assalamualaikum...
macam-macam berita gempak, cemas, sedih dan menakutkan yg kita baca baru-baru ini. kisah penganggur bunuh 4 org ahli keluarganya, pelancong itali mati di telaga tujuh, Langkawi, pelajar-pelajar yg mati lemas di P.Pinang, mat rempit tergolek mati hampir putus dua badannya, anak kecil yg ditinggal mati jatuh kondo, anak kecil mati dihempap tv besar...dan macam-macam lagi yg kalau nak ditulis kat sini mahunya saya pulak yg jadi 'mandom' sebab sedih dan risau.
ibu mana yg tak sayang anak, walaupun 4 org ahli keluarga sendiri dibunuh anaknya tu.
tapi itu semua memang kerja org suratkhabar...utk citerkan bebenda itu semua. bukan salah diorng. kalau tak 'paper' tak laku plak. tapi sebagaimana saya cakap kat diri dan keluarga sendiri janganlah kita plak yg terikut-ikut sedih, gusar dan jadi tak ceria. samada apapun yg telah, sedang dan akan kita buat 'perkara-perkara' yg tak seronok camtu akan tetap berlaku. cerialah! dan syukurlah sentiasa atas nikmat kehidupan yg Allah berikan ini. hidup adalah satu amanah, kehidupan adalah satu anugerah..kalau kita jalani kehdupan ini dgn murung dan tak ceria kerana 'perkara-perkara' tak syok (spt tadi)yg berlaku dan mengesankan kita...maka sendirilah yg salah. jadi kena ceria beb!!
seperti kata-kata seorang penyair;
Banyak mata terbelalak
sementara yang lainnya terpejam.
Di dunia nyata sesuatu boleh ada, boleh juga tiada
Maka lemparkan sekuat tenaga kesedihan hatimu
sebab kesedihanmu
hanya akan membuatmu menjadi gila.
Sesungguhnya Tuhanmu telah menyiapkan
apa yang kau perlukan esok hari
dan kau akan menjumpai kecukupan itu
ketika kau menjalaninya.
jadi?? apa tunggu lagi....1...2...3...jum CERIA!!...wallahualam
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago