assalamualaikum....
punya banyak kisah-kisah yg baik yg boleh kita buat filem...balik-balik cerita hantu gak yg jadi pilihan. dari hantu kak limah..sampai ke zombi kg pisang, pastu hantu boncengla, hantu kapchaila, hantu air la, hantu dlm botol kicapla, sini ada hantu, khurafat, misteri jln lama, rasuk, syirik, alamak toyol, al hijab, satu mlm kubur berasap...dan beberapa lagi filem hantu memperlihatkan kita dah tahap tandus ide dlm membuat filem.
tapi nak salahkan pengeluar & pembuat filem 100% pun tak boleh jugak. bila ada demand maka adalah supply. ramai benor antara kita yg suka genre filem camni. jd pengeluar keluarkan le. dah dekat nak habis nama hantu kita guna utk buat filem...tapi selagi ada org suka dan gemar...maka berterusanle filem-filem hantu ni di keluarkan. saya rasa hantu pun pening bila tgk filem-filem pasal diorng ni...sbb nama hantu tu dah mcm-mcm jenis. dan hantu pun dah malas nak kacau manusia lagi sbb manusia dah dgn sendiri jadi 'kacau' sbb terlalu byk tgk filem-filem hantu tu.
utk saya, filem hantu ni mmg saya kurang tgk....sbb byk cerita pasal manusia yg belum saya tgk lagi dah nak tgk cerita pasal hantu plak??...buat apa?? tapi itu sayala.... mungkin skrg ni dah 'musim'....macam dulu sekejap ada musim buat filem dgn judul yg ada kena mengena dgn kelengkapan sembahyang...spt tasbih cinta, sejadah cinta, telekung cinta, kain pelikat cinta, kiblat cinta, rehal cinta, saf cinta, mimbar cinta, songkok cinta....dan kopiah cinta.....oooppps! kopiah cinta tu sebenarnya saya cuba nak buat skripnya....tapi dah dekat 23 bulan masih tak siap-siap...adusss...wallahualam
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
6 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Memang tak minat bab cerita hantu ni...
Dah siap skrip tu nanti bolehlah khabarkan pada ana..nak tgk juga ceritanya...:)
السلم عليكم ورحمة الله
Saya pun tak minat bab cerita hantu ni.... tapi betul juga kalau dah ada permintaan maka berlumba-lumba lah penawaran....
sebab saya tak nampak faedahnya kepada manusia dengan cerita hantu ni...
salam nahmy,
saya setuju...jin-jin pasti bergelak ketawa melihat ketaksuban manusia dengan jalan cerita mereka (jin) yang mereka sendiri pun tidak tahu. apatah lagi rupa bentuk mereka sendiri. Bila fenomena ini berlaku, kepercayaan kepada benda karut dan kurafat di dalam masyarakt makin menebal. nauzubillahi min zalik.
Kdg2 filem2 hantu ni boleh bawa syirik. Macam yg ditegur oleh Fathul Bahri baru2 ni ttg kisah roh yg balik tgk keadaan keluarganya. Ini bertentangan dgn islam dan ia membawa syirik, tapi pengarah filem akan berhujah kita sekadar hiburan semata-mata.
tak minat dengan cerita hantu melayu...
entah, rasa meluat...
p/s: Nahmy,
maaf, susahnya nak lepas word verification kat sini... 5 kali tau
abd razak..
w'salam. insyaAllah akan ana beritahu ente bila skrip tu siap nanti...aduss!
azmnor..
w'salam. faedahnya byk pd pembuat pelemla...dr segi dollar & cents...kacing!!
drsam..
betul doc...rasanya dr segi intelectuality mmg sgt takde..
shameel...
betul tu. byk lgi hiburan yg menghibur ttp masih dpt mendidik yg boleh dipikirkan dan dipaparkan kpd masyarakat
cikgu..
meluat? mmg betul...sesetgh tu mmg jadikan kita rasa camtu.
p/s: 5 kali? nanti saya cuba cek kat mana silap tu
Post a Comment