Monday, August 30, 2010

tazkirah pendek utk diri

assalamualaikum...

gusar meneleku di sempadan fikiran
memikir Ramadhan yg semakin sayup
aku cuba tapi mungkin cubaku terbatas
aku usaha tapi mungkin usahaku belum memadai
dimana 'beza'nya Ramadhan ku kali ini?
adakah perjuangan ibadah-ku banyak dan ikhlas?
payah...sukar...

gusar semakin berleluasa di sempadan fikiran
bila lelagu raya semakin berkumandang
seperti ia menggugat matlamat rohani
takut iman tipis ku terhala songsang
lari dari landasan sepuluh Ramadhan yang akhir
dan malam Qadar tu menjadi bualan pagi esok
terlepas...sukar...

gusar berkecamuk kencang di sempadan fikiran
bila kesihatanku di uji-Nya
masihkah ada Ramadhan untukku di tahun depan?
sayugia yg sekarang makin terlucut dari genggaman
namun! perjuangan masih belum selesai
aku perlu memukul diri...kuat dan keras
agar kesempatan itu...masih berupaya kukejar

gusarku di sempadan fikiran semakin reda
bila diceritakan akan Bilal bin Rabbah
yg ke syurga atas sentiasa ia dalam berwuduk
mengisyaratkan agar beramallah dengan kemampuan
ikhlas pada-Nya, Dia kelak akan memudahkan
hatta malam Qadar itu untuk kita temuinya
Dia-lah...yang memutuskan...insyaAllah


wallahualam,
sekadar catatan mengingatkan diri.
nahmy 20 Ramadhan 1431

5 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Saya pun gusar..
Bimbang apa dilakukan tersasar,
Keampunanlah yang diharapkan..

Teruskanlah mencari redha~Nya..

MaizaC'Joe said...

Salam

begitulah juga Maiza..
hati terusik
hiba di saat akhir ini
entah adakah berpeluang ketemu lagi
risau apa yg di lakukan sedikit tersasar..
moga di terima Olehnya
Amen Ya robb

moga kita semua sentiasa berada dlm redha Allah... InsyaAllah

Tie said...

Tie pun gusar juga.. tentang anak-anak tu... dan amalan tak seberapa ni.

Ku Tak Sempurna said...

tazkirah utk sy juga ni

.
.

terima kasih

nahmy said...

abd razak..
ya syeikh...semoga gusar itu bertukar dgn 'kejayaan'...insyaAllah

maiza..
amiinn...ya, semoga kita semua mendapat redha-Nya

tie..
insyaAllah..bila kita gusar maka kita dlm jln-Nya, samalah dgn saya gak

cik KTS..
sama-samalah kita...saling ingat-mengingatkan