dulu aku ditunggu-tunggu. aku sentiasa meniti di bibir-bibir mereka yang 'mengagungkan' ku. aku adalah umpama satu kemestian, aktiviti untuk menikmatiku adalah umpama satu keraian yang amat penting dalam kehidupan mereka. ya! mereka meraikankan ku, mereka menjulangku melangit tingginya (walaupun penyediaanku memerlukan aku untuk ditarik-tarik). aku puas di singgahsana mercu kegemilangan. aku di cari hampir setiap detik tidak kira di waktu siang atau malam, di kala kesedihan mahupun kegembiraan, di ketika bekerja mahupun ketika bersantai. namun...
kini aku semakin menelusuri zaman malapku. semakin tidak sekerap dulu mereka mengadakan aktiviti untuk menikmatiku. semakin jarang-jarang mereka mencariku. tidak sekerap dan seacap dulu. semua ini adalah angkara gula. gula yang dimansuhkan subsidinya telah menjadikan harga mereka tinggi dan bila harga mereka tinggi maka tinggi pula harga susu dan bila harga susu tinggi maka tinggi pulalah hargaku. dan bila hargaku tinggi maka semakin rendahlah permintaan terhadapku. mereka yang dulu mengecapiku saban waktu semakin menjarakkan diri mereka dariku. oohhh....
aku tidak salahkan gula. dia juga adalah mangsa sepertiku. dia adalah 'scape goat' terbaik untuk segolongan manusia yang mengatakan kadar ketinggian penyakit kencing manis adalah disebabkan oleh gula, sedangkan hakikatnya mereka mahukan hasil-mahsul melipat ganda dikaut ke kantung perbendaharaan. aku heran pula mereka tidak menaikkan harga garam sedangkan kadar penyakit darah tinggi juga tinggi? waima bila terciptanya harga gula yang meninggi, maka aku seperti yang aku katakan tadi turut tinggilah hargaku dan akibatnya...
aku semakin sepi dijauhkan. aku sudah hilang genggaman pada tahta kegemilanganku. mereka tidak lagi beralun-alun memanggil namaku. 'tek tarik'...'teh tarik'...nama indah itu semakin menghilang, semakin pupus di layar rasa. aku sedih...tapi aku tak dapat berbuat apa-apa. piluku hanya menjadi hilai-tawa golongan aristokrat yang keparat. mereka ini memang semenjak dulu tidak menghiraukan ku...mereka ada minuman yang lebih hebat. aku kesian kepada golongan-golongan marhaen kerana mereka inilah akan merasa kehilanganku sepertimana aku juga merasakan kehilangan mereka, tapi apakan daya kerana aku hanyalah...
secangkir....TEH TARIK...
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment