Sunday, September 23, 2012

sensitiflah...kerana ia sedikit sebanyak menentukan duduk-letaknya iman

assalamualaikum...

kita akhir-akhir ini dikejutkan oleh filem 'Innosence of Islam' yg menghina baginda nabi Rasulllah s.a.w. apa yg kita rasa jauh di sudut hati? di akhir zaman seperti sekarang apa yang tinggal dlm lubuk hati kita bila kita mengatakan yang kita sayangkan agama kita. dari zaman Rasulullah sendiri hinggalah ke hari penghujung dunia, Islam pasti dihina, disenda, di manipulasi, dikutuk, diperangi...dan sebagainya. dan kita sebagai pendukungnya - apakah yg dapat kita lakukan?

Islam bagi kita bukan hanya bermakna berterusan melakukan ibadah wajib tanpa henti, beribadah sunat dgn istiqamah, solat sunat ribuan rakaat, berpuasa, berzikir puluhan ribu,  bermunajat, bersuluk...berzuhud dan sebagainya. Islam lebih dari itu...apa yg Islam tuntut dari kita juga lebih dari itu. Islam tidak akan sampai pada kita jika tidak dikembangkan oleh pendukungnya dahulu....Rasulullah, para sahabat, salafus-soleh, tabi'en, tabiq-tabi'e, para ulamak dan sebagainya.

apa antaranya yg mereka buat? mereka menyumbang kepada perkembangan Islam. apa antaranya? mereka berperang...berperang!. kita mungkin tidak memikul pedang dan senjata di zaman mutaakhir ini tapi kita masih perlu berperang... mempertahan dan mendaulatkan Islam dengan apa? tentulah antaranya dgn sensitiviti kita, dengan sifat mempertahankan hak kita. ya...kita masih perlu meneruskan kehidupan, masih perlu bekerja...mencari nafkah, menyara keluarga dan sebagainya tapi itu hanyalah 'survival' utk kehidupan di dunia yang ini. bagaimana pula utk 'survival' di kehidupan dunia yg lagi satu tu??

jika adalah soalan kepada kita di dunia yg lagi satu yg berbunyi "apakah sumbanganmu dalam mendaulatkan agama Allah semasa hidupmu"? apakah agaknya jawapan kita? takkan kita nak kata "aku leka tengok Astro, aku berusaha untuk meninggikan pangkatku, aku leka nak sara keluarga...dan sebagainya". jadi sebagai sedikit ingatan terutama kepada diri sendiri, sensitiflah bila agama kita dipermainkan, bila saudara seislam kita dizalimi, bila Rasullulah di hina, bila hak kita dicabul....kerana tanpa kita ketahui 'ini' semua adalah indeks pengukur akan di tingkatan manakah duduk-letaknya 'iman' kita.

، عن أنس بن مالك  قال: قال رسول الله : «مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً ، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ

وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطياتٍ ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ» رواه .النسائي وأحمد وغيرهما وهو حديث صحيح



Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang mengucapkan shalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bershalawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh derajat/tingkatan (di surga kelak)”[SHAHIH. Hadits Riwayat An-Nasa’i (no. 1297), Ahmad (3/102 dan 261), Ibnu Hibban (no. 904) dan al-Hakim (no. 2018), dishahihkan oleh Ibnu Hibban rahimahullah, al-Hakim rahimahullah dan disepakati oleh adz-Dzahabi, rahimahullah juga oleh Ibnu hajar rahimahullah dalam “Fathul Baari” (11/167) dan al-Albani rahimahullah dalam “Shahihul adabil mufrad” (no. 643).

wallahualam...







3 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ya saudara, di akhir zaman ni ramai umat Islam sudah longgar dengan agama, maka Allah peringatkan dengan kejadian yang sedemikian rupa...Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang

DrSam said...

Salam nahmy. Kafir laknatullah tidak akan berhenti mencari jalan untuk memusnahkan Islam. Cuma kita berdoa agar umat akhir zaman ini diberi kekuatan dan pertolongan untuk bukan sahaja memertabatkan syiar dan ajaran yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, tapi mempertahakan kesuciannya.

p/s: Hanya mampu dan sempat turut serta turun di jalan TAR bersama ribuan saudara seagama 2 hari lepas.

nahmy said...

abd razak..
w'salam. semoga umat Islam yg teguh iman dan sentiasa mendaulatkan islam semakin hari semakin ramai muncul...dan semoga kita sentiasa bersama mereka

docsam..
w'salam. semoga kita sentiasa kuat dlm perjuangan...

p/s: turut berarak tu pun dah kira mantap tu doc...alhamdulillah.