Sunday, September 25, 2011

bila Bob Lokman datang beri ceramah....

assalamualaikum...

baru kejap tadi balik dr dgr ceramah kuliah dhuha Bob Lokman. dah lama aku nak dgr ceramah dia, apa intipatinya...adakah pasal 'u-turn' dia...atau citer pasal perbezaan zaman hidup sebelum 'u'turn' dan sesudah 'u-turn'. tu yg aku terhingin nak dengor tu.

mula-mula memang kelako dia le yg keluar sikit-sikit...pastu dah jadi lebih terarah akan 'kesufian' pula. apa yg dia citer ialah mengenai 'rasakanlah akan kewujudan Allah itu'. dan penyampaiannya juga walaupun baik namun dia tetap tegaskan yg dia bukan 'ustaz' jadi okayle tu. dia banyak kaitkan isu tersebut dgn 'own-personal experience' dia je.





suratkhabar-suratkhabar 'main stream' byk gak yg 'hentam' dia termasuklah penyanyi yg dulu-dulu menyanyikan lagu-lagu yg beliau tulis. aku kira mungkin sbb dia 'announced' yg dia dah masuk 'sebelah sana' tu. yg itu aku tak mahu nak sentuh sgt tapi aku respect akan 'message' ceramah dia yg berkisar mengenai tajuk di atas tadi. ianya byk juga 'terkena' batang hidung sendiri. kita tak rasa akan kewujudan Allah sbb kita sibuk nak 'rasa' benda-benda lain...terutama yg fizikal dan berkaitrapat dgn 'duniawi'. sedangkan kalau tidak kerana Dia-lah maka kita sebenarnya takkan dapat 'rasa' benda-benda tu semua. jd kita rasakanlah akan 'kewujudan' Dia dulu...berusahalah utk mencari 'rasa' tersebut nescaya inyaAllah perasaan utk mengenali dan bertaqwa pada-Nya kan datang mudah dgn sendirinya.

kepada mereka yg ada kesempatan utk mendengar ceramah atau penyampaian Bob Lokman tu maka dengarlah. saya bukan nak promosikan dia tapi...kalu kita nak buat 'judgement especially towards somebody...please make sure we have seen both side of the coin'. sampai menyampaikan dan pesan berpesan itu kan salah satu yg digalakkan...wallahualam.

Thursday, September 15, 2011

bila tumpuan jadi meracau...

assalamualaikum...

apahal plak dgn aku ni? nak duduk salah...nak berdiri salah...nak tido pun salah. nak 'start' keta tapi kunci tak bawa. hujan lebat main redah je sbb nampak cam tak lebat hujan tu. bila ruyub baru perasan...ehhk! lebat juga hujan ni. mandi air panas rasa sejuk...mandi air sejuk rasa panas. yg rasa okey...bila tak mandi langsung! tp marah plak org rumah aku tu. yelaa...sbb bil air kat selangor ni dah tak payah bayar tp itu pun tak nak mandi. ada betul juga kata dia tu.

sekarang ni...makan pun cam tak lalu je. minum sekadar teh tarik secawan satu hari. klu hari-hari biasa seteko pun aku boleh belasah. heran wal ajaib la...apahal la plak dgn aku ni. klu mengadu dgn org rumah benda-benda camni...teruk aku nanti. dia kata aku ada main cinta dgn org lain plak. sedangkan aku bukan dr spesis tu...lainlah klu mmg ada org yg main cinta dgn aku...itu lainlah.

puteri bongsu aku tu sampai makin 'berani' dgn aku...bila aku dukung dia dgn selamba tapir (korang pernah tgk tapir bermuka selamba??) je dia tarik-tarik janggut keramat aku ni. hidung, mata aku habis dia belek dan dia ketuk dan dia tarik-tarik...dan dia boleh buat camtu sbb aku tak perasan langsung...cam mamun aku..khayal. aduss..apahal dgn aku nih??. jap...bior aku pikir balik dua-tiga hari ni apa yg tgh terjadi sampai aku boleh jd camni. aaaa......hok aloh!...anak sulong aku tgh amik UPSR dia laar! betul spt yg dikata...bila anak masuk periksa..mak bapak yg meroyan sakan..adesss-des-dess...wallahualam

Friday, September 09, 2011

perbuatan 'melampau' di bulan Syawal

assalamualaikum...

saya kata dah...mmg risau nak baca 'metro', hah! skrg cuba tengok dan carile sendiri artikelnya. benarlah setengah pendapat yg kata memang kita tgh berada di akhir zaman dan dunia juga sudah nak sampai ke penghujungnya.

ayah seorang boleh jaga tujuh anak, tapi tujuh anak tinggalkan ayah tepi masjid. sadis...memang sadis! kita belum reda dgn citer-citer bayi ditinggalkan di bawah pokok, tepi pintu masjid, kat tong sampah...tp alih-alih citer ayah kena ditinggalkan pulak yg mula nak jadi 'trend'. na'uzubillah.









bro and sis...saya pun anak yg ada ayah, saya juga ayah yg ada anak. walau segunung tinggi sekalipun tak eloknya ayah kita jgnlah sampai tinggalkan dia cam kain buruk je di tepi masjid camtu. 'what goes around, comes around'...esok-esok anak kita pulak buat camtu kat kita...dan esok-esok tu bukanlah satu tempoh yg lama pun. umur ayah yg dah tak seberapa tu...kita bahagiakanlah dia.

lagi satu masa dia besarkan kita dulu, punyalah susah...klu dia tinggalkan kita bawah pokok pisang pun lebih senang. tp dia tak buat...susah cam mana sekalipun dia tetap besarkan dan jaga kita. muhasabahlah....


"ya Allah, permudahkanlah kehidupan kedua orang tuaku. bantulah mereka lebih dari bantuan mereka kpdku semasa mereka membesarkanku. sayangi, kasihi dan ampunkanlah dosa mereka. jadikanlah aku anak yg sentiasa ingat akan pengorbanan mereka semasa mereka membesarkanku. jadikanlah aku agar sentiasa berkesempatan utk membalas budi mereka, mengasihi, menyayangi dan membantu mereka walau dlm keadaan apa sekalipun. jadikanlah mereka agar mereka sentiasa tergolong dlm golongan org yg mendapat keampunan, rahmat, keberkatan dan keredhaan-Mu. perkenanlah Ya Allah doa hamba mu ini..amin".


wallahualam.

Saturday, September 03, 2011

hei kengkawan...dah 5 raya!

dah 5 raya,
kuih raya, baju raya, duit raya,
bajet dlm bahaya,
pasni...mesti hilang gaya

dah 5 raya,
akhirnya aku berjaya,
abiskan cuti raya,
pasni...hati-hati di jalanraya

dah 5 raya,
berkeliaran kembali hanturaya,
diorang bersungguh usaha dan daya,
pasni...ramai yg tergolek tak bermaya

dah 5 raya,
macam tak percaya,
rendang dan ketupat rasa cam loya,
pasni...nak makan roti dgn kaya

dah 5 raya,
raya jgn sampai teraniaya,
inilah hidup sbg hamba sahaya,
pasni...berdoalah semoga sinar kebahagiaan terus bercahaya





nahmy.
salam 5 raya, wallahualam.