aku hilang dlm lesu fikiran. fasa akhir 2010 sedang dilalui dgn momentum yg amat perlahan sekali. gembira melihat mereka yg mengerjakan haji walau hati berdetik bila pula giliranku? Allah maha mengetahui dan insyaAllah ku mohon agar giliran itu akan tiba menjengah.
perjalanan tetap diteruskan. seperti yg selalu kukatakan kepada mereka...aku katakan juga ini kepada diriku..'hidup satu amanah, kehidupan adalah satu anugerah'. amanah perlu dijaga walau sepayah manapun. seperti yg tercatit di al-baqarah 286 :'tidak diuji seseorang hamba melainkan mengikut kemampuannya'. maka perjalanan perlu diteruskan. aku tidak ada pilihan tetapi aku mempunyai doa dan ikhtiar. aku mempunyai-Nya.
resah dan halangan pasti silih berganti, membenamkan 'mata tajamnya' ke setiap benak fikiran dan hatiku. tapi aku ada doa dan ikhtiar. aku sering terlepas pandang. aku mempunyai-Nya. hakikatnya aku faham tentang ini, aku percaya sangat-sangat...tetapi aku kerap hanyut dalam 'keyakinan'. aku sedih. aku tahu. aku sedang hanyut...tetapi aku masih membiarkan diri hanyut. apa benda dgn aku ni?
yg sudah tu sudahlah. akan aku tanamkan tunjang 'keyakinan' tu. dalam-dalam. seteguh mungkin. hanyut perlu dihentikan. aku mempunyai-Nya. atas redhaNya kupohon agar petunjuk, pertolongan dan panduan-Nya menjadikan aku 'celik' dalam kegelapan.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
10 comments:
assalamualaikum...
Moga sdra serta keluarga sentiasa sihat hendaknya...
Mungkin kita pernah merasa kecewa dengan manusia, namun jangan pernah kita merasa kecewa denganNya. Allah tidak pernah mahu menzalimi kita. Apa yang diberi adalah yang dipilih terbaik olehnya.
salam...
salam...
ayat2 anda sangat mendalam..
Salam Nahmy..terima kasih kerana mengingatkan..
Salam saudara Nahmy
hidup ini satu anugerah.. kecapinya nikmati sepuas-puasnya..
t.kasih.. mengingatkan..
salam...
singgah petang di sini..
salam..
kita hnya manusia biasa yg x sempurna
From: maiyah - Ubi dengan tangan
salam nahmy,
abah seakan berperasaan yang sama dengan nahmy. abah baru hendak menulis tentang hanyut di dalam arus pemikiran. kita banyak berprasangka dengan Allah sedangkan Allah itu Maha Adil... Benar kata encik abd. razak, Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
salam nahmy. Hidup di dunia merupakan satu persinggahan bagi mempersiapkan diri untuk ke perjalanan yang lebih panjang. Semoga kita semua tidak tertipu dengan dunia yang bercabang-cabang dan penuh dengan kepalsuan. Be strong bro!
w'salam abd razak..
benar mmg kita perlu yakin dgn-Nya, yg menzalimi kita hanyalah diri kita sendiri
rozita..
w'salam
sekamar..
w'salam...takdele sedlm mana
afida..
w'salam...ianya lebih kpd mengingatkan diri sendiri
maiza..
w'salam. hanya utk mengingatkan diri sebenarnya
sekamar..
w'salam...t.kasih atas persinggahan
maiyah..
benar..benar...kita hanya manusia
abah..
w'salam. kita perlu mula mendayung!
dr sam..
w'salam. thanks for the encouragement
Post a Comment