assalamualaikum...
macam-macam berita gempak, cemas, sedih dan menakutkan yg kita baca baru-baru ini. kisah penganggur bunuh 4 org ahli keluarganya, pelancong itali mati di telaga tujuh, Langkawi, pelajar-pelajar yg mati lemas di P.Pinang, mat rempit tergolek mati hampir putus dua badannya, anak kecil yg ditinggal mati jatuh kondo, anak kecil mati dihempap tv besar...dan macam-macam lagi yg kalau nak ditulis kat sini mahunya saya pulak yg jadi 'mandom' sebab sedih dan risau.
ibu mana yg tak sayang anak, walaupun 4 org ahli keluarga sendiri dibunuh anaknya tu.
tapi itu semua memang kerja org suratkhabar...utk citerkan bebenda itu semua. bukan salah diorng. kalau tak 'paper' tak laku plak. tapi sebagaimana saya cakap kat diri dan keluarga sendiri janganlah kita plak yg terikut-ikut sedih, gusar dan jadi tak ceria. samada apapun yg telah, sedang dan akan kita buat 'perkara-perkara' yg tak seronok camtu akan tetap berlaku. cerialah! dan syukurlah sentiasa atas nikmat kehidupan yg Allah berikan ini. hidup adalah satu amanah, kehidupan adalah satu anugerah..kalau kita jalani kehdupan ini dgn murung dan tak ceria kerana 'perkara-perkara' tak syok (spt tadi)yg berlaku dan mengesankan kita...maka sendirilah yg salah. jadi kena ceria beb!!
seperti kata-kata seorang penyair;
Banyak mata terbelalak
sementara yang lainnya terpejam.
Di dunia nyata sesuatu boleh ada, boleh juga tiada
Maka lemparkan sekuat tenaga kesedihan hatimu
sebab kesedihanmu
hanya akan membuatmu menjadi gila.
Sesungguhnya Tuhanmu telah menyiapkan
apa yang kau perlukan esok hari
dan kau akan menjumpai kecukupan itu
ketika kau menjalaninya.
jadi?? apa tunggu lagi....1...2...3...jum CERIA!!...wallahualam
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
9 comments:
"Bersinarlah dikau laksana gemerlapnya bintang, janganlah dikau khuatirkan kesedihan serta kegelapan yang datang"...
Mana entah sy rembat kata-kata ni... Semoga nahmy ceria-ceria selalu di samping keluarga tercinta;)
salam,
agaknya semua tu berlaku di luar sedar. belajar ilmu salah atau salah bawaan... masya-Allah....
Kadang2 susah jugak nak sentiasa ceria kalau masalah banyak sangat. Nasib baik setakat ini saya lebih ceria dari tak ceria.
Kalau nak ceria makanlah kuih keria hehehe
Err... tak berapa nak ceria la sekarang ni...
Duit elaun dapur tak cukup ! hu hu...
Pernah sekali di USA, tabloid yang betemakan 'all good News' tak sampai berapa bulan gulung tikar...
i feel good...... ;D
afida..
rembat pun rembatla..janji dpt menceriakan diri kan? tima kasih..saya mmg cuba sedaya-upaya sentiasa menceriakan diri
maze..
boleh jadi jugakla tu...
YB...
kuih keria?? kena cuba formula tu..
tie..
mcmana nak cukup...borang permohonan kenaikkan tak hantar lagi
drsam..
laarr...good news put boleh gone awry!
cik KTS..
i too feel good...heh..heh...heh
kita manusia biasa, punyai perasaan. kalau kata nak ceria aje 24 jam..nnti org kata hipokrit ler pulak
rozita...
klu kita 'ceria' 24jam bukan org kata kita hipokrit tp takut org kata kita giler plak...cerialah berpada-pada pd tempat, masa & keadaan...klu nak lebih 'had'kan pd diri sendiri je yg tahu tak payah tunjuk sgt pd orng lain...wallahualam
Post a Comment