Monday, August 23, 2010

3 fasa makan

assalamualaikum...

kita memang tak boleh makan di siang hari di bulan posa ni...dan semua orang tahu pasal tu. tapi bila malamnya camna plak tabiat makan kita? sedikit kajian yg saya buat terhadap keluarga sendiri..keluarga orang tua saya...dan adik-beradik saya ialah selalunya kitaorang melakukan 3 fasa makan di bulan posa nih. fasa satu, dah tentu semasa berbuka. fasa dua, semasa lepas terawih dan yang fasa tiga, makan sahur.



ya, memang ada yg skip sahur...dan rata-rata yg skip sahur akan jadi kurang bersistem kaedah makannya di malam hari (semasa di bulan posa). sebab diaorang asyik dok makan sejak dari berbuka hinggalah ke waktu nak tidor...mungkin berhenti sat masa buat terawih. khuatir 'bekal' tak cukup utk esok (sbb mereka tak makan sahur). akhirnya, mereka makan lebih banyak semasa dibulan posa berbanding di bulan-bulan lain. cara ni juga tidak di galakkan sbb makanan yang kita makan tu..kita nak bawa tidur. klu berbuka...kita bakar kalori tu semasa berterawih. klu sahur kita jadikan 'bekal' utk esoknya. jadi klu masa nak tidor??

maka lepas terawih tu...kita makanle bebenda yg ringan atau 'snack food' org putih kata. sekadar melapik perut utk sampai ke sahur atau klu tertiba kita terlepas sahur maka bolehle ianya sedikit sebyk dpt dijadikan 'bekal' utk esok bila berposa. dan cubalah sebolehnya kita ikut Rasulullah yang sentiasa bersahur dan melewatkan pula makan sahur tu....wallahualam.

12 comments:

Zul-Elle said...

Makan sekadar asbab kesinambungan menerus hidup..., makanlah! sekadar sepadan dengan had muatan yang dibenarkan, hi hi hi...

Afida Anuar said...

Ada terdengar satu tazkirah haritu.. yang membezakan puasa orang islam dengan puasa orang kafir(tak silap orang yahudi kut).. ialah bersahur....

saya punya fasa pun mcm nahmy...berbuka, lepas terawih..dan sahur..alhamdulillah....

Abd Razak said...

Salam...

Sebaiknya makan sekadar untuk memulihkan tenaga semula waktu berbuka agar boleh beribadah sepanjang malam dan sunnah bersahur itu perlu dihidupkan agar siangnya kita mampu bekerja hingga petangnya.

Tirana said...

Kak Tirana dua fasa saja..waktu berbuka dan waktu bersahur. Bulan ramadhan ni memang bulan yang menjimatkan dan bulan untuk kuruskan badan..hehehe..selain dari rahmat2 lain yang begitu banyak untuk kita rebut. So rugi sangat kalau kita tidak menghayati bulan mulia ini.

Unknown said...

xelok tinggalkan sahur...


dr segi kesihatannya, bahkan nabi kata sahur tuhla yg membezakan puasa muslim dan bukan muslim...


wahhh... rasa cam ostazah plak

KTS said...

berat sy bertambah bulan posa ni

.
.


bukan sbb ada 3 fasa makan


tapi 4 fasa makan..


;D

nak kena rescheduled blk ni

Maiyah said...

Alhamdulillah.. puasa dgn tenang

pecinta_Islam said...

mkn berpada-pada bln puasa ni.huhu
:)

Tie said...

Ya, ya.. betul tu.

Silap-silap berat bertambah lak di bulan Ramadhan ni...

Unknown said...

Salam,
Terima kasih atas informasi yang diberikan. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan ?

Maiyah said...

salam.. sudi kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

nahmy said...

zul..
benar tu...klu sluar saiz 44 maka makanlah ikut padan saiz sluar tu...erhhk! gituke??

fida...
ye betultu. sahurlah yg bezakan puasa org islam dgn puasa yahudi

abd razak..
benar sekali tu tuan.

tirana..
klu dah terasa rugi jika terlps 'beramal' tu maka makanan rohani dah hampir 'penuh'lah tu...insyaAllah

ostazah confused..
mmg tak 'mengkonfiuskan' statement mu itu

cik KTS..
reschedule jgn tak reschedule...nanti klu dah naik berat nak turun susah tau

syahbandar..
syukran atas kunjungan ke blog marhaen ini dan betultu...mkn berpada-pada-lah

maiyah..
alhamdulillah...dlm tenang dpt kita berpuasa yek..

tie..
tu la kak..bila dah naik susah plak nak turun..adus!

luahfikiran...
t.kasih kembali. kita berpesan sesama kita lah..dan mkn utk hidup adalah 'zuhud'

maiyah..
camna nak amik pun saya tak tahu..