assalamualaikum...
aku letih sekarang ni. banyak 'benda' nak kena pikir. banyak 'benda' nak kena buat...yang ongoing yg nak kena pikir dan nak kena buat dah tentulah pasal nafkah hidup. yg bebenda lain...pun kena pikir dan kena buat gak. dan aku cerita pasal urusan 'dunia' bukan pasal urusan 'dunia' yang lepas dunia ni.
entahle...walau cuba untuk tak pikir...kena pikir jugak akhirnya, dan kemudian kena buat jugak bebenda ni. urusan nafkah kehidupan ni...memang tak henti-henti kena pikir...yeela sebelum aku jadi cam hartawan Tuan Syed Bukhari. kalau dah jadi cam dia aku rasa aku mungkin kena pikir benda lain plak kot??
kekadang terberangan gak terjumpa harta karun...bukan nak banyak-banyak pun 12-13 juta jadilah. jadi ringan sikit kepala otak cinonet aku ni dari pikir bebenda pasal nafkah hidup ni. boleh gak aku tulun-tulun orang lain...(insyaAllah). aku legakan dulu bebanan aku, kemudian aku selesakan sikit aku sefamili dan kemudian aku legakan pulak orang-orang yg tak berapa senang yg memerlukan itu. tapi bab jumpa harta karun ni pun risau gak...takut terjumpa 'harta karun' yang bukan-bukan. aku rasa kalau harta karun mcm kat bawah ni hatta manusia yg kadangkala siuman kadangkala tak pun tak mahu terberjumpa dengannya....hehehhe...wallahualam.
MK I-500 pounder (227kg). 'Harta karun' zaman perang dunia ke-2.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago