Monday, July 09, 2007

sekejam-kejam binatang buas....

assalamualaikum...

baca muka depan star hari ini? citer pasal kanak-kanak beumur 4 tahun yang dibunuh kejam, belek ke dalam citer toreh dan ragut di Port Klang. perhh!! kehidupan makin mencemaskan....dunia semakin hilang serinya bila di fikirkan...ye tak?? manusia-manusia banjingan semakin ramai, yang menjadi mangsa tentulah pula berganda juga ramainya. hidup yang singkat ini sepatutnya di warnai dengan ketenangan, keceriaan dan keseronokan. ini tidak...rasanya takde warna pulak!

kalau takde kejadian-kejadian yang mengerun dan mengugat ketenangan kita camni pun...kehidupan kita dah suram sikit-sikit warnanya disebabkan hutang dan persaingan....jadi mengapalah nak ada semuanya ni. bunuh kanak-kanak berumur 4 tahun – ini kerja siapa? rimau, singa, beruang ganas....itu semua takde dalam hutan batu cam yang kita diami sekarang ni. habis angkara siapa? rasanya mereka ini lebih ganas dari binatang yang disebut tadi. apalah dosanya kanak-kanak berumur 4 tahun. toreh dan ragut....apalah kejamnya sipelaku tu. kalau dia toreh pokok getah pun baik....harga getah la ni pun boleh tahan mahalnya. mangsa bukan setakat hilang RM 250...itu kira sikit banding dengan RM 15-20 ribu belanja pembedahan untuk sambung jari-jemarinya. alaahhaaiii....itu yang kekadang tu malas nak beli dan baca akhbar-akhbar harian sekarang ni....takut di cengkam dengan rasa cemas, gerun, takut dan bimbang. tapi sebab nak tahu perkembangan semasa....dan ada lebih-lebih RM 1.20 maka belilah jugaaa...

teringat kisah semasa saya bertandang ke rumah member sekolej dulu. tempat belajar saya dulu nun jauh di utara dan rakan ni pun asalnya di kampung-kampung sebelah sana jugak maka kami amik kesempatanle bila diajak. kami sampai dengan 3 biji motor...dari tepi jalan besar masuk ke rumahnya jalannya betul-betul muat basikal atau motor saja dan jaraknya adale sekitar 1 km. sampai saja, kami disambut oleh bapa dan ibunya (itula sahaja penghuni yang ada sebab abang dan kakak rakan ni semua dah bekerluaga dan telah berhijrah). kawasan sekitar rumah masih boleh dikatakan hutan....walau dah di ’dusun’kan sedikit sebanyak oleh rakan bersama ibubapanya.

saya sempatle bertanya pada orang tua rakan ni...”pakcik duduk di rumah dalam kawasan camni tak risau dengan benda-benda halus, hantu, binatang buas ke?”...agak ilmiahlah kononnya soalan saya tu...hehehe. ”oooo...setakat hantu tu kita tak risau sangat sebab kita kan lebih hebat kejadian dari depa tuh, binatang buas...kita ada bela anjing garang dua ekor..dan kita boleh pakai senapang rela tuh, tapi risau sangat kalau makhluk dua kaki nama manusia, hahh!!...ini pakai apapun belum tentu boleh kalahkan depa”, gitule terang bapa rakan saya tu. bayangkan dalam banyak-banyak makhluk yang menggerunkan tu.....semuanya tak la segerun manusia sebab apa yang membimbangkan mengikut orang tua rakan tadi ialah manusia amat tidak boleh diramal tindakan mereka....kalau kejam mereka boleh jadi sekejam-kejamnya dan kalau baik mereka boleh jadi sebaik-baiknya...gitule....wallahualam.

0 comments: