Sunday, November 21, 2010

hanya satu epilog saraf...

aku hilang dlm lesu fikiran. fasa akhir 2010 sedang dilalui dgn momentum yg amat perlahan sekali. gembira melihat mereka yg mengerjakan haji walau hati berdetik bila pula giliranku? Allah maha mengetahui dan insyaAllah ku mohon agar giliran itu akan tiba menjengah.

perjalanan tetap diteruskan. seperti yg selalu kukatakan kepada mereka...aku katakan juga ini kepada diriku..'hidup satu amanah, kehidupan adalah satu anugerah'. amanah perlu dijaga walau sepayah manapun. seperti yg tercatit di al-baqarah 286 :'tidak diuji seseorang hamba melainkan mengikut kemampuannya'. maka perjalanan perlu diteruskan. aku tidak ada pilihan tetapi aku mempunyai doa dan ikhtiar. aku mempunyai-Nya.






resah dan halangan pasti silih berganti, membenamkan 'mata tajamnya' ke setiap benak fikiran dan hatiku. tapi aku ada doa dan ikhtiar. aku sering terlepas pandang. aku mempunyai-Nya. hakikatnya aku faham tentang ini, aku percaya sangat-sangat...tetapi aku kerap hanyut dalam 'keyakinan'. aku sedih. aku tahu. aku sedang hanyut...tetapi aku masih membiarkan diri hanyut. apa benda dgn aku ni?

yg sudah tu sudahlah. akan aku tanamkan tunjang 'keyakinan' tu. dalam-dalam. seteguh mungkin. hanyut perlu dihentikan. aku mempunyai-Nya. atas redhaNya kupohon agar petunjuk, pertolongan dan panduan-Nya menjadikan aku 'celik' dalam kegelapan.

Monday, November 15, 2010

SALAM EIDUL ADHA 1431H

SALAM EIDUL ADHA kepada semua saudara seislam. Maaf atas segala kesalahan.












"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggangi unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru jauh, supaya menyaksikan berbagai menafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Dan makanlah sebahagian daripadanya (dan sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir"

Al-Haj ayat 27-28.

Saturday, November 13, 2010

hantaran kahwin akan di senaraikan di papan kedua bursa saham malaysia??

assalamualaikum..

sambungan pasal citer org kahwin di fasa akhir 2010 ni. masa ni saja ada 2 orang sepupu saya yg akan melansungkan perkahwinan. yg seorang masa meminang, pihak pompuan kata lapan ribu je (sahaja??) tapi bapak sepupu saya tu kata cukupkanlah jadi sepuluh. saya tak dpt pergi sekali cuma orng tua je yg citer. bila dia citer camtu...ternganga mulut saya, mujur lalat tak masuk. camni punya mak bapak pun ada...punya sayang kat anak! rasanya memang ada mak bapak camni...dan ramai sekarang ni. patut minta murah lagi...atau setidaknya kekal je lapan dan yg dua ribu lagi tu buat sedekah ke...atau jamu makan orng susah ke...lagi banyak pekdahnya. klu camni anak jadi manja le. dahle tu..kos kenduri kendara plak dah tentu dia dan isteri yg tanggung....aduuuhhh...bertuahnya bebudak zaman sekarang ni.



gambor hiasan je nih


masa saya dulu...dahle kahwin tu lambat, masa tu nak kahwin...masa tu plakle tawaran sambung belajar sampai...masa tu juga baru mula kerja baru. ke hulu-ke hilir cari duit...nasib baik dapat...kalau tak sambung bujang le lagi. klu tak kerana umur dah lanjut..pasti sambung bujang lagi tu...

yg seorang lagi sepupu lelaki tu...dapat org utara. hantarannya..menjadikan mulut saya ternganga utk kali ke lapan belas. sebelas ribu...(sahaja gakk??)pelikla sekarang macam dah trend plak...sederhana je dahle. bukan perkahwinan tu yg benda utamanya..tapi kehidupan semasa berkahwin tu yg paling penting.

teringat citer seorng ustaz yg ceramah di surau tempat saya...dia kata pak mertua dia buat kenduri sepuluh ekor ayam je utk kenduri kahwin dia dan isteri dulu. bila dah beberapa tahun kahwin dia tanya bapa mertua dia kenapa buat ayam sepuluh ekor je? pak mertua dia cakap,"sebab ko bagi hantaran rm500 je". terkedu gak dia dengor...tapi alhamdulillah tujuh orang cucu pak mertua dpt dari dia dan isteri. jadi moralnya...bersederhana dahle. mudah dan ringkaskan je...kekadang tu 'grand' tak memasal..pakai duit ratus ribu tapi kahwin dua bulan je...pikir-pikirle...wallahualam.

Monday, November 08, 2010

di fasa akhir 2010

assalamualaikum...

lama gak tak 'meng-update' blog ni...nampak cam tak ceria plak!!..hhehe..he. ok..sekarang kita dah masuk fasa terakhir utk tahun ni. lepas Deepavali tempohari tak lama lagi Raya Haji nak datang...pastu cuti sekolah pun bermula..dan kemudian Krismas...dan macam-macam lagi. itu belum dikira orang kahwin di fasa terakhir 2010 ni...banyak tuuu..




takpe la..cuma cuti sekolah yg panjang ni membuat ramai mak-bapak turut sibuk. sibuk nak membawa anak-anak jalan...yeela, cuti dah kumpul...bonus pun ada. cuma nak kena bersabar dgn cuaca le. mak-bapak yg anak-anak dah besar sibuk gak...sebab nak mengahwinkan si anak. jadi apakah persamaannya di sini??





senang je persamaannya iaitu mak-bapak dengan duit yg diorang kena keluarkan. bawa keluarga berjalan bercuti tentulah perlukan duit, kahwinkan anak pun dah tentu juga perlukan duit. jadi sedikit renungan utk mak-bapak dari seorang bapak marhaen ialah jomle kita pakat-pakat jangan ikutkan sgt sayang pada anak-anak ni. kita lakukan ikut kadar kepentingan dan kemampuan. nyatakanlah dgn berhemah kpd anak-anak kenapa tahun ni kita cuma pi mandi kat kolam majlis bandaran tempatan dan bukannya ke hotel atau resort. nyatakan pada anak-anak yg nak kahwin tu kenapa dari banquet hall kita ubah ke kanopi depan rumah atau kenduri doa selamat je....insyaAllah mereka faham dan kita pun 'selamat'...wallahualam.