Saturday, September 03, 2011

hei kengkawan...dah 5 raya!

dah 5 raya,
kuih raya, baju raya, duit raya,
bajet dlm bahaya,
pasni...mesti hilang gaya

dah 5 raya,
akhirnya aku berjaya,
abiskan cuti raya,
pasni...hati-hati di jalanraya

dah 5 raya,
berkeliaran kembali hanturaya,
diorang bersungguh usaha dan daya,
pasni...ramai yg tergolek tak bermaya

dah 5 raya,
macam tak percaya,
rendang dan ketupat rasa cam loya,
pasni...nak makan roti dgn kaya

dah 5 raya,
raya jgn sampai teraniaya,
inilah hidup sbg hamba sahaya,
pasni...berdoalah semoga sinar kebahagiaan terus bercahaya





nahmy.
salam 5 raya, wallahualam.





6 comments:

ORLANDO AHMAD said...

sebelum raya, shopping baju melayu, lepas raya shopping kemeja hehe, gua siap beli neck tie baru, gila

Afida Anuar said...

baca dalam senyuman...

pandai nahmy reka puisi lagu ni. Sesungguhnya ianya adalah benar tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka..;)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Bila selesainya hari raya..
Bersedia pula untuk raya haji..

shameel Iskandar said...

Berlalulah hari raya.
Bertandanglah pilihan raya.
hehehe.

selamat hari raya Nahmy.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Masih dalam mode raya nie.

Teruskan raya anda.
Sebulan puasa, sebulan raya??

Salam ceria.

TQ

nahmy said...

orlando...
klu tuan kucing neck tie raya dah ada tu maka...kena belikan si john tu 'tali leher' gak

afida...
hurmm...hehe..sekadar seloka di hari raya

abd razak..
insyaAllah syeikh jika panjang umur...tp klu dpt pi mengerjakan haji lagi best gituuu..

shameel...
pilihan-raya...sesuatu yg risau nak merayakannnya! hehehe..

admin..
mode raya mmg ada...tapi 'modal' raya dah abisss...