Monday, August 30, 2010

tazkirah pendek utk diri

assalamualaikum...

gusar meneleku di sempadan fikiran
memikir Ramadhan yg semakin sayup
aku cuba tapi mungkin cubaku terbatas
aku usaha tapi mungkin usahaku belum memadai
dimana 'beza'nya Ramadhan ku kali ini?
adakah perjuangan ibadah-ku banyak dan ikhlas?
payah...sukar...

gusar semakin berleluasa di sempadan fikiran
bila lelagu raya semakin berkumandang
seperti ia menggugat matlamat rohani
takut iman tipis ku terhala songsang
lari dari landasan sepuluh Ramadhan yang akhir
dan malam Qadar tu menjadi bualan pagi esok
terlepas...sukar...

gusar berkecamuk kencang di sempadan fikiran
bila kesihatanku di uji-Nya
masihkah ada Ramadhan untukku di tahun depan?
sayugia yg sekarang makin terlucut dari genggaman
namun! perjuangan masih belum selesai
aku perlu memukul diri...kuat dan keras
agar kesempatan itu...masih berupaya kukejar

gusarku di sempadan fikiran semakin reda
bila diceritakan akan Bilal bin Rabbah
yg ke syurga atas sentiasa ia dalam berwuduk
mengisyaratkan agar beramallah dengan kemampuan
ikhlas pada-Nya, Dia kelak akan memudahkan
hatta malam Qadar itu untuk kita temuinya
Dia-lah...yang memutuskan...insyaAllah


wallahualam,
sekadar catatan mengingatkan diri.
nahmy 20 Ramadhan 1431

Monday, August 23, 2010

3 fasa makan

assalamualaikum...

kita memang tak boleh makan di siang hari di bulan posa ni...dan semua orang tahu pasal tu. tapi bila malamnya camna plak tabiat makan kita? sedikit kajian yg saya buat terhadap keluarga sendiri..keluarga orang tua saya...dan adik-beradik saya ialah selalunya kitaorang melakukan 3 fasa makan di bulan posa nih. fasa satu, dah tentu semasa berbuka. fasa dua, semasa lepas terawih dan yang fasa tiga, makan sahur.



ya, memang ada yg skip sahur...dan rata-rata yg skip sahur akan jadi kurang bersistem kaedah makannya di malam hari (semasa di bulan posa). sebab diaorang asyik dok makan sejak dari berbuka hinggalah ke waktu nak tidor...mungkin berhenti sat masa buat terawih. khuatir 'bekal' tak cukup utk esok (sbb mereka tak makan sahur). akhirnya, mereka makan lebih banyak semasa dibulan posa berbanding di bulan-bulan lain. cara ni juga tidak di galakkan sbb makanan yang kita makan tu..kita nak bawa tidur. klu berbuka...kita bakar kalori tu semasa berterawih. klu sahur kita jadikan 'bekal' utk esoknya. jadi klu masa nak tidor??

maka lepas terawih tu...kita makanle bebenda yg ringan atau 'snack food' org putih kata. sekadar melapik perut utk sampai ke sahur atau klu tertiba kita terlepas sahur maka bolehle ianya sedikit sebyk dpt dijadikan 'bekal' utk esok bila berposa. dan cubalah sebolehnya kita ikut Rasulullah yang sentiasa bersahur dan melewatkan pula makan sahur tu....wallahualam.

Sunday, August 15, 2010

syukur, dah masuk hari ke-5

assalamualaikum...

sekali lagi membicarakan tentang posa dan alhamdulillah kita dah pun sampai ke hari ke-5. kalau kita pandu keta maknanya kita nak masuk gear 2 dah ni. semakin laju dan semakin 'berisi' hendaknya. masa nak masuk Ramadhan dulu saya adalah 'test' posa-posa sunat sebabnya? khuatir akan 'ragam' perut. bermula hujung tahun lepas saya dah mula kena angin-angin kecil gastrik dan pedih hulu hati (flatulence & heartburn...omputih kata). perut tak boleh biar kosong sebabnya...'Allah tak menzalimi kita bahkan kitalah yg menzalimi diri kita sendiri'. ya...diri sendirilah yg cuba 'skip' atau lambat-lambatkan makan.



kunjungan ke farmasi (cari ubat) juga saya lakukan di samping posa-posa sunat itu (posa sunat tu pertama kerana Allah-lah, yg kedua baru nak jadikan 'test'). bila berjaya di posa sunat tu...barulah boleh tarik nafas lega, walaupun debaran masih ada masa nak masuk awal Ramadhan tu. dan sekarang alhamdulillah dgn izin-Nya, dah masuk hari ke-5 dah. syukur. org kata kalau amalan 'extra' susah nak buat yg compulsory tu jgn kita tinggalkan...dan saya pegang juga pada kata-kata tu.

inilah sedikit kisah marhaen saya dgn harapan kpd sesapa yg baca tu cuba-cubalah elakkan 'menzalimi' diri kita sendiri. kekadang kita melakukannya tanpa kita sendiri sedar. kitakan sebaik dan sesempurna ciptaan Allah. kita jagalah diri..itu juga adalah amanah dari-Nya. supaya mereka yang kita sayangi tak disusahkan utk jaga kita....sayang apanama klu kita susahkan mereka plak. wallahualam.

Monday, August 09, 2010

menanti Ramadhan

assalamualaikum....

حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏خالد بن مخلد وهو القطواني ‏ ‏عن ‏ ‏سليمان بن بلال ‏ ‏حدثني ‏ ‏أبو حازم ‏ ‏عن ‏ ‏سهل بن سعد ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إن في الجنة بابا يقال له الريان يدخل منه الصائمون يوم القيامة لا يدخل معهم أحد غيرهم يقال أين الصائمون فيدخلون منه فإذا دخل آخرهم أغلق فلم يدخل منه أح


Hadis riwayat Sahal bin Saad ra., dia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang bernama Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat. Tidak ada orang selain mereka yang masuk bersama mereka. Ditanyakan: Di mana orang-orang yang puasa? Kemudian mereka masuk melalui pintu tersebut dan ketika orang yang terakhir dari mereka sudah masuk, maka pintu itu ditutup kembali dan tidak ada orang yang akan masuk melalui pintu itu.


Kepada semua muslimin dan muslimat, sahabat & taulan...saya mengucapkan 'SELAMAT BERPUASA'. semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kita yang terpaling baik dari yang sebelumnya...insyaAllah. Salam Ramadhan 1431.