Monday, September 17, 2007

Ramadhan pun terus berjalan....

assalamualaikum...

"cap..cup..cap..cup", sedapnya anakku yang bongsu mengunyah 'nata de coco'nya. si abang hanya memerhati - sedih. "adik puasa ke?", tanyaku. "kuasaa..", jawabnya 'confident'. gitula anaku yang pompuan sorang...umur nak masuk 5 tu. 'kuasa' dengan 'puasa' pun payah nak bezakan...inikan pula maksud puasa...lagile tak paham. takpe le janji dia 'puasa' dah le walaupun puasanya tu ikut version dia...hati senang, takde sapa ganggu hatta abang yang kekadang mengerlingg...mengetap gigi!. itula 'version' puasa bebudak dan satu lagi 'version' puasa bebudak ialah diaorang ni selalu puasa tapi tak solat...lebih-lebih budak yang berumur di bawah 10 tahun. ramai yang sebegini dan takpe le sebab mereka memang pun belum dikuatkuasakan untuk bersolat, belum wajib tapi ada pula yang walaupun di usia yang camni solat dan puasa dah tip top. perrhh!!...ini memang hebat dan kita yang ada anak ni pun memang sentiasa nakkan anak kita jadi camtu kan?...insyaAllah.

tapikan...ada tu, yang dah tua bangka umur diaorang tapi bila puasa saling tak tumpah macam puasa bebudak tadi. diaorang puasa tapi tak solat. berlambak-lambak...brother. kan lebih baik kalau dah tak solat tu lebih baik dioarang tu tak puasa terus...sebab dalam rukun islam puasa datang selepas solat. jadi kalau dikira ikut formula matematik kampung pun kita tahu dah...kita kena buat solat dulu then barulah aci nak buat puasa tuh kan? satu lagi untuk mendapat puasa yang class A, pra-syaratnya jangan ditinggal amalan-amalan wajib yang lain...yang diperintahkanNya untuk kita buat. itu je..

solat ni kan...sebelum kita nak tinggalkannya, cubalah kita renungkan dulu kepayahan dan pengorbanan Rasulullah berulang-alik jumpa Allah untuk susutkan bilangan 50 rakaat ke 5 rakaat sahaja. ini cerita Isyrak-Mikraj brother...dan rasanya semua kita tahu. kita tak habis-habis berselawat, menyanjung Rasulullah tapi kita buat tak kisah kepayahan dan pengorbanan baginda dalam menjadikan solat ni mudah untuk umatnya...alaahaaaiii... fikirle brother. tak kesian ke kita kat Rasulullah? takde nilai ke pengorbanan baginda? memang solat atau apapun amalan dan ibadah kita lakukan hanya kerana Allah, tapi di sini hanya nak menunjukkannya dalam cara senang fikir. dalam cara pendek akallaa..kalau benar kita sanjung Rasulullah maka perlulah amalan dan suruhan baginda kita ikut namun segala amalan tu memang dah pasti kita lakukan kerana Allah. itu dah confirmed!. gitule.....wallahualam

0 comments: