Monday, November 05, 2012

bila wajah-wajah itu ku tenung...

jam sudah melangkaui angka 2 pagi. aku masih menelaah netbuk ku ini. aku bertukar-tukar antara laman emel, kerjaku dan laman isu-isu semasa atau ke blog-blog lain. di luar bilik SOHO (small office home office) ku ini anak-anak dah lama di buai mimpi juga isteriku. aku keluar menjengah anak-anakku. mereka di buai mimpi sedangkan aku di buai lamunan bila menatap satu-persatu wajah mereka. mengelamun, berfikir dan berangan...semuanya bercampur aduk. tapi hampir semuanya berkisar dgn anak-anakku.

mereka akan didatangkan dgn berbagai cabaran dan persaingan. lambungan ombak kemajuan dengan redahan teknologi, status ekonomi dan persekitaran sosial yg semakin hari semakin terserlah 'keganasannya' akan melanda mereka. ini bukannya lama. waktunya semakin hampir. aku risau. jika mereka tidak cukup kuat untuk menongkah keganasan landaan ombak ini. menyemai benih kekuatan dlm diri mereka bukan satu kerja mudah, terutama di ketika aku sendiri juga sering terhanyut dgn landaan-landaan ombak kemajuan ini. namun aku tak mahu jadikan itu sbg alasan. bahkan penat dan lelah juga perlu aku sisihkan ke tepi. aku hanya bernafas lega bila  mereka sudah ada daya tahan itu, sudah kuat daya saing mereka dan sudah pandai utk berdiri bila jatuh. aku sayang mereka tapi aku tidak boleh memanjakan mereka.

saban hari aku dihidangkan dgn persoalan dan isu anak-anak yg terbiar dari segi didikan akidah, sahsiah, moral dan tingkahlaku. begitu banyak kepincangan sosial mereka yg diperkatakan. dengan rempitnya, buang bayinya, seks bebasnya, dadah, ragut, gangsterism, curi, pecah rumah, samun, judinya, araknya dan macam-macam lagi. saban hari itu juga aku risau dan runsing akan anak-anakku. aku tenung lagi wajah anak-anakku....dan aku berdoa semoga Dia permudahku dlm aku menjalankan tanggungjawabku utk menjadikan mereka tergolong ke dalam hamba-hamba-Nya yang paling banyak memberi menafaat kepada agama, kepada orang lain dan negara. wallahualam.


3 comments:

Izzah said...

membesarkan anak zaman ini memang mencabar. dan masa hadapan mereka nanti akan lebih mencabar. semoga mereka tetap dalam jalan Allah,menjadi anak soleh-solehah dan tidak pernah lupa jasa ibu-bapa yang menyayangi mereka..insyaAllah...

DrSam said...

salam nahmy,
sebagai ibubapa kerisauan terhadap masa depan anak-anak memang senantiasa bermaian di minda. Namun insyaallah dengan didikan yang baik serta bimbingan agama yang disemai di setiap sanubari anak kita, mereka akan dapat mengharungi masa depan itu dengan baik. Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk dan hidayah kepada anak-anak kita semua, anak masa depan pembela Agama.

nahmy said...

izzah...
mmg sgt mencabar, semoga Allah permudahkan

drsam...
w'salam. rasa mcm perjuangan yg sgt lama dan berpanjangan la doc.