wallahualam.

Friday, February 20, 2009

bila Jumaat datang lagi

assalamualaikum....

salam hari penuh berakah dan rahmat hari Jumaat. penghulu segala hari. syukur, dari Jumaat yg lepas masih Allah penjangkan umur utk bertemu lagi dgn Jumaat hari ini. Jumaat yg akan datang? moga-moga terus kita dapat menemuinya...insyaAllah.

Rasulullah S.A.W bertanya kpd Jibril a.s:"Apa yg diperuntukkan untuk umatku?" Jibril a.s menjawab :"Hari Jumaat dan syurga dihadiahkan Allah kpd umatmu semata-mata kerana rahmat Allah."

pada suatu hari, bertepatan pada hari Jumaat, ketika Rasulullah S.A.W sedang berkhutbah, tiba-tiba datang Al-Kalabi dari Syam dan dia memukul rebana menandakan kedatangannya untuk memanggil orang-ramai. mendengar rebana itu maka keluarlah semua orang yg berada dalam masjid tadi kecuali dua belas orang yg masih mendengar khutbah Rasulullah S.A.W. Rasulullah yg masih berkhutbah di atas mimbar pun bersabda:"Sekiranya tidak ada dua belas orang ini di dlm masjid, maka sudah pastilah lembah ini dipenuhi api".

Syeikh Al-Qutubul Ghaus Syaidil Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddadi berkata bahawa Allah menjadikan hari Jumaat itu penghulu segala hari dan beberapa kemuliaan yg besar disisi Allah S.W.T. pada hari Jumaat juga Allah menjadikan Adam A.S dan didirikan qiamat serta hari utk ahli-ahli syurga menziarahi Allah S.W.T. hari Jumaat itu disisi malaikat merupakan hari bertambah nikmat dan hari pembukaan rahmat serta hari yg dilimpahkan kpdnya kebaikan. hari Jumaat juga hari yg mustajab utk berdoa.

Satu hadith lagi yg diriwayat Anas. Kata Anas: "Sabda Nabi S.A.W. Pada pada malam yg diperjalankan akan daku maka aku lihat di bawah Arasy ada tujuh puluh bandar yg seperti bandar kamu ini dan didapati pada bandar itu tujuh puluh kali ganda malaikat yg bertasbih akan Allah S.W.T dan tasbih mereka berbunyi,"Wahai Tuhan! Ampunkanlah bagi mereka yg hadir sembahyang Jumaat. Wahai Tuhan! Ampunkanlah bagi mereka yg mandi pada hari Jumaat".

gitule serba-sedikit info ringkas berkenaan hari Jumaat. semoga kita semua dalam keberkatanNya...wallahualam.

Monday, February 16, 2009

adusss...nasib baik jumpa balik!

assalamualaikum...

pheeww...nasib baik jumpa balik. 4-5 hari dok menggeledah rumah mencari 'benda' yg satu nih. nasib baiklah tak sampai ke peringkat mengupah penyiasat persendirian. akhirnya jumpa balik...anak-anak pun turut tolong mencari. isteri? sekali-sekala dia cuma 'mengerling' je le. yeelaa...dia pun dah banyak keje lain!

walaupun 'benda' nih besar, unik dan menggiurkan tapi yg heran tu senang pulak ter'misplaced' dia. kalau keluar rumah tak pekne 'dia' dulu rasa cam ada yg tak kene je. nak di'sangkut' kat leher...takut leher yg sakit! tapi takpele lepas nih dia akan ditambat di tempat-tempat strategik supaya susah dia nak ter'misplaced' lagi.

Photobucket

benda tu bukan remote tu ye...tapi yg kat sebelahnya!

Photobucket

adik pun suka menggunakannya....

benda ni juga yg unik pasal dia ialah ianya 'multi-function'. memanglah dia tak digunakan untuk menggantikan 'dental floss' tapi kekadang bila belakang badan gatal...maka dialah yg jadi tempat mengadu. itu yg sayang sikit kat benda ni. bila anak-anak dah takde pembaris maka dia juga akan datang menyelamatkan diaorang. gitule...semoga 'dia' sentiasa terus memberikan perkhidmatannya yg terbaik....wallahualam.

Wednesday, February 11, 2009

let the greatness be followed...

assalamualaikum…

I don’t know whether this book will be the good reading material for you, but it certainly is for me. it’ll obviously take you for a while to finish it…but I believe it’s worth doing so. Salahudin Al-Alyubbi or as they called him ‘Saladin’ is a great sultan…or maybe the greatest of all times. doesn’t care about gathering wealth or whatsoever, but his empire was so huge. he’ll be in the front of his soldier in any battle. he can be approached easily, he listens to his people…and the best of all - he really care for his people. below is one of the views about this book.

Photobucket

Photobucket

9 of 10 people found the following review helpful:

A Great Biography, March 15, 2007

By

D. A Wend (Buffalo Grove, IL USA)

Stanley Lane-Poole's biography of Saladin was published in 1898 but remains the best source of information about the sultan. The author has done his research consulting Christian and Muslim contemporary sources - some of which he quotes from - and conveys Saladin's life in beautiful prose. An excellent example is the following except concerning Crusader ambassadors given the unique privilege of seeing the Fatimid Caliph of Egypt.

"They were led by mysterious corridors and through guarded doors, where stalwart Sudanis saluted with naked swords. They reached a spacious court, open to the sky, and surrounded by arcades resting on marble pillars; the paneled ceilings were carved and inlaid in gold and colours; the pavement was rich mosaic. The unaccustomed eyes of the rude knights opened wide with wonder at the taste and refinement that met them at every step; - here they saw marble fountains, birds of many notes and wondrous plumage, strangers to the western world..."

Mr. Lane-Poole provides an invaluable look at the world of Saladin giving us the history of the Seljuk Turks and the First Crusade, and the life of Saladin is presented with no information lacking and with a critical eye for his subject. The struggle between Christians and Muslims is well presented and we are given completed accounts of the Third Crusade from both sides. The book is illustrated with many photographs, maps and drawings; it also includes a list of the principle contemporary historians of the period. I wanted to know more about Saladin having seen the film Kingdom of Heaven, and this book was perfect.


happy reading!!...wallahualam.

Friday, February 06, 2009

men'cuti'kan diri di hari cuti

assalamualaikum...

alhamdulillah, setelah melalui seminggu yg penuh tragis, sadis dan sinis akhirnya sampai gak kita ke hujung minggu. bagi negeri tertentu dapat 3 hari cuti lagi. lamalah sikit berehat...lebih-lebih lagi setelah seminggu atau dgn tepat lg setelah 5 hari mengharung ranjau. tak kirala ranjau di ofis, di padang bola, di pasar borong, di bangunan kerajaan negeri, di universiti, di laut, di hutan dan di macam-macam di lagilah!!

bila cuti, maka cutilah kita betul-betul. jangan cuti main-main je...RUGI!. sama juga kalau bekerja tu...maka kerjalah betul-betul...atau yg tgh belajar maka belajarlah betul-betul. kalau kita main-mainkan je cuti tu maka membazirle namanya. bukan senang nak dpt cuti dan utk sesetengah orang nak dpt cuti tu mcm nak pergi berperang...susah brotherrr..

apapun yg kita nak buat kenalah dibuat dgn ingatan kita sedang bercuti. maknanya kalau bercuti tu bukanlah langsung tak boleh buat kerja..tapi buatlah dgn 'mood' bercuti. macamana tuh? sendirile pikir bukan susah sgt pun. kita buat dgn sukarela tanpa ada deadline atau pemantauan dari bos...jadi pandai-pandailah... tapi bila dah masuk balik kerja jangan plak buat kerja dgn 'mood' bercuti - santai habis! kena bantai nanti!!

cuti juga bermakna kita nak activate masa kualiti kita bersama dgn keluarga (bagi yg dah ada keluarga sendiri) atau dgn ibubapa kita atau dgn sedara-mara kita atau dgn rakan-rakan kita atau utk sesapa yg takde sesapa didunia ni maka dgn dirinya sendirilah. bila lagi kita nak ada 'quality time' ni kan? bagi saya...dpt menelaah setiap ruang paper Star tu dgn secangkir teh tarik di pagi hari cuti tanpa 'gangguan' sudah memadai sbg 'masa berkualiti' utk diri sendiri...yg lainnya kita layanle pula orang-orang lain disekeliling kita...wallahualam.

