Friday, February 20, 2009

bila Jumaat datang lagi

assalamualaikum....

salam hari penuh berakah dan rahmat hari Jumaat. penghulu segala hari. syukur, dari Jumaat yg lepas masih Allah penjangkan umur utk bertemu lagi dgn Jumaat hari ini. Jumaat yg akan datang? moga-moga terus kita dapat menemuinya...insyaAllah.

Rasulullah S.A.W bertanya kpd Jibril a.s:"Apa yg diperuntukkan untuk umatku?" Jibril a.s menjawab :"Hari Jumaat dan syurga dihadiahkan Allah kpd umatmu semata-mata kerana rahmat Allah."

pada suatu hari, bertepatan pada hari Jumaat, ketika Rasulullah S.A.W sedang berkhutbah, tiba-tiba datang Al-Kalabi dari Syam dan dia memukul rebana menandakan kedatangannya untuk memanggil orang-ramai. mendengar rebana itu maka keluarlah semua orang yg berada dalam masjid tadi kecuali dua belas orang yg masih mendengar khutbah Rasulullah S.A.W. Rasulullah yg masih berkhutbah di atas mimbar pun bersabda:"Sekiranya tidak ada dua belas orang ini di dlm masjid, maka sudah pastilah lembah ini dipenuhi api".

Syeikh Al-Qutubul Ghaus Syaidil Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddadi berkata bahawa Allah menjadikan hari Jumaat itu penghulu segala hari dan beberapa kemuliaan yg besar disisi Allah S.W.T. pada hari Jumaat juga Allah menjadikan Adam A.S dan didirikan qiamat serta hari utk ahli-ahli syurga menziarahi Allah S.W.T. hari Jumaat itu disisi malaikat merupakan hari bertambah nikmat dan hari pembukaan rahmat serta hari yg dilimpahkan kpdnya kebaikan. hari Jumaat juga hari yg mustajab utk berdoa.

Satu hadith lagi yg diriwayat Anas. Kata Anas: "Sabda Nabi S.A.W. Pada pada malam yg diperjalankan akan daku maka aku lihat di bawah Arasy ada tujuh puluh bandar yg seperti bandar kamu ini dan didapati pada bandar itu tujuh puluh kali ganda malaikat yg bertasbih akan Allah S.W.T dan tasbih mereka berbunyi,"Wahai Tuhan! Ampunkanlah bagi mereka yg hadir sembahyang Jumaat. Wahai Tuhan! Ampunkanlah bagi mereka yg mandi pada hari Jumaat".

gitule serba-sedikit info ringkas berkenaan hari Jumaat. semoga kita semua dalam keberkatanNya...wallahualam.

6 comments:

Zul-Elle said...

Salam ceria di hari Jumaat nan mulia.

ku tak sempurna said...

sah hari jumaat penghulu segala hari...

hari ni mmg hari jumaat :D

izzah said...

salam hari jumaat..hari penuh barakah..
sudi2 lah datang ke blong saya ada 'ole-ole':)

Ibnurashidi said...

Salam ziarah dari kejauhan...teruskan menulis ya Tuan!

Nasihat yang berguna buat semua.

Mahu exchange link atau follower?silakan..amatlah saya hargai dan mengalukannya. Jemput ke blog ya:)

Yunus Badawi said...

terima kasih berkongsi kelebihan hari Jumaat. Bagi org kita yg dah berkahwin ada lagi satu kelebihan pada malam Jumaat. Ustaz yg mengajar di surau saya kata takde hadis tentang tu tapi mungkin disandarkan kpd hadis kelebihan mandi di hari Jumaat. wallahualam.

nahmy said...

tuan zul-elle..
salam ceria kembali kpd tuan..

cik kutaksemp..
mehle kita mengutama 'kepenghuluan' hari Jumaat tu...

cik izzah..
dahpun saya menziarahi...& dah amik pun award tu...syukran.

syeikh ibnurashidi..
saya tgh cuba nak 'link'..tp kena amik waktu sikit kot...maklumlah org dah 'berumur'..

tuan YB..
sama-sama lah kita berkongsi ilmu...insyaAllah..