Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan yg semakin melangkah pergi...

assalamualaikum...

alhamdulillah..ada kesempatan utk mengemaskini blog setelah beberapa lama berasa 'tidak sihat'. sekarang syukur kehadratNya keadaan dah tenang, dah reda sedikit. namun agenda Ramadhan cuba juga utk diteruskan.

dah tinggal beberapa hari lagi utk Ramadhan meninggalkan kita. pastinya kita sayu. kita sedih. kemeriahan beribadat dan meninggikan makam taqwa dalam Ramadhan kita berharap sangat telah kita kecapi. natijahnya atau kesan tarbiyahnya akan kelihatan semasa kita di luar Ramadhan....dan insyaAllah...kita berdoa agar kita sudah benar-benar lulus! kalau tak lulus?? maka perjuangan dan pembelajaran tentu perlu kita teruskan...dan doa untuk berjumpa Ramadhan yg akan datang perlu terus kita panjatkan padaNya.



bagi saya, Ramadhan kali ini benar-benar penuh ujian. ia menguji kesabaran, kecekalan dan tahap 'penyerahan' kepadaNya. saya masih 'belum lulus' hakikatnya...namun usaha akan diteruskan. 'jangan berputus asa pada rahmatNya'...itulah yg saya ulang-ulang mengingatkan diri. raya adalah hari gembira untuk mereka yg berjaya melalui 'peperangan' dlm Ramadhan tetapi ianya bukan kayu pengukur akan kejayaan didikan Ramadhan pada kita. kayu pengukurnya bukan raya tetapi hari-hari lain yg berikutnya....wallahualam.

3 comments:

Unknown said...

aku rasa kayu pengukur adalah ramadhan, kita hanya bertarung dgn diri sendiri.. masih,... akupon merangkak dengan penuh kepayahannnn...

Ya Allah, barakta ramadhanana...

salam eid

nahmy said...

cik conf..
semoga kita semua diberkatiNya dlm apa jua urusan yg dilakukan insyaAllah..

zai said...

Salam Ziarah kembali..

Terima kasih atas kunjungan ke blog zai dan memberi komen..

Semoga ramadhan dan syawal kali ini memberi seribu rahmat dan barkah ke atas semua amal kebajikan yang dilakukan sepanjang ramadhan dan syawal.