assalamualaikum….
ketemu kita lagi. dah 2 hari saya assisting Bro Suhaimi di Plaza Sentral mengendali kursus di MIDA. dah 2 hari jugalah saya ‘setia’ bersama komuter – naik turun pergi balik antara Rawang dengan KL Sentral. seronok gak sekali sekala tak payah tekan pedal minyak. tapi kaki tetap letih sebab banyak berdiri dan berjalan tapi takpe le sebab kalau Mr. Edward De Bono tahu mesti dia kata "take it as your simple walking exercise". naik komuter ni yang syoknya ialah masa pergi sebab mesti dapat tempat duduk tapi bila balik naik dari KL Sentral…..pegrhh!! mencabar beb. satu lagi yang seronoknya naik komuter ni ialah dapat memerhatikan orang ramai, memerhati gelagat dan kelaku. banyak input boleh dapat kalau kita renung dan kaji sedikit-sedikit. itulah keagunganNya..mencipta manusia dengan keletah mereka masing-masing.
masa pergi dapat duduk – jadi legalah sikit kaki. tetiba ada sekali tu seorang gadis cute pulak duduk kat sebelah maka makin legalah saya ni. konon nak ‘nap’ sekejap semasa dalam perjalanan tu macam penumpang yang lain buat tapi sebaliknya jadi segar pulak. di samping tu harap-harap juga di hati agar si cute di sebelah tiba-tiba menanyakan sesuatu (macam tanya pukul berapa ke?) maka dapatlah saya memulakan perr....per...perbualan.
tapi sampai dia turun dulu pun, perbualan tu tak kunjung tiba....takpele sebab kalau Mr. Edward De Bono tahu mesti dia kata "take it as your sight seeing pleasures".
balik kepada kursus, ianya adalah satu sesi yang penuh dengan maklumat, cara dan penyelesaian. tajuk – Powerful Briefing & Presentation Skills. Bro Suhaimi memang orangnya. seperti peserta, saya juga banyak mempelajari input-input terkini dan terbaik dalam membuat persembahan. kumpulan peserta yang seramai 24 orang adalah kumpulan yang very matured, very cooperative dan very experience. saya rasa ini adalah 2 hari yang very informative, very fruitful dan very encouraging bagi peserta dan juga saya. saya gumbira...yeela, kos tak banyak keluar tapi maklumat, ilmu dan pengetahuan dapat banyak. kalau dikenakan bayaran banyak jugak saya nak kena bayar. peserta juga gumbira lebih-lebih dapat mendengar pengalaman menarik secara terus dari Bro Suhaimi. saya juga akan terus gumbira...bila mengenangkan peristiwa manis duduk di sebelah si cute...hisss.....wallahualam.
wassalam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
1 comments:
ooooo....si gadis cute yer....
btw..apasal susah sangat nak mengomen kat sini?.... check balik ur setting....
Post a Comment