Saturday, April 09, 2011

dilema semasa memandu

assalamualaikum..

aku hampir 'accident' tempohari. keta waja yg di letakkan di tepi jln hampir ku sondol belakangnya. bukan sengaja. dan takde dlm 'planning' hari tu utk menyondol belakang keta org lain. semuanya jika terjadi adalah kerana ketidaksengajaan aku. terjadi kerana tahap mengantuk yg menyentuh tahap 'cipan belang'. ye...mmg hari itu di ketika itu aku betul-betul mengantuk. walau sebelum-sebelum itu aku sering juga dilanda perasaan mengantuk semasa memandu tapi hari tu mmg 'habis mengantuk. alhamdulillah, Allah kata ada lg rezeki tuan punya waja tu dan ada lagi rezeki utk aku waktu tu. sempat aku kilas stereng tu dan betulkan balik posisi keta aku tu...phew! alhamdulillah.



ni hanyalah gambar hiasan. isteri aku kata aku klu tido mcm 'baby'...mungkin camni kot 'rupe' aku...hehe.heh


bab mengantuk semasa memandu ni dah berbagai cara aku cuba tangani. dari sediakan garam dan kulum garam bila mengantuk, makan kuaci, kunyah chewing gum, simbah air ke muka, tampar sederas mungkin pipi gebuku itu...hingga ke tahap makan mee semasa memandu, tapi kalau dah nak mengantuk dia tetap mengantuk juga. cuma aku belum masuk tahap sterika baju sambil memandu je lagi...yg lain rasa cam semua dah buat.

ada satu je cara yg sesuai (utk aku le) iaitu bersembang sambil memandu...tapi isunya bukan sepanjang masa tempat sebelah aku ada orng duduk, dan kalu pki handphone nanti kena saman atau takut accident jugak. berhentikan keta tepi jalan pastu tawaf keta tu beberapa kali pun aku dah buat...tapi masih susah nak hilangkan mengantuk. berhenti keta pastu tido sekejap...bolehlah selesai dalam setengah jam isu mengantuk ni...pastu mengantuk balik. entahle dalam dilema aku sekarang ni terutama bila ada 'appointment' jauh-jauh dan diketika waktu tengahari...wallahualam

8 comments:

Anonymous said...

Bahaya tu.

Sebab tu kita cuba elakkan dari tidor walaupun jadi co pilot dia ketika memandu. Pasang radio pun okay..

link baru kita..

http://dangarumbia.wordpress.com

Afida Anuar said...

Agak parah masalah ni Nahmy....kalau dah macam2 buat tapi masih tak hilang lagi ngantuknya...

nampaknya kena cari seorang pemandu peribadi la..;)

Admin P@P said...

Assalamualaikum Nahmy.
Alhamdulillah tidak berlaku perkara tak diingini. Banyak sangat cerita yang menyedihkan berlaku dalam sehari dua ini. Semoga Allah selamatkan kita dalam pemanduan pergi dan balik tempat kerja.

Saya kalau ngantuk, berenti dulu ditempat yang selamat, dan basuh muka ngan air mineral yang sentiasa ada menemani dalam keta.

Tapi kalau dah mengantuk tahap gaban, kenalah cari tempat yang lebih sesuai, layan tido dulu...

TQ

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kalau dah tak tahan sangat ada baiknya ambiklah masa untuk tidur sepuasnya...jangan tidur terlebih lak sampai lupa diri tu bermusafir..:)

Hamirdin b Ithnin said...

Aku ada ubat ngantuk paling mujarrab. Tido

itu yg aku lakukan kalau ngantuk masa mandu

DrSam said...

saya pun ada waktu dan ketika memang mengalami masalah mata berat sangat ketika memandu ni, terutama bila tengahari dan lepas makan. Biasanya tidur seketika (10 - 15 min) ubat mujarab buat saya. Satu lagi saya perasan, kalau orang lain jadi drebar...lagi lah ngantuk dan tangkap lentuk habis :)

Selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya sedara ...

shameel Iskandar said...

Mengantuk ni mmg masalah waktu drive. Tahun lepas waktu balik balik ke kelnatan, saya terlelap kejap kat lenggong, lalu keta terus terjunam ke dlm lonkang . Teruk jugak sampai tercabut kedua2 tayar depan dan kemek habis pintu sblh kiri.

Terpaksalah ambil teksi utk balik kg dan berayalah tanpa keta tahun lepas.

nahmy said...

danga..
sering terjadi 'co-pilot' yg sepatutnya membantu pilot tp dia plak terlebih tido dr pilot...habih camnoo?

afida..
pemandu peribadi? nak byr gaji dia camno tuh? klu ada jumpa yg sanggup secara sukarela..beritahulah no

admin P@P..
mmg sedapnya layan tido!

abd razak...
bab 'Qailullah' tu mmg kerap buat lebih2 hr Jumaat. sbb takut khatib berkhutbah saya plak berdengkurr..

hamirdin..
prof..syukran atas 'jengukan' ke blog ni. berenti tido dulu tepi jln tu mmg antara penyelesaian yg selalu gak saya buat...

drsam...
saya klu jd co-pilot, susah plak nak tido...kesian kat pilot

shameel...
wow! ini kisah benar nih..perlu sgt saya amik jd iktibar. syukran cikgu kerana berkongsi pengalaman..