Friday, October 05, 2012

belanja...wan...orrr....belanja wangg!!?

assalmualaikum...

hari ni aku tak ke mana dan isteri pun dpt MC sbb sakit mata maka beristirehatlah kami di rumah bersama anak sulung (yg cuti sbb kelas kena buat tempat peperiksaan PMR). yg sorang lagi anak kat sekolah, yg bongsu ada kat nursery. kami mmg hommy-type of person, lebih suka duk di rumah. tenang, kurang letih dan kurang belanja. "nak makan apa tghari ni bang?'', isteri bertanya. "masakkan zafri tu je, utk saya belasah je la apa yg ada, ikan bilis goreng dgn kicap pun ok", jawapku. "lagipun esok dah ada kenduri kahwin nak kena pi, tak payahlah nak beli barang masak", sambungku lagi.

aku camtu le, bab makan dulu lain tapi skrg dah main tak kisah...apa yg ada aku makan. asal perut tak kosong sgt sampai masuk angin je dahle. isteri pun camtu gak. lagipun sekarang barang masak ni dah melampau harga dia. ayam dah jadi rm7.50 sekilo, gula dah naik lagi dua posen, bahkan ikan bilis dan kicap yg aku minta isteri masakkan tu pun dah naik harga. tak lama lagi sbb gula tu naik harga maka makanan dan minuman di kedai-kedai makan pun naikle harga. aduss!...lagi belanjawan.....lagi kena tambah belanja wang...aparaaa!!

sbb tu aku 3-4 tahun kebelakangan ni malas sgt nak tgk belanjawan (skrg dah panggil bajet plak dah) tu. pekdah nya pada kita one-off tapi always-on adalah yg beban kenaikkan mcm-mcm barang tu. sorry beb! tapi tak nampak kat mana yg dikata 'rakyat didahulukan' tu. petrol naik senyap-senyap...dan mcm-mcm lagi. kita pun dah duduk dlm defisit rupanya dah 12 tahun tu....larrr....mcm-mcm anugerah gabenor bank negara tu dpt tapi rupanya 12 tahun kita duduk dlm defisit. defisit berhemahla tu...defisit tapi berhemah...alahaaaii. takpe la nanti cakap banyak-banyak org marah plak, jd elok aku stop kat sini dulu....aku pun tgh tunggu ikan bilis aku tuh, cau cin cau....wallahualam.

5 comments:

cikguNae said...

betul... one-off sekadar gula2
amat berharap bajet yg memberi nikmat jangka panjang utk semua...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ana pun sama memang sejak ahir-akhir dah tak mahu tengok bajet, indah khabar dari rupa..

Darussalam OKU Selatan said...

sama pula di Indonesia,
barang-barang mulai naik harganya apalagi menjelang lebaran,

mengurangi belanja yang tak perlu mungkin salah satu solusinya

r.o.l. said...

Allah melapang dan menyempit rezeki mengikut kehendakNya. Moga-moga rezeki kita tetap berkat, tak kiralah negara sedang defisit atau surplus. :-)

nahmy said...

cikgu...
insyaAllah esok-esok nanti kita akan dpt bajet yg baik utk kita semua

abd razak..
w'salam. kita adjust bajet kita sendiri je la nampaknya..

darussalam...
syukran atas kunjungan tuan ke blog marhaen ni. nampaknya mmg kena berjimat-cermat kita dlm berbelanja

r.o.l..
kpd-Nyala sama-sama kita berdoa dan bermohon agar rezeki semakin bertambah dan bertambah berkat