Monday, May 24, 2010

fesyen terpeleot

assalamualaikum...

alaahaaaiii....inile generasiku. terpeleot kejap bila saya menengok gambor gadis berfesyen 'terpeleot' ni. dah tak keruan dia punya fesyen. entahle...kekadang tu sedih pun ada, kekadang marah pun ada. dan dah tak tau nak cakap apa dah..



punya banyak fesyen-fesyen lain yg ada, fesyen lagu ni yg dia pilih. tak ke mengundang kontroversi gitu. tapi itula lumrah hidup di akhir zaman...manusia sibuk sgt dgn bebenda berfesyen contohnya camni sampai hilang 'identiti'...dan lama-lama esok hilang harga diri dan akhirnya hilanglah agama dari diri.

cuba-cubala sebelum nak pakai mini skirt tu...bawak-bawak bertenang, istighfar dulu...cari idea yg baik-baik, tentu dpt dielak dari mengenakan fesyen terpeleot camni. atau memang saja nak mengenakan fesyen lagu ni kot?? kalau dah lagu tu...maka sendiri je la tanggung. kita yg melihat...ambillah iktibar, fesyen camna canggih pun itu semua utk kehidupan yg sebentar je. kehidupan satu lagi yang kekal abadi tu yg perlu kita utamakan...pikir-pikirkanle...wallahualam

12 comments:

Yunus Badawi said...

Atas tutup bawah bukak.

Afida Anuar said...

Orang gila je kut yang pakai lagu ni..erkke

Abd Razak said...

Salam...

Barangkali dia bukan orang Islam sebab tu dia tak tahu batas berpakaian...

Tirana said...

Orang jahil atau orang yang degil aje pakai fesyen macam tu.. Yang jahil mungkin tak tau apa erti menutup aurat menurut islam..yang degil tu tahu tapi saja tak mau buat.

izzah said...

org bertudung..dia pun nak try bertudung..tapi dah lari konsep..bertudung untuk menutup aurat..dia bertudung untuk berfesyen..inilah jadinya..

Admin My J SSU said...

salam, sekarang ni bertudung macam dah jadi trend bukannya kesedaran diri yang ikhlas dari keimanan (bukan semua) jadi klu tak pakai tudung rasa janggal dan tak tahu pula tuntutan tudung mengikut syariat.

Iliana said...

erkk...ini punya fesyen ada ke? nauzubillah min zalik..

mungkin dia tidak tahu apakah fungsi tudung yang sebenarnya..

maiyah said...

tak tahu le nk komen lagi, kesilapan demi kesilapan..

PnConfused said...

hehe....




kelu!

abah aman said...

salam nahmy,
Bersangka baik... mungkin dia tak cukup duit untuk membeli pakaian labuh yang harganya lebih mahal!

DrSam said...

terpeleot mata...memang tak patut...atas tutup bawah buka

nahmy said...

YB...
takut lama2...atas bukak bawah pun bukak

afida..
rasanya org giler pun ok lagii

abd razak...
barangkali juga...yela kita husnuzon (bersangka baik) je

tirana..
diorang yg jahil tak tahu dia jahil...itu yg masalah tuu

izzah...
skrg konsep camtu la yg tgh melanda umat (muslimah) skrg ni

admin...
apala yg 'malu' sgt nak mengikut hukum Allah tu...kan 'esok' kita kena gak mengadap Dia?

iliana...
nasib baik fungsi tudung periuk tu dia tahu..

maiyah...
yele tu...kekadang speechless kita jadinya

pn confused...
sabar dan kita 'berpesan-pesan' je la..

abah...
husnuzon kan abah?...herrmmm...

drsam..
dah lama dah terpeleot doc. naik geram plak kekadang tu