Monday, November 08, 2010

di fasa akhir 2010

assalamualaikum...

lama gak tak 'meng-update' blog ni...nampak cam tak ceria plak!!..hhehe..he. ok..sekarang kita dah masuk fasa terakhir utk tahun ni. lepas Deepavali tempohari tak lama lagi Raya Haji nak datang...pastu cuti sekolah pun bermula..dan kemudian Krismas...dan macam-macam lagi. itu belum dikira orang kahwin di fasa terakhir 2010 ni...banyak tuuu..




takpe la..cuma cuti sekolah yg panjang ni membuat ramai mak-bapak turut sibuk. sibuk nak membawa anak-anak jalan...yeela, cuti dah kumpul...bonus pun ada. cuma nak kena bersabar dgn cuaca le. mak-bapak yg anak-anak dah besar sibuk gak...sebab nak mengahwinkan si anak. jadi apakah persamaannya di sini??





senang je persamaannya iaitu mak-bapak dengan duit yg diorang kena keluarkan. bawa keluarga berjalan bercuti tentulah perlukan duit, kahwinkan anak pun dah tentu juga perlukan duit. jadi sedikit renungan utk mak-bapak dari seorang bapak marhaen ialah jomle kita pakat-pakat jangan ikutkan sgt sayang pada anak-anak ni. kita lakukan ikut kadar kepentingan dan kemampuan. nyatakanlah dgn berhemah kpd anak-anak kenapa tahun ni kita cuma pi mandi kat kolam majlis bandaran tempatan dan bukannya ke hotel atau resort. nyatakan pada anak-anak yg nak kahwin tu kenapa dari banquet hall kita ubah ke kanopi depan rumah atau kenduri doa selamat je....insyaAllah mereka faham dan kita pun 'selamat'...wallahualam.

10 comments:

Afida Anuar said...

SAlam nahmy..

kadang2 anak2 memang paham je. tak nak buat majlis grand2..nak yg simple2...nak jimat belanja.. tapi mak bapak, pak cik makcik yang menambah...lalu jadilah ianya grand..hehe

waAllahualam..

sekamar rindu said...

salam...

betul tu..di musim2 cuti ni mcm2 persiapan perlu dibuat..

kosnya pun boleh tahan juga terutama yg ada anak ramai..

Abd Razak said...

Salam Tuan...

Ya benar, kita tak perlu berbelanja kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah yang banyak buat kita. Haruslah beringat untuk perkara yang penting dan berfaedah..

Unknown said...

betul2...


kdg2 anak2 nak simple2 jaaaa....

Maiyah said...

cuti nak tiba.. kene tnggl lagi le sy huhuu

KTS said...

skrg dah ramai yg buat majlis kat dewan masjid.. lepas nikah terus sanding.. (klu nak sandingla).. jimat, mudah dan untung

Izzah said...

yang penting kena beringat masa ada..
berjimat cermat amalan mulia..
:)

sekamar rindu said...

salam....

singgah petang...

Tie said...

Memang baguslah berjimat-cermat. Amalan yang sihat dan membawa berkat, ekekeke..........

nahmy said...

afida..
betul tu kekadg mak-bapak plak yg lebih sudu dr kuah. sapa yg nak kahwin sebenornya pun tak tahu...

sekamar..
klu yg ramai anak tu pakat pi tempat2 yg dekat je dahle..

abd razak..
gitule yg sepatutnya...bersederhana

pn confused...
klu mak bapak yg moden mmg diorg nak yg grand...

maiyah...
sabar-sabar..tak jauh dan tak lama diorng pi tuu

cikKTS..
mmg ramai gak yg buat camtu...senang, murah dan ringkas

izzah...
benar tu...beringat dan bersederhana dah le..

sekamar...
larr...ptg2 kuar kamar ni boleh ke??

tie..
kita berjimat & bersederhana..janji selesai dan perkahwinan tu dah diwar-warkan