Tuesday, February 03, 2009

antara lontong, tosey dan nasi lemak...

assalamualaikum...

yg mana pilihan hati bila tiba tang bab makan pagi? atau yg selalu org dok kata ambik sarapan atau....'having breakfast'?. kalau kita dok hotel, dia punya hidangan utk sarapan ni...perrgh!! memang mengancam. kalau 4km panjang meja maka camtulah panjang hidangannya. yg diet pun boleh berhenti diet sekejap. dah habis pekne apa yg patut barula dia sambung diet balik...hehh!.

kalau yg biasa-biasa kat kedai mamak pastinya segala macam jenis roti yg boleh dijadikan pilihan. roti canai, purri, tosey..dan..dan macam-macam roti lagilah. kalau kat kedai bukan mamak, pilihan tu mungkin banyak sikit. dari nasi lemak, nasi dagang, nasi berlauk, mee goreng, kuew teow...hinggalah ke lontong. kalau jenis kuih pulak...tak payahle citer.

kekadang tu rasa teruja gak...bile pagi-pagi lagi kita dah kena praktikkan 'kuasa pilihan' kita kan?? tapi dalam dok nak praktikkan tu...ada tak kalanya kita tak berupaya nak melaksanakannya? mungkin bagi setengah orang memang takde masalah tapi bagi setengah orang yg ada masalah terutama masalah kesihatan dan duit maka kuasa pilhan ni tak dapatlah nak dipraktikkan. maka yg boleh tu bersyukurle banyak-banyak sebab alhamdulillah...kita berupaya di pagi-pagi hari camni memilih samada nak makan lontong, roti telur mahupun nasi lemak dan mee goreng dan...dan..dan.....wallahualam

Sunday, February 01, 2009

yg sudah tu sudahlah!

assalamualaikum...

ni apa le citer ni... rasanya dah lama gak isu ni dok orang perkatakan dan akhbar pulak dok mensensasikannya. yg sudah tu sudah le. mungkin benar diaorng ada buat sikit 'mistake' dgn tak 'inform' sesapa tentang perkahwinan mereka tu, mungkin benar diaorng dah mintak maaf pada mereka yg sepatutnya, mungkin benar mereka memang benar-benar cinta-mencintai, mungkin benar apa yg diceritakan diakhbar-dulunya...soo what??!

Photobucket

lagi sekali...yg sudah tu sudahle. biorkan je le diorng tuh. samada menjarak beza umur, samada menjarak beza personaliti...itu bukan kerja kita nak menilai. asal diorng ikut hukum, tahu halal-haram, masing-masing tahu tanggungjawab maka dahle. kita tak payah le nak menggembar-gemburkan citer pasal tu lagi. banyak lagi citer yg lebih menagih keutamaan dari kita spt kemungkinan berlaku pertukaran 'kuasa' di negeri Perak, spt apa yg dunia Islam perlu lakukan utk membantu rakyat Palestine di Gaza, spt apa program yg kerajaan nak ujudkan utk mereka yg dibuang kerja....dan banyak lagi.

kalau dok citer pasal diaorng pun, kita tak untung diorng pun tak rugi...dan begitu gak sebaliknya. malahan diorng mungkin rimas tapi popular tapi kita yg tak rimas tapi dah lah tak popular malahan tak 'move-on'. tak bergerak ke depan, tak dpt pembangunan minda!!. biorle psl 'paper' yg nak melaporkannya. diorng hanya nak lariskan jualan je. wartawan yg tulis psl diorng pun tak 'move-on' gak tu. dah lama benar minda kita terbelenggu dgn citer-citer camni...rasanya yg sudah tu sudahlah...wallahualam.