assalamualaikum...
subuh tadi..
bila selesai melakukan tuntutan sempat sejenak aku 'on' pc kecil ni. membelek-belek keje semalam yg tak abis-abis. makin di belek makin nak terleka aku. salah pc ke atau salah perilaku ku? takpela...aku nak cuba abiskan sikit je lagi.
pagi tadi..
bila tengah syok tahap cipan dgn pc kecilku ni...perutku yg jauh dari kecil ini pula 'berbunyi'. aduh...siren dah berbunyi. "lapar nak melanda nih!" desis sang hati.. takpe la sikit je nih nak menelaah keje semalam. dah nak abis pun..
masih pagi lagi..
aku tak tahan. 'off' pc dan salin baju. anak-anak masih bergelimpangan tersadai..janji mereka dah buat tuntutan takpe la klu nak sambung bergelimpang tu. sangkut sang jemala kain pelikat...pakai pula sang seluar dan serelungkan sehelai t-shirt hitam. pass!! capai kunci keta dan vrooomm...kuar cari makan. anak-anak masih bergelimpangan..isteri? dia mc sbb demam. lps tuntutan dilakukan dia pun masuk geng dgn anak-anakku..
pagi nak masuk tgh..
aku baca metro. byk citer yg mencembumkan sang petala perasaan. spt biasa kisah isteri pelekuh kepala suami dgn kuali, anak meninggal tercekik bubur...didakwa sbb dera anak sampai mati. ooohhh...dunia-dunia...letih dan menggusarkan!
tgh nanti...
aku mungkin nak kemaskan rumput-rumpai yg dah ditajak minggu sudah, samada buang atau bakar. itu niat sang jemala hati...si fizikal pula? heyy...insyaAllah. semoga segala diizinkan-Nya. pastu rasa nak kemas depan rumah pula...pastu tunggu sup tulang orang rumahku. berdenyut 'perasaan' di perutku bila teringatkan sup tulang tu...(eehh!!..perut pun ada perasaan ke??).
petang ni pula..
basuh keta kot! heh..heh..semoga insyaAllah segalanya tercapai. tapikan..yg lain kalu tak tercapai mungkin aku sambung esok. cuma bab 'sup tulang' tu je...aku doa semoga dapat ku 'sariap' tgh hari ni...insyAllah.
mlm nih...
sambung 'sariap' sup tulang...ulang cetak kali ke 5..insyAllah dan wallahualam...
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
11 comments:
Assalamualaikum...
Saya baru selesai kemas rumput dalam pasu bunga tadi...cuaca redup jer senang sikit..
Oh, kak tie ada baca tentang siisteri pelangkung suaminya dengan kuali, rasa macam dalam cerita drama komedi lak, tapi betul.. aderk!
Yang bab bayi tercekik bubur tu buatkan kita sebak betul. Rasa nak nangis.
Err.. harap isteri Nahmy tu cepat sembuh , ya.. susahlah bila ratu dalam rumah tak sihat.
Mudah2an Nahmy berjaya capai apa yang disenaraikan dalam entri di atas..especially 'sup tulang' tu..hehehe
lemah juga bila baca kisah dunia ni..
eh rancang nk cuci kete gak petang tadi, tengok langit muram semacam je, terus kansel! heh!
sesekali jadi mr mama
seksi yuuuu
hihihi
Assalamualaikum.
Semoga setiap hari yang ditempuh itu lebih baik dari hari2 sebelumnya.
TQ
Satu Sabtu yang penuh dengan aktiviti...saya sudah sebulan tak sempat jenguk semak (kat tepi rumah aje :)
salam nahmy,
manfaatkanlah waktu sihat, kalau sakit semua jadi tak selera.
abd razak..
wa'alaikumsalam. betul tu bila hujan tanah lembut jd senang nak cabut rumput tu
kayteeze...
alhamdulillah...isteri dah ok cuma batuk tak hilang lg.
tirana..
dpt sup tulang tu...tapi tulang tak mkn cari cebisan daging juga..hehe
afida..
klu tgk langit muram je...cepat2 letak shampoo keta tu...nanti bila dah hujan maka terbilas lah ia
cik KTS...
seksi? seksa adale...lebih2 yg puteri bongsu tu asyik nak kat mama dia je
admin p@p..
insyaAllah..begitule yg sering didoakan pada-Nya
drsam..
tengok doc semak tu...takut ada tapir ke...rimau ke
abah...
syukran jazilan atas pesanan tu...mmg benar tu
assalamualaikum nahmy,
hujan2 ni mkn sup tulang mmg syiok kann...nak2 cecah dgn roti perancis.
wa'alaikumussalam zue..
tgh sejuk dlm hujan bukan setakat sup tulang...tulang cicah kopi pun mungkin sedap tu
Post a Comment