di sini akan di berikan sedikit penerangan cara-cara efektif menggosok pakaian seragam sekolah anak anda. cara-cara ini belum dipatenkan jadi ‘feel free’ untuk menokok tambah mengikut kesesuaian anda.
- pastikan pakaian seragam itu telah di cuci terlebih dahulu.
- panaskan sterika dengan switch-on kannya terlebih dahulu (anda juga boleh menggunakan steam iron).
- sediakan ‘hanger’ kecil atau yang bersesuai dengan pakaian seragam sekolah anak anda itu.
- pejamkan mata anda, tarik nafas dalam-dalam (deep breathing) dan bacalah ‘bismillah….’, ingat! anda bukan hendak melakukan penyembelihan ayam atau seumpamanya….
- mulakan dengan menggosok seluar atau kain laboh (jika anak perempuan seelok-eloknya ibulah yang menggosoknya).
- gosoklah seluar atau kain laboh tadi seberapa banyak helai yang anda mahu (mengikut kepada bilangan pemilikan).
- setelah seluar/kain laboh tadi digosok maka gantungkannya di ‘hanger’ tadi dan gantungkan ‘hanger’ tu di mana-mana dahulu.
- kemudian mulalah menggosok baju kemeja/baju kurung.
- untuk menggosok kemeja mulakan di bahagian kolar dan bahu. kemudian diikuti di bahagian belakang – depan – kemudian di kedua-dua lengan.
- jika kekedutan sukar untuk dihilangkan maka gunakan penyemburan air – sila gunakan penyembur (yg ada jual kat kedai dua ringgit tu) dan bukan dengan menggunakan mulut.
- jika kedut masih sukar nak hilang maka panaskan sterika anda ketahap yang lebih panas dan sambung menggosok.
- jika masih tidak hilang kedut tu….maka hentikan dulu tugas menggosok, ambil sterika tu dan rejamkan dia ke bakul sampah terhampir…
- tetapi jika kedut hilang maka pastikan pula anda dapat buat ‘side’ kat tepi lengan pakaian itu dengan satu ‘side’ sahaja.
- setelah siap menggosok maka gantungkan kesemua pakaian seragam sekolah dan tariklah nafas dalam-dalam. pejam mata dan tarik nafas.
- tenung dulu kesemua pakaian seragam dan katakan ini pada diri anda – “bilalah anak aku nak pandai gosok baju sekolahnya sendiri?”
- switch-off sterika tu dan gantung semua pakaian seragam tadi di dalam almari (jika ada).
- jangan lakukan langkah 12 ini jika anda penghidap hypertension (darah tinggi) atau anda dah betul-betul stress dan sterika anda masih baru.
wallahualam
1 comments:
i like this.TQ
Post a Comment