Saturday, October 24, 2009

harta karun? mencari dan terus mencari...

assalamualaikum...

aku letih sekarang ni. banyak 'benda' nak kena pikir. banyak 'benda' nak kena buat...yang ongoing yg nak kena pikir dan nak kena buat dah tentulah pasal nafkah hidup. yg bebenda lain...pun kena pikir dan kena buat gak. dan aku cerita pasal urusan 'dunia' bukan pasal urusan 'dunia' yang lepas dunia ni.

entahle...walau cuba untuk tak pikir...kena pikir jugak akhirnya, dan kemudian kena buat jugak bebenda ni. urusan nafkah kehidupan ni...memang tak henti-henti kena pikir...yeela sebelum aku jadi cam hartawan Tuan Syed Bukhari. kalau dah jadi cam dia aku rasa aku mungkin kena pikir benda lain plak kot??

kekadang terberangan gak terjumpa harta karun...bukan nak banyak-banyak pun 12-13 juta jadilah. jadi ringan sikit kepala otak cinonet aku ni dari pikir bebenda pasal nafkah hidup ni. boleh gak aku tulun-tulun orang lain...(insyaAllah). aku legakan dulu bebanan aku, kemudian aku selesakan sikit aku sefamili dan kemudian aku legakan pulak orang-orang yg tak berapa senang yg memerlukan itu. tapi bab jumpa harta karun ni pun risau gak...takut terjumpa 'harta karun' yang bukan-bukan. aku rasa kalau harta karun mcm kat bawah ni hatta manusia yg kadangkala siuman kadangkala tak pun tak mahu terberjumpa dengannya....hehehhe...wallahualam.




MK I-500 pounder (227kg). 'Harta karun' zaman perang dunia ke-2.

8 comments:

Tirana said...

Nahmy..macam mengeluh aje. Kalau penat, berehatlah..Tidur lebih sikit sebab bila tidur, kita berhenti berfikir..hehehe...

zai said...

Hehehe..kalau jumpa harta karun macam kat gambar tu..mmg boleh bersepai mcm altantuya rasanya..

Hidup ini mmg penuh dengan ujian dan cabaran..ada orang yg diuji dengan kekayaan dan ada orang yg diuji dengan kemiskinan...tapi rata2nya yg kaya ramai yg gagal ujiannya disisi Allah sbb tu tak heranla kebanyakan isi syurga adalah dikalangan orang2 yg miskin kerana bila kita miskin kita selalunya akan lebih bersyukur akan nikmat tuhan tapi apabila kaya kita mudah lupa dan dah tak ingat janji kita pada Allah sebelum kaya dulu utk membuat amal kebajikan..jadi tak heranla kalau tengok dato2 banyak menderma kat artis2 dari membuat derma dan amal jariah kat sekolah agama dan anak2 yatim dan orang miskin..

Bagi zai biarlah hidup sederhana jer mcm sekarang pun dah cukup..ttp rasa sangat bahagia dan bersyukur bukan tak nak kaya takut bila dah kaya gagal pula nak masuk syurga nnti..

Tie said...

Psst !!

Kalau jumpa harta karun tu... 12-13 juta ke... Jangan lupa antor 4-5 juta kat Tie.. sedekah je, ekekeke.... Nanti Tie bagi email, ya...hi hi..

~ Pernah berangan nak jadi puteri raja... waakakakaa....

Yunus Badawi said...

Alang2 mintak nape setakat 12 -13 juta aje? Nanti baru 2-3 tahun dah habis. Mintaklah 200 -300 juta. Makan 7 keturunan tak habis.

oopps jgn lupa tulun aku jugak tau hehehe

abah aman said...

salam nahmy,
Kalau tak jumpa di sini jangan putus asa, mungkin akan terkumpul di sana nanti dengan nilai yanmg tidak terkira banyaknya...

KTS said...

cukup ke 12-13 juta tu??

.
.
.
.


nak pergi cari lampu ajaib jap.. nak gosok2...


"aladin!!! mana lampu aku ko sorok hah??"


hikksss..

uncle gedek said...

Nahmy: Semua benda yg sukses bermula dengan 'berangan' kemudian 'pikir...' Anda tak pelik at all...!

nahmy said...

tirana..
tido mmg hobi feveret tu...tp byk2 pun boleh penat jugak

zai..
benar ti zai..serba sederhana lagi baik...cuma kena selesa sikitle

tie..
setakat 4-5 juta perkara kecik tu

pak YB..
klu 200-300 juta takut lupa diri plak

abah..
alhamdulillah...begitule hendaknya

cik kts..
zaman skrg lampu cam lampu aladin tu org dah tak pakai dah

gedek..
cuma kekadang berangan tu sampai 'carried-away' plak...hehehe